Macam-macam hal sekarang ni. Baru-baru ni dekat daerah Banqiao, Taipei, seorang lelaki bertindak untuk membunuh teman wanitanya sendiri gara-gara teman wanitanya itu menipu status beliau di aplikasi Tinder.
Teman lelakinya yang merupakan seorang peninju Mixed Martial Arts (MMA) bertindak begitu kerana berasa tertipu dan mengesyaki bahawa mangsa juga berlaku curang terhadapnya.
Berdasarkan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan mangsa Yee-min Huang, 27 tahun dan teman lelakinya, Gary Chu, 28 tahun sedang menaiki tangga di kediaman suspek.Rakaman itu didakwa menunjukkan Chu sedang turun dari pangsapurinya sambil membawa tujuh plastik sampah … yang mengandungi keratan mayat mangsa.
Dengan tidak teragak-agak, Chu membawa plastik sampah itu untuk dibuang di sebuah taman bunga berhampiran dengan kediamannya.
Menerusi media tempatan, adik mangsa, Francis Huang mula berasa curiga apabila kakaknya tidak dapat dihubungi sejak tujuh hari lalu. Huang mengambil keputusan untuk meminta orang ramai membantu mencari kakaknya.
Namun pada hari yang sama, si teman lelaki ini mendakwa di laman Facebook miliknya bahawa mangsa selalu merayu kepadanya untuk memutuskan hubungan mereka dan berpisah.
Lelaki ini turut mendakwa tidak pernah memukul atau menyekat kebebasan teman wanitanya. Dia turut meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila dituduh bertanggungjawab membunuh teman wanitanya.
“Saya berasa tertipu dan dikhianati apabila dia berbohong kepada saya bahawa beliau adalah seorang dara ketika kami mula berkenalan di aplikasi Tinder. Saya juga mengesyaki bahawa dia juga berlaku curang dan sedang berkenalan dengan lelaki lain di aplikasi tersebut,” tulis Chu dalam satu pautan di akaun peribadi Facebooknya.
Keesokan harinya, polis menjumpai potongan mayat Yee-min yang bertaburan di taman bunga manakala mayat Chu ditemui di atas pokok berhampiran Hospital Kementerian Kesihatan dan Kebajikan di daerah Xinzhuang.
Sejak kes itu menjadi bualan ramai, seorang wanita yang mendakwa bekas isteri Chu membongkar perbuatan bekas suaminya itu yang memukul dan mengurungnya di laman sosial dengan memuat naik gambar-gambar kecederaan yang dialaminya.
#Sumber: AstroAwani