Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang figura yang tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, dan kini berusia 98 tahun.
Beliau telah menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dari 2018 hingga 2020.
Malah, diusia yang bakal menjangkau 100 tahun, lelaki hebat ini masih dilihat aktif.
Sebagaimana yang diketahui, Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Ramai pemimpin dunia menghormati kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini.
Ads
Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarah dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.
Beliau berjaya membuktikan bahawa usia hanyalah angka! Bapa Pemodenan ini kekal sihat dan mampu bergerak aktif di usianya sekarang. Bapa kepada Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar ini telah berkongsi rahsianya kekal sihat menerusi paparan video di laman sosial TikTok.
Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat itu, beliau berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukannya ialah berjalan kaki. “Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!
Ads
Saya pun mengantuk juga nak tidur. Tapi saya tak mahu tidur. Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada exercise. Jadi lepas kita tidur, lama-lama sangat tidur, nak bangun pun tak larat, tak kuat,” kata beliau.
Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini turut menyentuh aspek berkaitan keupayaan otak apabila memasuki peringkat berusia. Tun Mahathir menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan otak. “Satu lagi perkara, pemikiran kita.
Ads
Kalau kita tak fikir, otak kita itu kebolehannya berkurangan. Sebab itu walaupun kita sudah berumur, tetapi kita kena aktif. Aktif tubuh badan, aktif akal fikiran. Jadi kalau kita bercakap dengan orang, berbahas dengan orang, menulis, membaca, itu semua activate kita punya brain. Barulah otak mampu kekal aktif,” kata beliau.
Foto: Instagram @chedetofficial
Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara Malaysia. Dari segi pendidikan, ekonomi, dan politik, beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dan akan terus dikenang dalam sejarah negara ini. Kepimpinan dan wawasan beliau akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Menjadi seorang atlet profesional bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, dan ini dibuktikan oleh penjaga gol Pahang, yang baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah sarjana muda.
Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Aksi Azfar Arif di padang
Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi cabang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) itu juga penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC berjaya menamatkan pengajian.
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya.
“Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa sebaliknya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan.
Dengan jadual latihan yang padat, perlawanan yang kerap, serta keperluan untuk menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan, dia mengakui perjalanan ini tidak mudah, namun komitmen dan disiplin tinggi telah membuahkan hasil.
Menurutnya, sokongan daripada keluarga, rakan sepasukan, serta pasukan pengurusan adalah kunci kejayaan ini.
Pemain tersebut juga berharap agar pengalamannya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak muda lain, agar tidak meninggalkan pelajaran walaupun mengejar impian dalam dunia sukan. “Sukan adalah sebahagian daripada kehidupan saya, tetapi pendidikan juga amat penting. Saya ingin membuktikan bahawa kita mampu menguasai kedua-duanya, asalkan ada keazaman dan pengurusan masa yang baik,” katanya dalam temubual.
Kejayaan penjaga gol Pahang ini bukan sahaja menunjukkan potensi untuk mengukir nama dalam dunia bola sepak tetapi juga mengingatkan bahawa pelajaran adalah aset yang berharga.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac yang lalu, pelbagai cara dilakukan oleh selebriti serta warga untuk mengisi masa terluang.
Antara aktviti yang paling popular dilakukan ialah melakukan senaman di rumah. Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana memerlukan komitmen serta kesungguhan yang tinggi.
Bagi mereka yang perlu bekerja dari rumah ini merupakan cabaran yang cukup besar untuk mengagihkan masa melakukan tugasan, kerja rumah dan pelbagai hal lain lagi.
Namun bagi Dato’ Hans Isacc masa ini telah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan misinya menurunkan berat badan.
Menerusi satu hantaran di Instagram beliau berkongsi bagaimana menggunakan 28 hari dari tempoh PKP dengan melakukan senaman di rumah serta mengikuti diet tersendiri.
Selain itu Dato’s Hans Isaac juga mengamalkan meminum air yang mencukup setiap masa. Hasilnya berat badan beliau telah turun dari 85kg kepada 81kg. Dan kini beliau hanya tinggal 1kg lagi untuk mendapat berat sasarannya.
Ternyata senaman di rumah serta mengamalkan diet yang baik oleh Pengerusi FINAS ini mencuri perhatian daripada warganet terutamanya pengikut beliau di Instagram.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tidak lupa juga minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Sasaran nak turun samapi 80kg,” jelasnya menerusi kapsyen foto menamilpkan dirinya berpeluh selepas bersenam.
Daniella Sya pelakon yang kini semakin mencuri perhatian terutama daripada audiens penggemar drama-drama Melayu. Di sebalik jelitanya wajah si tinggi lampai ini tersimpan seribu satu kisah perjalanan seni yang cukup mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Siapa sangka gadis tinggi lampai berwajah ayu ini mempunyai latar belakang yang kaya dengan ilmu persilatan. Daniella sudah aktif dalam seni silat sejak 10 tahun yang lalu.
Dan ia bermula dengan seni silat gayung dipelajarinya di Petaling Jaya. Dengan pengetahuan dalam seni silat itulah yang menjadikan Daniella sebagai seorang pelakon berpotensi tinggi untuk filem aksi.
Selain itu, Daniella juga pernah berguru dengan pakar silat yang juga pelakon aksi terkenal Indonesia, Cecep Arif Rahman. Dia merupakan bintang aksi yang pernah muncul dalam filem hebat seperti ‘The Raid’, dan ‘Star Wars: The Force Awakens’.
“Ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri ‘Dosa’, Cecep dapat tangkap yang gerak-geri saya ada basic silat. Lalu dia tanya dan mengajak saya untuk mengunjungi kelas Pencak Silat di Indonesia.
Cecep Arif Rahman
“Jadi saya terbang ke Indonesia untuk belajar sedikit sebanyak tentang silat di sana. Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN bersama Daniella Sya menerusi isu Oktober – Disember majalah MASKULIN di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.