
Nama Essam Muhammad pernah menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila pengumuman perkahwinannya dengan bekas penyanyi, Mizz Nina.
Kini, namanya menjadi sebutan semula apabila timbulnya isu membabitkan anak angkat mereka dan Noh Hujan selaku bekas suami Mizz Nina.
Mungkin ramai yang terlupa siapakah Essam yang sebenarnya. Di sini, MASKULIN imbas kembali siapakah jejaka yang menjadi pilihan Mizz Nina selepas rumah tangga pertamanya gagal dipertahankan.
Mememtik laporan Gempak, Essam merupakan seorang penyanyi rap keturunan Maghribi yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.
Selain bergelar penyanyi rap, Essam juga seorang penulis lagu terutama dalam genre hip-hop.
Difahamkan, Essam mula mencipta lagu seawal usia lapan tahun dan memulakan karier dalam muzik dengan meluncurkan klip video berjudul West Is My Home.
Essam turut bergelar pengacara dalam membincangkan hal-hal yang pernah dialaminya sepanjang hidup.
Apabila meluncurkan karya sulung, Essam kerap menerima jemputan untuk membuat persembahan di banyak tempat.
Selain itu, Essam turut melakukan aktiviti dakwah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan.
Essam menerbitkan album kedua berjudul Chapter20six tiga tahun lalu yang dihasilkan dengan bunyian acapella.
BACA: Kejar PhD Ketiga Pada Usia 36, Dr Alif Jasni Lawan Sakit “Arnolds Chiari Malformation”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pasukan Jepun Ucap Terima Kasih, Tinggalkan Origami & Bilik Persalinan Sangat Kemas

Tidak dapat dinafikan Piala Dunia 2022 yang berlangsung kini merupakan antara edisi yang paling dramatik. Pasukan-pasukan dari Asia terutamanya telah membuktikan mereka mampu menewaskan lawan yang lebih gah dari Eropah dan juga Amerika Selatan.
Sebagai contoh pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi bola sepak yang juga bekas juara dunia iaitu Jerman dan Sepanyol. Mereka mencatatkan sejarah tersendiri dengan kemenangan tersebut yang turut menyaksikan Jepun layak ke pusingan kalah mati.
Namun perjalanan mereka di Piala Dunia 2022 terhenti selepas perlawanan menentang Croatia semalam berpihak kepada pihak lawan. Jepun berjaya mengheret finalis pada tahun 2018 hingga ke penentuan sepakan penalti.

Nasib tak menyebelahi mereka apabila tewas dengan penentuan penalti 3 gol berbalas 1. Walaupun berdepan dengan kekalahan yang cukup menghampakan namun Jepun terus menonjolkan sifat disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Terbaru telah tular di mana skuad Samurai Biru tersebut meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dengan momen yang cukup menarik. Selain keadaan bilik persalinan yang sangat bersih pasukan Jepun turut meninggalkan nota terima kasih berserta origami istimewa sebagai hadiah kepada penganjur.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perkara yang cukup menyentuh perasaan ini. Selepas kemenangan menentang Jerman juga mereka turut meninggalkan nota yang lebih kurang sama.
Manakala dalam nota ucapan terima kasih terbaru ini ditulis dalam bahasa Arab dan Jepun ditinggalkan di bilik persalinan stadium tersebut. Walaupun kalah, pasukan Jepun telah memenangi hati ramai peminat bolasepak seantero dunia.
Tahniah Jepun. Anda membanggakan Asia!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berapa Agaknya Nilai Hantaran Paling Relevan Zaman Sekarang?

