Tular satu dunia baru-baru ni perkahwinan mewah anak jutawan India, Anant Ambani yang cecah kos RM700 juta dan serba serbi mewah.

Turut kelihatan berada di majlis perkahwinan mereka adalah figura-figura ternama dunia seperti dua bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Boris Johnson serta Presiden FIFA, Gianni Infartino.

Siapa Sebenarnya AMBANI, 10 Fakta Menarik Lelaki Terkaya Di Asia Ini

Persoalannya, siapakah keluarga Ambani ini, apakah status yang dipegang mereka dan siapakah keluarga Ambani ini? Mengapa figura-figura penting lagi popular ini sanggup ‘terbang’ jauh ke Mumbai, India semata-mata untuk meraikan pasangan tersebut?

Mukesh Ambani merupakan anak kepada pengasas syarikat konglomerat terbesar di India yang bernama Reliance Industries. Beliau merupakan anak kepada Dhirubhai Ambani yang merupakan pengasas syarikat tersebut. Mukesh mempunyai 4 orang adik-beradik dan salah seorang adiknya itu juga merupakan seorang bilionaire yang bernama Anil.

Tak Sempat Habis Belajar

Mukesh yang mempunyai ijazah di dalam bidang kejuruteraan kimia dari Universti Mumbai pada tahun 1981 dan dia telah menyambung pengajianya di Universiti Stanford untuk mendapatkan Master di dalam pengurusan perniagaan. Beliau yang tak berjaya menghabiskan pengajiannya itu, kemudiannya terus bekerja untuk syarikat bapanya.

Syarikat Reliance Industries bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual barangan tekstil dan juga rempah ratus sebelum mempelbagaikan perniagaan mereka pada era 1960-an.

Selepas kematian bapanya, syarikat ini telah berpecah kepada dua. Pengurusan Reliance Industries Limited berada di bawah pengurusan Mukesh Ambani, manakala Reliance Anil Dhirubhai Ambani Group di bawah pengurusan adiknya, Anil Ambani.

500 syarikat terbesar dunia

Apa yang menarik mengenai dua orang adik beradik ini adalah, Mukesh Ambani telah berjaya mengembangkan perniagaan syarikatnya dan menjadi salah satu syarikat yang paling besar membuat keuntungan di India sehingga dapat memasuki senarai Fortune 500 (500 syarikat terbesar dunia).

Adiknya pula pernah menjadi seorang bilionaire yang berada di tempat ke-6 paling kaya di dunia pada tahun 2008.

Nasib Berbeza Abang Dan Adik

Mukesh yang berjaya mengembangkan empayar perniagaannya manakala perniagaan Anil pula mengalami masalah sehingga menjadikan nilai kekayaan yang dimilikinya itu susut dengan teruk dalam tempoh 10 tahun.

Mukesh yang menjadi lelaki terkaya di India selama 12 tahun berturut-turut dengan kekayaan yang dimiliki sebanyak $60 bilion pada hari ini. Beliau dan keluarganya mempunyai majoriti pengangan saham di dalam Syarikat Relaince Limited iaitu sebanyak 47%.

Di antara perniagaan yang dilakukan oleh Syarikat Reliance di bawah pengurusanya adalah industri petroleum, petrokimia, dan juga peruncitan. Syarikat ini juga mempunyai pelantar minyak terbesar dunia yang terletak di Jamnagar, yang menghasilkan 1.24 juta tong minyak mentah setiap hari.

Siapa Sebenarnya AMBANI, 10 Fakta Menarik Lelaki Terkaya Di Asia Ini

Jadi kami kongsikan 9 fakta tentang lelaki bernama Mukesh Ambani ni!

1. Menjadi lelaki lelaki terkaya di India dan seluruh Asia yang mana beliau berjaya menggandakan kekayaan yang dimilikinya sebanyak dua kali ganda dalam masa 10 tahun

2. Keluarga Ambani tinggal di bangunan 27 tingkat dan dipercayai kediaman termahal di dunia yang berharga $1 bilion untuk dibina

3. Pada tahun lepas, Ambani berjaya menambah nilai kekayaanya sebanyak $16.4 bilion sedangkan bilionaire lain di India mengalami penyusutan kekayaan disebabkan faktor ekonomi yang lemah

4. Kekayaan yang dimiliki oleh Ambani adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang kedua terkaya di India

5. Setiap minit kekayan Mukesh bertambah sebanyak $31,202

6. Pendapatanya tahun lepas adalah sebanyak 7.2 juta kali ganda dari purata gaji kebanyakan pekerja di India

7. Secara kasarnya, Ambani menambah kekayaannya sebanyak $4.5 juta setiap hari pada tahun lepas

8. Kekayaan yang dimiliki oleh Ambani adalah lebih tinggi dari keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Belarus

9. Beliau mempunyai kawan yang berpengaruh di luar India seperti Hillary Clinton dan CEO Alphabet, Sundar Pichai di mana kedua-dua mereka telah menghadiri majlis perkahwinan anaknya pada tahun 2018.

10. Pada tahun 2024 Mukesh Ambani, Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance Industries, adalah orang terkaya di Asia dan ke-9 terkaya di dunia. Beliau menceburi Liga Perdana India (IPL) apabila memiliki kelab kriket Mumbai Indians pada 2008 dengan kekayaan AS$110.4 bilion (kira-kira RM517 bilion)

Sumber Rujukan:
https://www.britannica.com/biography/Mukesh-Ambani
https://www.businessinsider.my/how-rich-mukesh-ambanis-india-2020-1/?r=US&IR=T
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI