Hiburan

Siapakah Essam Muhammad, Suami Mizz Nina?

Share

Nama Essam Muhammad pernah menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila pengumuman perkahwinannya dengan bekas penyanyi, Mizz Nina.

Kini, namanya menjadi sebutan semula apabila timbulnya isu membabitkan anak angkat mereka dan Noh Hujan selaku bekas suami Mizz Nina.

Mungkin ramai yang terlupa siapakah Essam yang sebenarnya. Di sini, MASKULIN imbas kembali siapakah jejaka yang menjadi pilihan Mizz Nina selepas rumah tangga pertamanya gagal dipertahankan.

Mememtik laporan Gempak, Essam merupakan seorang penyanyi rap keturunan Maghribi yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.

Selain bergelar penyanyi rap, Essam juga seorang penulis lagu terutama dalam genre hip-hop.

Difahamkan, Essam mula mencipta lagu seawal usia lapan tahun dan memulakan karier dalam muzik dengan meluncurkan klip video berjudul West Is My Home.

Essam turut bergelar pengacara dalam membincangkan hal-hal yang pernah dialaminya sepanjang hidup.

Apabila meluncurkan karya sulung, Essam kerap menerima jemputan untuk membuat persembahan di banyak tempat.

Selain itu, Essam turut melakukan aktiviti dakwah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan.

Essam menerbitkan album kedua berjudul Chapter20six tiga tahun lalu yang dihasilkan dengan bunyian acapella.

BACA: Kejar PhD Ketiga Pada Usia 36, Dr Alif Jasni Lawan Sakit “Arnolds Chiari Malformation”

Published by
Ruszaini Ruslan