Siapa Sangka Gurauan “Hamil” Penyelamat Nyawa Lelaki Ini Daripada Kanser Testis

Share

Selalunya penguji kehamilan digunakan oleh wanita yang ingin menentukan bahawa mereka hamil atau tidak. Tidak pernah pula admin mendengar lelaki sengaja nak menguji air kencing mereka di alat tersebut. Namun mungkin kerana DIA hendak memberitahu kepadanya bahawa suaminya mengalami penyakit kaser testis, tergerak hati suaminya untuk suka-suka membuang air di alat berkenaan.

Meskipun sangat sedikit kes kanser testis mahupun kanser prostat berlaku dalam kalangan lelaki di bawah 50 tahun, kanser prostat adalah kanser ke-3 paling kerap menyerang kaum lelaki berumur lebih 60 tahun selepas kanser paru-paru dan kanser kolorektal. Apabila didiagnosis dengan kanser prostat yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan lain, kadar kelangsungan hidup 5 tahun jatuh kepada 28%.

“ Ceritanya suatu hari seorang suami terjumpa alat penguji kehamilan isterinya ketika dia berada dalam bilik air. Dia pun saja-sajalah membuang air kecil pada alat penguji kehamilan tu.

Alangkah terkejutnya bila dua garis kehamilan warna merah muncul pada alat itu. Biasanya kalau dua garis tu muncul itu tanda wanita itu hamil. Tapi takkanlah dia mengandungkan?

Dengan niat nak bergurau dia pun postlah status tu dekat Reddit.. sekali dengan gambar alat penguji tu. 

Sampailah dalam salah satu komen bertulisan “Jika ianya benar, anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengesahkan adakah ianya kanser testis.”

Dan dia pun segeralah berjumpa dengan doktor.

Syukurlah dengan tindakannya itu, kerana hasil pemeriksaan mendapati dia memang ada kanser testis. Mujurlah ianya masih diawal stage lagi.

Ini Infonya:

Dalam alat penguji kehamilan, ia akan mengesan HCG (Human Chorionic Gonadottropin) yang mana hormon akan meningkat dalam diri seorang wanita yang hamil. Hal ini samalah dengan penghidap kanser testis. Sebab itulah tindakbalas hormon HCG turut membolehkan kanser testis dikesan.

Ternyata gurauannya itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya.

 

Gejala-gejala kanser Testis :

 

  1. Kerap membuang air kecil.
  2. Aliran air kencing yang perlahan.
  3. Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
  4. Keinginan untuk kencing yang kerap atau tidak boleh kencing, lebih kerap buang air kecil di waktu malam.
  5. Kehadiran darah dalam air kencing.
  6. Kesakitan atau kakakuan yang kerap pada bahagian bawah belakang, pinggul dan bahagian atas paha.
  7. Ejakulasi yang menyakitkan atau masalah mempunyai ereksi.
  8. Sakit tulang dan lumpuh.
  9. Rosak buah pinggang.
  10. Kanser yang merebak ke otak.
  11. Penurunan berat badan.
  12. Bengkak pada kaki dan tangan.

    Sumber : Mingguan Wanita

Published by
Ruziana Zainal