Di negara kita yang mempunyai cuaca tropika dan kelembapan tinggi, masalah kereta berbau cukup mudah terjadi. Apatah lagi jika hujan turun setiap hari dan air membasahi badan anda meresap ke dalam kusyen kereta.
Bagi ramai pemilik kereta ini antara masalah utama dihadapi yang akhirnya menyebabkan kereta akan mula berbau hapak dan busuk!
Bau hapak dalam kereta memang cukup menyakitkan hati. Apatah lagi jika kita tumpangkan orang lain dalam kereta. Pasti berasa malu disebabkan kereta berbau busuk.
Untuk atasi masalah ini anda boleh gunakan beberapa porduk sembutan yang dijual di pasaraya. Namun sebenarnya ada boleh gunakan bahan-bahan semulajadi untuk atasi masalah bau hapak.
Ads
KOPI
Untuk mengurangkan bau hapak anda boleh gunakan biji kopi. Letakkan beberapa biji kopi dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta. Anda juga boleh letakkan dan gantung berhampiran dengan lokasi penghawa dingin keluar. Bau kopi boleh melawan bau hapak dan kereta anda juga akan berbau lebih menyenangkan hidung.
ARANG
Sejak turun-temurun arang telah digunakan untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Lebih elok dilektakkan di bawah kerusi penumpang hadapan. Anda juga boleg bungkus arang dalam kain yang ditebuk lubang.
Ads
PANDAN
Daun yang cukup sinonim dengan bau wangi dalam masakan tempatan ini juga boleh digunakan untuk melawan bau hapak dalam kereta. Dapatkan beberapa keping helai daun pandan dan ikat. Kemudian letakkan daun pandan yang diikat itu di lantai kereta. Anda juga boleh melakukan hirisan halus dan letakkan dalam kain berbentuk seperti sup bunjut.
LIMAU NIPIS ATAU KASTURI
Jika berlaku tumpahan minuman sebagai contohnya minuman coklat, ia akan mendatangkan bahana kepada kereta. Ini kerana ia boleh bertukar berbau sangat masam! Untuk kawal perkara ini daripada berlaku anda boleh gunakan buah limau nipis atau kasturi. Selepas dibersihkan perahkan hirisan limau ke bahagian yang terkena minuman tersebut.
Sama seperti limau nipis atau kasturi, lemon membawa fungsi yang lebih kurng sama. Cuma kulit lemon juga bpoleh digunakan untuk hilangkan bau hapak kereta. Hiriskan kulit lemon dan letakkan dalam kain kecil. Letakkan ain tersebut di dalam kereta berhampiran dengan penghawa dingin.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk menonton RODA PANAS 2 setiap Ahad di Astro RIA!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, BMW Malaysia memperkenalkan BMW 330Li M Sport yang sulung dengan mengetengahkan sebuah jenteri berdimensi ketangkasan jentera. Ia ditampilkan menerusi varian dengan jarak sumbu roda panjang yang sulung dalam portfolio sedan eksekutif kompak milik pengeluar kenderaan premium ini untuk pasaran Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, “BMW 3 Series secara konsisten menonjnolkan kecemerlangannya untuk portfolio BMW di Malaysia, Sebanyak 2,500 unit telah diserahkan kepda pelanggan pada tahun 2020 sahaja.
“Kejayaan BMW 3 Series ini ditunjangi seni bina serba pintarnya dengan tawaran versatiliti bertaraf tinggi. Di samping itu mengekalkan DNA sporty untuk menjanjikan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang menjadi slogan BMW.”
“BMW 330Li M Sport juga merupakan jentera luar biasa membawakan dimensi baharu bagi BMW 3 Series, ia menggabungkan elemen keluasan jentera dengan jarak sumbu roda yang panjang serta elemen ketangkasan yang sinonim dengan sedan eksekutif kompak BMW, tanpa mengkompromikan mana-mana elemen ini dalam proses tersebut. BMW 330Li M Sport mempersembahkan sebuah haluan bagi para pelanggan untuk mengamati erti ketangkasan dalam dimensi yang baharu,” tambah Hoelzl.
Jentera BMW 3 Series terbaru ini ditampilkan dengan varian jarak sumbu roda panjang yang pertama dipasang secara domestik. Ia sekali gus menjanjikan konsepsi nilai bertaraf tinggi serta persepsi premium yang melatari BMW 3 Series, kini turut lengkap dengan aplikasi My BMW App yang baharu.
Selain praktikaliti jentera ini yang disumbang oleh aspek ruang dan keselesaan bertaraf tinggi, tubuh BMW 330Li M Sport yang memanjang juga menyerlahkan reka bentuk elegannya yang dapat dilihat dari hadapan hingga ke belakang.
Gril ‘kidney’ BMW 330Li M Sport yang sulung menyerlahkan bahasa reka bentuk yang bersofistikasi lagi sporty, hadir dengan topang berwarna hitam yang dibingkaikan dengan krom. Gril ini didampingi oleh Lampu Hadapan LED Adaptif serba canggih yang boleh dilaras secara automatik mengikut pelbagai kondisi jalan.
Ciri-ciri lain yang menyempurnakan eksterior BMW 330Li M Sport ialah M Aerodynamics dan M Sport Packages, termasuk set roda aloi ringan 18” dalam penggayaan Double-Spoke 848 M dwiwarna berserta dengan tayar bercampur dan tayar ‘run-flat’, kemasan paip ekzos dwisisi dengan gubahan berbentuk trapezium di belakang, bumbung kaca panorama, serta karpet aluan bercahaya di kedua-dua sisi.
Dari segi enjin pula kereta ini dikuasakan enjin petrol TwinPower Turbo 4 silinder yang menjana output berjumlah 258 kuasa kuda pada paras 5,000 – 6,500 rpm. Manakala puncak tork pula berjumlah 400 Nm pada paras 1,550 – 4,400 rpm.
Kuasa disalurkan melalui transmisi Steptronic Sport. Pecutan dari kelajuan 0-100 km/j dapat dibuat oleh jentera ini hanya dalam masa 6.2 saat, dan kelajuan tertingginya mencecah 250 km/j. Di samping itu, BMW 330Li M Sport merekodkan penggunaan bahan api sebanyak 6.4 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km, manakala emisi karbonnya berkadar 147 g/km.
Dari segi ruang interior pula, tumpuan diberikan ke atas ambien serba moden serta reka bentuk yang mewah, ia membawakan kemasan trim dalam Aluminium Tetragon berserta dengan kemasan trim bersorotan dalam Pearl Chrome.
Pendekatan dimensi baharu menyaksikan ruang kepala yang berukuran 4 mm lebih tinggi berbanding BMW 330i M Sport, serta penambahan sebanyak 42 mm bagi ruang kaki.Ruang but jentera ini berkapasiti 480 liter, dinaik taraf dengan pakej kompartmen muatan.
Manaala di kokpit pemandu terdapat disambut stereng kulit M serta pedal M-specific. Taraf kemudahan juga dipertingkatkan dengan fungsi anti silau automatik yang melengkapi cermin interior dan eksterior.
Ia termasuklah pelarasan kerusi elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu. Turut menjadi tumpuan di dalam ruang interior BMW 330Li M Sport ialah hamparan lantai velor, lampu ambien dengan 11 gubahan pencahayaan, penyaman udara automatik dengan tiga zon, dan sistem pembesar suara HiFi.
Bagi pemanduan yang lebih kaya dengan ciri-ciri bantuan, BMW 330Li M Sport yang sulung membawakan Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang, serta sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW (BMW Active Pedestrian Safety).
