Side mirror kalau pandai ‘Setting,’ lagi senang nak parkir kereta. Cermin sisi atau side mirror pada kenderaan sering digunakan untuk memantau kedudukan serta objek di bahagian belakang atau sisi kereta. Namun, tahukah anda bahawa fungsinya sebenarnya lebih luas daripada itu?
Side Mirror Kalau Pandai ‘Setting,’ Lagi Senang Nak Parkir Kereta
Menerusi perkongsian oleh @thisisbeng_, seorang pempengaruh yang kerap berkongsi tip berkaitan kenderaan, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk memanfaatkan cermin sisi dengan lebih baik, terutama ketika memarkir atau menukar lorong di jalan raya. Berikut adalah beberapa tip berguna yang mungkin ramai masih belum tahu!
1. Cara Menetapkan Cermin Sisi Untuk Kurangkan Risiko Blind Spot
Salah satu cabaran ketika memandu ialah blind spot, iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat menerusi cermin sisi. Untuk mengurangkan risiko ini, anda boleh menetapkan cermin sisi mengikut kaedah berikut:
Bahagian pemandu: Laraskan cermin sehingga sedikit bahagian pemegang pintu hadapan kelihatan di sudut kiri bawah cermin sisi.
Bahagian penumpang hadapan: Sesuaikan cermin sehingga pemegang pintu hadapan kelihatan di bahagian kanan bawah cermin sisi.
Dengan tetapan ini, anda dapat mengurangkan risiko titik buta ketika memandu, sekali gus meningkatkan keselamatan di jalan raya.
2. Teknik Menggunakan Cermin Sisi Untuk Menukar Lorong Dengan Selamat
Apabila ingin menukar lorong, pastikan anda melihat pantulan dalam cermin sisi dan perhatikan kedudukan kenderaan lain:
Ads
Jika kenderaan di belakang masih berada dalam bahagian kiri cermin sisi, ini bermaksud jaraknya masih jauh dan selamat untuk anda menukar lorong.
Jika kenderaan kelihatan di bahagian kanan cermin sisi, ini menunjukkan bahawa ia terlalu dekat dengan kenderaan anda. Dalam situasi ini, elakkan menukar lorong kerana berisiko untuk berlaku perlanggaran.
3. Panduan Menggunakan Cermin Sisi Untuk Side Parking
Ramai pemandu berdepan kesukaran untuk melakukan side parking kerana sukar menganggar jarak tayar dengan penghadang atau divider. Dengan menggunakan cermin sisi, proses ini boleh menjadi lebih mudah:
Ads
Pastikan pintu kereta masih boleh dilihat dalam cermin sisi. Selarikan bahagian atas cermin sisi dengan penghadang jalan atau divider. Dengan cara ini, anda dapat memastikan kenderaan diparkir pada jarak yang sesuai dan selamat.
4. Cara Menganggar Jarak Hadapan Ketika Memarkir
Selain memarkir di sisi, menentukan jarak antara bahagian hadapan kereta dan penghadang juga penting bagi mengelakkan bumper hadapan terkena divider. Untuk itu, anda boleh menggunakan cermin sisi dengan teknik berikut:
Semasa menggerakkan kereta ke hadapan, lihat bahagian bawah cermin sisi.
Jika bahagian bawah cermin sisi sudah selari dengan curb, divider, atau penghadang, ini bermakna jarak yang sesuai telah dicapai.
Dengan teknik ini, anda dapat mengelakkan risiko kenderaan bergerak terlalu dekat dengan penghadang dan mengelakkan kerosakan pada bahagian hadapan kereta.
Ads
Cermin sisi bukan sekadar untuk melihat kenderaan di belakang, tetapi ia juga boleh membantu anda menukar lorong dengan lebih selamat serta memudahkan proses memarkir kenderaan.
Dengan menetapkan cermin sisi pada sudut yang betul dan memahami teknik yang betul, anda boleh meningkatkan keselamatan dan kemahiran memandu anda.
Pemilihan helmet bukanlah sesuatu yang mudah ye, harus diingat ada beberapa faktor keselamatan yang harus di titikberatkan dan perlu diutamakan. Jadi, kami senaraikan apa yang perlu anda pentingkan ketika memilih helmet.
1) Jangan Sekadar Cantik & Bergaya
Helmet bukan sahaja mesti cantik dan bergaya saat anda menyarungkan di kepala. Ia juga haruslah bersesuaian dengan cara kita menunggang motor dan memenuhi keperluan diri. Pastikan ia mempunyai visor matahari yang boleh menurunkan silauan dan terik cahaya matahari.
2) Ketahui Saiz Kepala Anda
Jangan sesekali lupa untuk mengukur saiz kepala anda apabila ingin membeli helmet. Ya, kedengaran agak lucu, tetapi ia adalah faktor utama yang perlu anda titik beratkan. pastikan saiz kepala muat atau tidak terlalu longgar apabila anda menyarungkan helmet tersebut.
3) Pentingkan pengudaraan
Jangan sesekali lupakan pengudaraan, ini kerana apabila anda menyarungkan helmet dikepala, ia haruslah mengekalkan suhu yang selesa pada tubuh badan anda. Pastikan helmet anda dapat membebaskan udara panas dan mengekalkan udara sejuk di kepala.
4) Jangan Dilupakan Warna!
Pastikan warna yang dipilih bersesuaian dan mudah nampak pada waktu siang mahupun malam, ingat ya, jangan ambil mudah tentang pemilihan warna.
5) Tahu fungsi Dan Kelebihannya
Sekiranya anda mahu dapatkan helmet tersebut, ketahui dahulu fungsi dan kelebihan helmet tersebut. Lakukan sedikit reseach sebelum anda membeli atau dapatkan di kedai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lumrah dalam memiliki kereta pastinya anda ingin segala komponen sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Salah satu cara untuk memastikan ia sentiasa dalam kondisi boleh berfungsi dengan baik ialah mengamalkan cara pengendalian atau tip yang baik.
Salah satu komponen kereta yang sering dilupakan penjagaannya ialah ‘fuel pump’. Bagi anda yang mungkin tidak biasa dengan komponen ini, ia berfungsi untuk membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin secara konsisten bagi membolehkannya berfungsi dengan lancar dan baik.
Foto: mechanicbase.com
Atau secara ringkasnya fungsi fuel pump pada kenderaan sebenarnya hanya satu iaitu mengepam bahan bakar dari tangkinya. Petrol yang berada di dalam tangki minyak akan dipam dan dialirkan menuju ruang pembakaran enjin. Sekali gus mengubahya menjadi tenaga yang menggerakkan kereta.
Jadi apabila fuel pump rosak maka fungsi tersebut terjejas dan kereta pun tidak akan boleh bergerak. Jadi bagaimana untuk pastikan fuel pump sentiasa dalam keadaan baik?
Salah satunya ialah tabiat yang kita selalu lakukan ketika menghidupkan kereta dan juga amalan mengisi minyak. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari saudara James Alatin di laman media sosial, TikTok.
Berikut dua amalan yang boleh mengelakkan fuel pump rosak dengan cepat.
JANGAN TUNGGU LAMPU MINYAK MENYALA BARU ISI MINYAK
MASKULIN yakin ramai yang suka lakukan tabiat seperti ini, bukan? Selagi lampu minyak berlum menyala atau berkelip selagi itulah anda tidak akan isi minyak. Sebenarnya amalan melengahkan isi minyak seperti ini tidak baik untuk fuel pump.
Amalan seperti ini hanya akan mendatangkan keburukan kepada fuel pump. Mungkin dalam jangka masa pendek ia tidak menampakkan kesan tapi dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan fungsi fuel pump.
Jadi sebaiknya isilah minyak sebelum lampu minyak menyala atau berkelip. Bila sudah tinggal dua bar contohnya, isilah segera. Ini kerana jika minyak berada pada tahap rendah, fuel pump menahan haba tambahan yang boleh menjejaskan dan merosakkan dalam jangka masa lama.
Ini juga salah satu tabiat yang ramai anggap perkara biasa dan normal. Ingat, jika anda sayang fuel pump sila jangan lakukan seperti ini ya.
Sebaiknya bila masuk kereta dan masukkan kunci, tunggu meter minyak hidup dan naik sendiri. Usah bergegas untuk hidupkan serta-merta. Apabila indikator minyak sudah betul atau naik, barulah boleh hidupkan enjin.
Diharapkan kedua-dua perkongsian dari James Alatin di atas boleh memberikan manfaat untuk anda dalam penjagaan kereta agar sentiasa tip top!
Buat pemilik kereta membeli aksesori kereta merupakan perkara biasa yang ramai di antara kita lakukan. Ada sebenarnya yang langsung tak guna dan tak perlu belu pun!
MASKULIN dulu pernah kongsikan jenis-jenis aksesori yang bahaya dan berisiko untuk digunakan sehingga ia boleh menjejaskan proses tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Kali ini kita ingin berbicara tentang aksesori yang paling tidak berguna dan membawa faedah dan kadangkala bersifat penipuan atau scam semata-mata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif popular di TikTok iaitu James Alatin. Beliau menyenaraikan empat jenis aksesori yang langsung tak berguna dan berfaedah untuk dipasang atau digunakan.
Ikuti perkongsian dari beliau tersebut di bawah.
Alat Tune Engine
Aksesori yang kononnya boleh buat kereta jimat minyak sampai 50 peratus dan kuasa kereta boleh meningkat hingga 35 peratus. Dijual pada harga cukup murah iaitu sekitar RM30 aksesori mengarut ini biasanya di pasang pada bahagian ECU. Kalau betul aksesori ini berkesan alamatnya gulung tukarlah pengeluar kereta semua.
Kad Jimat Minyak
Salah satu produk yang sebenarnya langsung tiada logik di sebaliknya. Kononnya kad yang dijual sampai harga seratus lebih ini boleh digunakan untuk menjimatkan minyak kereta.
Tiub Penambah Kuasa
Sesiapa memasang aksesori ini didakwa mampu memperkuatkan kuasa pick up kereta menjadi lebih berkuasa dan mantap. Ini hingga ia digelar sebagai ‘surbo’ atau ‘trubo’ oleh mereka yang mendakwanya. Tapi satu perkara anda kena ingat, jika rosak sekali memang habis satu kereta.
Pluck Ampli
Sama juga seperti dakwaan lain di atas jika dipasang ia dikatakan boleh tambah kuasa dan dalam masa yang sama mengurangkan asap keluar dari ekzos. Sama juga katanya bila pasang boleh tambah kuasa dan kurang asap. Benda tak terbukti dan hanya dakwaaan semata.
Kita sebagai pemilik kereta dan pengguna kena bijak memilih. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak macam meyakinkan tapi sebenarnya sudah macam scam sifatnya
Nak pasang apa-apa aksesori buatlah research dahulu. Dunia zaman sekarang apa sahaja makulmat berada di hujung jari! Kalau tak beri kesan okay lagi tapi kalau jejaskan enjin kereta memang tak elok.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.