Dah masuk tahun 2018, anda masih bujang? Duit masih tak cukup nak buat majlis besar-besaran macam keluarga belah perempuan mahukan. Hmmm kalau beginilah masalahnya, sampai bila-bilalah kita membujang bro.
Setiap orang mengimpikan sebuah hubungan cinta yang berakhir dengan perkahwinan. Yelah, orang kata tak elok bercinta lama-lama. Perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan. Dan apabila ingin melangsungkan perkahwinan, salah satu masalah yang sering terjadi adalah nilai duit hantaran yang terlalu mahal. Senang kata, pihak lelaki tak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak mana yang diminta oleh pihak perempuan.
Ini 9 cara buat lelaki untuk lebih bersedia.
1. Take it or leave it
Take it or leave it. Kadang-kadang pihak perempuan minta duit hantaran melebih-lebih tak beragak. Padahal laki tu bukanlah gaji besar sangat pun. RM3,000 sekadar cukup makan.
2. Simpan 300 sebulan selama 3 tahun
Laki simpan RM300 lebih kurang 10% dari gaji konsisten selama 3 tahun, barulah boleh dapat duit hantaran RM10K. RM300 x 36 = RM10,800. Jenuh juga nak tunggu sampai 3 tahun tu. Terseksa batin okeh!
3. Tabung kecemasan dan rumah
Tabung kecemasan dan rumah kena buat juga ya. Mungkin cadangan bajet bulanan yang saya buat ni boleh bantu bagi idea kat orang yang bergaji RM3,000 untuk susun kewangan.
—–> 10% tabung rumah.
—–> 10% tabung kecemasan.
—–> 10% duit hantaran.
—–> 10% ibu bapa.
—–> 10% kereta.
—–> 10% petrol dan tol.
—–> 10% sewa bilik.
—–> 10% makan minum.
—–> 5% PTPTN.
—–> 5% takaful.
—–> 5% bil-bil.
—–> 5% kena pow dengan makwe.4. Jiwa kena cekal
Kalau gaji RM3,000 boleh lagilah nak ikut cadangan % kat atas tu dengan senang hati. Adjustlah sendiri kalau tak sesuai. Tapi kalau gaji RM2,000 ke bawah memang susah sikit. Jiwa kena cekal bro.
5. Nasib
Nasiblah kau kalau dapat makwe yang minta hantaran mahal-mahal. Dahlah tak nak buat tabung kahwin sama-sama. Alasan klise, nak tengok sejauh mana laki sanggup berkorban untuk buktikan cinta.
6. Simpanan tak ada
Padahal makwe tu sendiri tau yang pakwe dia tak bersusah payah pun simpan duit. Simpanan tak penah nak ada. Sebab awal-awal lagi dah rancang nak mohon personal loan untuk kahwin.
7. Bayar hutang
Mudah sangat. Isi borang, sediakan dokumen, bagi kat bank proses. Dalam masa beberapa minggu, dapat dah duitnya. Berkorbanlah korang laki bini sama-sama lepas kahwin bayar balik hutang tu.
8. Bincang elok-elok
Bincang elok-elok. Benda boleh bincang, kan. Sesuaikan nilai hantaran yang kau minta dengan kemampuan bakal laki kau. Jangan selfish sebab nak kahwin gah, kau guna alasan klise zaman batu tu.
9. Cakap awal-awal
Laki janganlah longlai sangat. Keluarkan hujah-hujah bernas. Cerita apa plan masa depan. Lepas ni nak jadi ketua uruskan kewangan keluarga pula. Jadi, cakap awal-awal kat makwe,
“Kalau boleh, saya tak nak buat personal loan. Gaji saya pun bukan banyak sangat. Nak beli rumah untuk kita duduk lagi. Saya tak mampu bagi hantaran mahal. Maafkan saya. You take it or leave it. I don’t care.”Apa pun bab kahwin ni memang semua orang impi yang setinggi langit, tapi bab duit yang jadi penghalang. Bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang kan, jadi buat mereka yang biasa-biasa ni, ukur baju di badan sendiri. Jangan ikut orang lain, buat ikut kemampuan sahaja ok. Selamat berkahwin!
Dengar cerita LovebiteMY tengah promo ni, bolehlah jimat sikit bajet hantaran untuk bakal isteri tersayang tu. Jangan lupa guna kod WOMENDAY38
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hey Lelaki, Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Kulit Wajah Yang Licin Persis Lelaki Korea!

Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
- Langkah #1 : Membersih dan Exfoliate
- Langkah #2 : Pelembapan
- Langkah #3 : Mencukur
- Tips Tambahan
- Amaran dan Nasihat
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Langkah #1: Membersih dan Exfoliate
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
1. Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai dengan Jenis Kulit
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Mencuci Muka Setiap Hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan Masuk Tidur Dengan Memakai Krim Matahari (sunscreen)
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate Secara Berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Langkah #2: Melembapkan Kulit dan Menjaganya
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
1. Kerapkan penggunaan pelembap
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
2. Lembapkan Sekitar Mata
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
3. Lembapkan Bibir
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
4. Guna Krim Pelindung Matahari (sunscreen)
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
1. Guna Pisau Cukur yang Berkualiti
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
2. Mencuci Muka Dengan Air Suam
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
3. Guna Krim Pencukur
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
4. Gunakan Kaedah Mencukur yang Betul
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
5. Bilas Muka Selepas Selesai Mencukur
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
6. Sapu pelembap kulit (moisturizer)
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Tips Tambahan
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
- Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
- Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
- Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
- Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
- Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Amaran
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
- Elakkan daripada menggunakan produk pencuci ataupun krim pencukur yang berasaskan alkohol kenara dikhuatiri boleh mengeringkan kulit dan memberikan kesan sampingan kepadanya.
- Gunakan exfoliating scrubs dengan berpada-pada kerana penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk kepada muka dan mencepatkan kedut pada muka. Pastikan anda membaca panduan penggunaannya dengan sepenuhnya.
- Anda akan dapat apa yang anda bayar. Perkara ini merujuk kepada produk penjagaan kulit dan produk-produk lain yang murah. Sekiranya anda menggunakan pisau cukur yang murah, janganlah pula marah sekiranya ia cepat tumpul.
Kesimpulan
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI