KACA MATA KINI BUKAN SEKADAR AKSESORI MENAMBAH GAYA, MALAH IA MENJADI SATU KEPERLUAN KHUSUSNYA PADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH PENGLIHATAN SEPERTI RABUN JAUH ATAU RABUN DEKAT.
BAGI YANG TIADA MEMPUNYAI KEDUA-DUA MASALAH TERSEBUT, MEREKA JUGA MASIH MEMERLUKAN KACA MATA BERKANTA GELAP BAGI MENGELAK SILAU MATAHARI TATKALA BERJALAN DI TENGAH PANAS, MEMANDU, BERJEMUR DI TEPI PANTAI DAN SEBAGAINYA.
ADA KALANYA KACA MATA GELAP MENJADI PENYELAMAT DALAM SITUASI-SITUASI MENDESAK SEPERTI KETIKA SAKIT MATA, MELINDUNGI MATA BENGKAK KERANA MENANGIS DAN SEBAGAINYA.
Untuk mendapatkan kaca mata dengan pelindung sinar UV yang betul, anda sebaik-baiknya mendapatkannya dari kedai cermin mata. Lensa gelap yang ada pada kaca mata hitam tiruan tidak mampu menghalang kesan buruk sinar ultraungu (ultraviolet – UV) terhadap mata anda. Terdapat dua jenis sinar UV yang boleh menyebabkan kerosakan terhadap penglihatan seseorang, iaitu UVA dan UVB.
Kaca mata hitam biasa mungkin dapat melindungi mata anda daripada kilauan cahaya matahari, tetapi jika mereka tidak menawarkan perlindungan terhadap sinar ultraviolet pada lensanya, maka anda sama saja meletakkan penglihatan ke dalam risiko yang besar. Lebih baik anda menyepetkan mata untuk menghindari bahaya sinar UV, daripada membuka mata menggunakan kaca mata hitam tiruan.
Seperti yang kita ketahui, ketika cahaya matahari bersinar sangat terik, kita akan cenderung mengecilkan mata. Saat itulah pupil mata akan mengecil. Ini adalah sebuah bentuk pertahanan semula jadi dalam tubuh untuk membatasi jumlah cahaya matahari yang masuk ke dalam mata.
Ads
KETIKA ANDA MENGGUNAKAN KACA MATA HITAM, MATA ANDA AKAN BERTINDAK SEOLAH-OLAH SEDANG BERADA DALAM RUANGAN YANG GELAP, SEHINGGA PUPIL MATA TETAP MEMBESAR DAN MENYERAP BANYAK CAHAYA. DENGAN KATA LAIN, KETIKA ANDA MENGGUNAKAN KACA MATA HITAM TANPA PELINDUNG DARI SINAR UV, ANDA MENGIZINKAN BANYAK SINAR UV UNTUK MASUK KE DALAM MATA ANDA DIBANDINGKAN DENGAN TIDAK MEMAKAI KACA MATA HITAM TIRUAN SAMA SEKALI.
Kaca mata hitam yang tidak dilengkapi dengan UVA dan UVB hanya mampu menyaring silau cahaya matahari tetapi tidak dapat melindungi mata anda daripada bahaya sinar UV yang terlihat. Paparan sinar UVA dan UVB juga meningkatkan risiko katarak, degenerasi, bahkan kanser.
Untuk mendapatkan kaca mata dengan pelindung sinar UV yang betul, mahu tak mahu anda harus mendatangi kedai kaca mata. Hal lain yang perlu diperhatikan adalah jika anda pengguna kaca mata minus, pastikan lensa yang digunakan juga memiliki perlindungan terhadap paparan sinar UV.
Apa pun tujuan kegunaannya, pemakaian kaca mata sebenarnya mampu menyerlahkan lagi penampilan.
Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi mendapatkan kaca mata yang diidamkan. Banyak jenama kaca mata gelap terkenal bukan lagi hanya hitam dan coklat gelap, malah terdapat banyak warna lain seperti merah, biru, hijau, jingga dan ungu. Kaca mata berjenama terkenal amat mementingkan kualiti. Walaupun bukan hitam dan coklat gelap, piawaian antarabangsa bagi tahap penapisan sinaran ultra ungu (UV) tetap dipatuhi.
Ads
Penggunaan kaca mata hitam amat disyorkan kepada mereka yang sering berada di bawah cahaya matahari terik bagi melindungi kornea dan retina mata daripada mengalami kerosakan. Justeru itu, elakkan daripada membeli kaca mata gelap berjenama tiruan yang tidak mempunyai perlindungan daripada sinar UV. Jangan membeli kaca mata hitam hanya kerana rekaan yang menarik. Pastikan perlindungan diberikan pada tahap maksimum agar pelanggan dan penjual mendapat situasi menang menang.
TIP MENJAGA KACA MATA
– Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik.
Ads
– Bingkai, lensa, pad hidung dan benang nilon mungkin akan nampak sedikit buruk kerana sering digunakan. Dapatkan pemeriksaan pakar optikal sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa kaca mata anda bagi menentukan bahagian mana yang perlu diganti.
– Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai.
– Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
– Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
– Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
– Pegang kaca mata dengan cermat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki seorang anak autism membuatkan doktor selebriti Dr Say Shazril, atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin giat menyebarkan maklumat mengenai masalah itu demi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autism.
Terbaharu, Dr Say berkongsikan salah satu cara untuk mengesan tanda-tanda autism pada bayi yang dikenali sebagai Autism Mirror Test.
Menerusi hantaran video di laman media sosialnya, Dr Say menunjukkan cara-cara menjalankan ujian itu dengan menggunakan anak ketiganya Zeqriel.
Untuk melakukan ujian ini, ibu bapa boleh mendukung bayi di hadapan cermin dan bermain agah-agah dengan pantulan di cermin.
Jelas Dr Say, salah satu tanda autism adalah apabila bayi itu tidak menunjukkan minat terhadap pantulan dirinya sendiri atau ibu bapanya di dalam cermin.
Sebaliknya, mereka lebih berminat terhadap objek-objek lain yang ada pada pantulan cermin berkenaan.
Perkara ini juga merupakan salah satu tanda yang dilihat ada pada anak sulungnya Aezriel, atau nama timangannya Ace suatu ketika dahulu, tambah Dr Say.
Penunjuk Yang Baik Walau Tidak 100% Tepat
Bagaimanapun, ujian Autism Mirror Test ini tidaklah mengesahkan autism secara 100 peratus tepat kerana ada banyak lagi tanda-tanda yang boleh menunjukkan potensi autism pada bayi.
Namun, Dr Say berkata ujian ini merupakan satu penunjuk yang baik untuk ibu bapa bersiap sedia agar dapat mengambil langkah sepatutnya seawal mungkin.
Oleh itu, Dr Say mengesyorkan ibu bapa untuk melakukan ujian mudah ini di rumah terhadap bayi masing-masing, terutamanya bagi ibu bapa yang sudah mengesyaki tanda autism pada bayi mereka.
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan Dr Azura Abas pada 2014 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aezriel, Sefriel dan Zeqriel, masing-masing dikenali dengan nama timangan Ace, Sef dan Zeq.
Aezriel mula menunjukkan tanda-tanda autism seawal usia enam bulan dan dikesan oleh Dr Azura, namun Dr Say bersikap menafikan kenyataan pada ketika itu.
Apabila pakar sudah mengesahkan yang Azriel adalah seorang kanak-kanak autism, barulah Dr Say menerima perkara itu, malah mengingatkan ibu bapa lain agar tidak bersikap sepertinya.
Memetik laman Autism Malaysia, autisme merupakan gangguan spektrum sepanjang hayat dan boleh dikenal pasti seawal usia 18 bulan.
Kanak-kanak yang mengalami gangguan autisme akan memperlihatkan tanda-tanda tertentu, antaranya ialah lambat bertutur apabila mencapai usia tertentu dan kesukaran untuk berkomunikasi walaupun secara bukan lisan.
Terbaru, Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang terkenal dengan kelantangan bersuara menawarkan diri sebagai calon exco Pemuda Umno. Dia yang merupakan ahli Umno Wangsa Maju, membuat pengumuman itu dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.
Ahli Umno berusia 35 tahun itu mencuri tumpuan apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah ke atasnya pada 2013.
Selain itu, beliau juga pernah terlibat dengan kontroversi melibatkan jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman dan memperjuangkan usahanya untuk membasmi golongan ‘kunyit’ atau transgender.
Disebalik perjuangan murninya untuk membetulkan akhlak anak muda supaya tidak terpengaruh menjadi golongan transgender, beliau terpalit dengan kontroversi skandal dengan seorang jurusolek terkenal dari Kota Kinabalu, Sabah yang lebih dikenali sebagai Hertonnye Linggom (Tonn) di sosial media. Mereka berdua pernah berbual mesra melalui video call sebelum ini.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Wan Muhammad Azri pada mulanya bercadang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menentang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau walau bagaimanapun, akhirnya menarik diri selepas BN memutuskan kerusi Pandan ditandingi oleh calon MCA, Leong Kok Wee.
Pemuda Umno dijadualkan mengadakan pemilihannya pada 23 Jun, bersama dengan sayap Puteri dan Wanita.
Sumber : Facebook Sir Azri
Via : Malaysiakini
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.
Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.
Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.
Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.
Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.
Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.
Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.
Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.
ANTARA MAKANAN BERASID YANG ELOK DIKURANGKAN TERMASUK:
* Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.
-Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.
-Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.
-Roti putih, biskut dan produk bakeri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.