Kekuatan jenama automotif mewah BMW di Malaysia kian untuh dengan pelbagai pembaharuan dan kerjasama yang dilakukan. Di antara penegdar BMW bertauliah di Malaysia ialah Wheelcorp Premium.
Menginjak 10 tahun kerjasama ini, BMW Group Malaysia merungkai bilik pameran terbaharunya yang bakal menampilkan fasiliti-fasiliti dirumus untuk menaik taraf perkhidmatan kepada pelanggan.
Bilik pameran tersebut yang terletak di Bukit Tinggi akan memuatkan aneka kenderaan baharu daripada portfolio BMW, BMW i, BMW M dan MINI, termasuk BMW Premium Selection – menjamin khidmat yang cemerlang buat para pelanggan di Klang dan kawasan sekitar seperti Shah Alam, Setia Alam dan Kota Kemuning.
MELUASKAN PASARAN
Pengurus Urusan BMW Malaysia, Hans de Visser berkata, “Pelanggan merupakan tunjang kepada BMW Group Malaysia dan sebagai peneraju dalam segmen premium industri automotif Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk meluaskan lagi keberadaan kami di kawasan-kawasan baharu yang mempunyai potensi perniagaan yang besar. Klang, Shah Alam, Kota Kemuning dan Setia Alam di Lembah Klang merupakan antara kawasan tersebut.
“Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, kami bakal melihat segmen premium di kawasan ini bertumbuh pada kadar lebih 20% dan kami perlu bersedia untuk mengiringi kemajuan ini”.
Ads
Berhubung dengan kenyataan tersebut, de Visser menambah bahawa mereka pastinya akan memberi tumpuan kepada rakan kongsi premium BMW Group Malaysia di kawasan berkenaan, Wheelcorp Premium yang dengan jayanya telah menyerahkan lebih daripada 1,600 buah kenderaan premium dari cawangan Setia Alam mereka pada tahun ini.
“Sebut beliau, “Wheelcorp Premium tidak asing dengan BMW Group di Malaysia. Diterajui oleh Pengerusi Eksekutif Michael Liew dan Pengarah Urusan Jayden Liew – yang acap kali menempa nama di Majlis Anugerah Pengedar tahunan kami atas keupayaan mereka dalam meluaskan keberadaan pusat pengedaran mereka di Lembah Klang berserta dengan kejayaan demi kejayaan yang mereka lakar saban tahun.”
TERUS KOMITED
Pengarah Urusan Wheelcorp Premium, Jayden Liew pula berkata, “Sebagai salah sebuah pusat runcit dan servis bertaraf persendirian untuk BMW Group Malaysia selama 10 tahun.
Ads
“Selanjutnya, kami kekal komited untuk menjadikan pengalaman BMW dan MINI tidak tertumpu kepada pembelian semata-mata kerana kami ingin meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan tertinggi kami.
“Kenyataan ini dibuktikan dalam tata atur bilik pameran kami yang baharu, di mana pejabat khidmat pelanggan kami kini telah dipindahkan ke tingkat bawah, yang berfungsi sebagai titik sentuh yang pertama, manakala bilik pameran itu sendiri terletak di aras pertama dalam bangunan bertingkat enam ini.
Ads
“Kami amat berterima kasih kepada BMW Group Malaysia dan para pelanggan setia kami atas sokongan mereka selama ini, dan kami berhasrat untuk terus berkhidmat buat pelanggan kami bukan sahaja menerusi kenderaan premium yang disediakan, tapi juga menerusi khidmat pascajualan kami yang komprehensif.”
Aneka fasiliti kemudahan pelanggan juga akan disediakan, yang mencakupi pembaharuan insurans serta perkhidmatan tukar beli, di samping Resepsi di Kereta (RATC). Untuk koleksi barangan dan aksesori, pelanggan boleh mengambil peluang untuk menelusuri seksyen gaya hidup BMW dan MINI.
Pusat pengedaran ini mempunyai kapasiti untuk mempamerkan sembilan unit kenderaan BMW, termasuk kenderaan daripada portfolio BMW M dan BMW i, di samping empat unit kenderaan MINI dan 25 unit kenderaan BMW Premium Selection serta MINI Used Car Next.
Pusat 4S Wheelcorp Premium Bukit Tinggi beroperasi dari jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang pada hari Ahad di Lot 142646, Jalan Remia 5/KS 07, Ambang Botanik, 41200 Klang Bandar Diraja, Selangor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki kereta pada masa kini merupakan satu keperluan asas terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga. Tanpa kereta mungkin agak sukar untuk melakukan tugasan harian sama ada untuk kerja atau pun hal-hal melibatkan urusan rumahtangga.
Dan satu kebiasaan juga bagi kita rakyat Malaysia yang ingin membeli kereta baharu melakukan pinjaman bank bagi pembiayaan kereta.
Di negara kita rata-rata kadar paling rendah untuk bayaran pendahuluan atau deposit ialah sebanyak 10% dari harga kereta atau kenderaan yang ingin dibeli.
Manakala bakinya adalah berdasarkan pinjaman pembiayaan dari bank. Menariknya kita diberi pilihan untuk membuat pinjaman sama ada selama 5, 7 atau 9 tahun.
Namun tempoh itu juga bergantung kepada kelulusan bank berdasarkan faktor-faktor kewangan atau ‘credit score’ anda sendiri.
Persoalannya tempoh pinjaman yang manakah lebih baik dan apakah perbezaan di antara melakukan pinjaman tempoh yang lama atau sekejap.
Untuk mendapatkan jawapan ini, MASKULIN telah menemubual seorang Penasihat Jualan Toyota, Momon Syah yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam perkara melibatkan jual beli kereta.
Temubual yang turut diselitkan sebagai tajuk utama bagi program video terbaru kami iaitu RMaskulin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin selama ini menjadi persoalan bagi anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini anda boleh tonton video di bawah;
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda untuk sekarang dan masa akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah atau tidak kereta Iriz anda proton Iriz anda naik temputure tiba-tiba saat anda sedang memandunya?
Jika anda seorang yang tidak biasa mengenai kereta pasti anda sudah kelam-kabut dan akhirnya panggil pomen atau hantar ke bengkel bukan.
Lepastu anda akan dikenakan caj yang tinggi harganya dan tidak masuk akal. Hati-hati, Jangan tertipu oleh sesetengah takti pomen kereta.
Sebenarnya anda boleh gantikan sendiri tanpa memerlukan kos yang tinggi pun. Namun harus diingat ya, jangan sampai terbakar. Jika Nampak tanda temperature anda sedang naik segera matikan kenderaan anda.
Cara ini hanya boleh diguna pakai pada kenderaan model baharu sahaja, kenderaan lama mungkin ada cara-caranya.
Apa yang anda harus lakukan;
1. Matikan enjin sementara tunggu sehingga temperature turun
2. Pastikan kipas moto atau fan kenderaan anda berfungsi atau tidak (dengan cara membuka air cond. Jika dah buka tetapi ia masih tidak berfungsi itu tandanya kereta anda mempunyai masalah)
3. Buka bonet hadapan kenderaan anda dan pergi ke bahagian kiri kenderaan anda.
4. Anda akan nampak satu kotak hitam yang dipanggil fusebox di mana terdapat hampir semua fuse kenderaan anda.
5. Buka fusebox itu, apabila anda terbalikan fusebox itu, cari cooling fan.
6. Pertama sekali tengok fuse itu putus atau tidak, sekiranya tidak putus tiada masalah. Andai kata putus sebelum gantikan relay.
Lihat sendiri bagaimana cara-cara untuk gantikan relay di video yang sempat dikongsikan oleh CK Yusoff ini…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekarang ini negara kita sedang berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Malah ia dikatakan akan berterusan dalam minggu berikutnya.
Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.
Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyeksakan dengan kepanasan melampau.
Penghawa dingin kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
CARI PENUTUP FILTER
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
PERIKSA KONDISI FILTER
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
GUNA SABUN
Kondisi sebelum dan selepas filter direndam dalam air sabun.
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
CUCI DENGAN BERUS
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
KERINGKAN
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Kredit: Mohd Farhan Alias
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.