Bantuan Memandu juga hadir sebagai standard dan merangkumi fungsi-fungsi seperti amaran pengeluaran laluan, amaran penukaran laluan, amaran perlanggaran hadapan, amaran rentas trafik serta pencegahan perlanggaran belakang. Fungsi Panggilan Kecemasan Pintar pula dapat dimanfaatkan untuk memperoleh bantuan pada bila-bila masa.
BMW 330Li M Sport yang sulung ditawarkan dalam dua warna – Mineral White dan Carbon Black. Upholsteri Leather Vernasca dalam warna Mocha dengan sulaman hitam menyempurnakan kedua-dua warna eksterior yang ditawarkan.
Para pelanggan yang berminat dengan jentera BMW 330Li M Sport yang sulung boleh membuat pendaftaran di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini !
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menggunakan tekanan angin tayar yang salah boleh memberi kesan yang serius kepada prestasi, keselamatan, dan daya tahan tayar anda.
Disebabkan itulah kereta yang ingin dipandu harus memiliki tekanan angin yang mencukupi pada tayarnya.
Bukan sahaja boleh pastikan perjalanan jadi lebih selamat malah anda juga dapat menjimatkan minyak dalam tangki kereta anda.
Anda boleh memeriksa tekanan angin pada tayar anda setiap dua minggu sekali dan kalau boleh, jadikan ia sebagai satu rutin yang wajib.
Sekiranya anda memiliki pressure gauge dan tekanan menunjukkan pada aras ‘3’, ia sebenarnya sudah mencukupi.
Jika berada di bawah paras itu, perlulah ditambah anginnya dan jika berada melebih paras tersebut, kurangkanlah sedikit anginnya.
Tekanan angin tayar untuk kereta 1.3 cc & 1.5 cc, tekanan angin yang diperlukan cukup sekitar 190 hingga 230 kpa.
Mengambil contoh yang dipakai adalah rim 15′ tayar 55 siri, standard bagi Proton Gen 2 atau Waja, anda perlu isi tayar depan dengan 210/30 dan tayar belakang pula 190/29.
Kalau anda gunakan kereta Perodua Kancil pula, memandailah dengan isi tekanan angin sekitar lingkungan 180-200 kpa sahaja.
Jika terisi lebih sehingga 300 kpa, silap-silap tayar anda keras macam batu dan kereta boleh melantun-lantun atau bergegar.
Sehubungan itu, anda disarankan untuk memeriksa keadaan tayar kereta anda paling kurang sebulan sekali dengan cara:
Langkah 1
Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda
Langkah 2
Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampiran rumah anda. Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan sejuk terutamanya jika anda sudah memandu lebih daripada 2 kilometer.
Langkah 3
Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk meilhat tekanan tayar yang disyorkan. Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama bagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanannya
Langkah 4
Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan atau buang angin jika lebih daripada yang diperlukan. Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan
Langkah 5
Gantikan penutup batang injap. Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasaran India khabarnya bakal menerima model kruiser daripada Suzuki. Menerusi laporan Zigwheels, pihaknya menerima jemputan pelancaran model baharu daripada Suzuki India pada 7 November ini. Bagaimanapun, pengeluar motosikal asal Jepun itu masih mengunci mulut tentang produk baharu berkenaan.
Khabarnya model tersebut ialah Suzuki Intruder 150. Menerusi pengenalan model itu, Suzuki akan melakukan debut motosikal pengenalan asas dalam segmen kruiser. Penggayaan Intruder 150 tidak sama dengan motosikal lain dalam segmennya. Ia tampil tajam dan moden serta menonjolkan perkadaran yang besar.
Bahkan sebelum pelancarannya, brosur model tersebut sudah pun bocor di alam maya. Daripada segi dimensi model berkenaan didatangkan dengan panjang 2,130mm, lebar (805mm) dan tinggi (1,095mm). Malah jarak roda Intruder 150 juga lebih panjang iaitu 1,405mm dan jarak kelegaan tanahnya pula 170mm.
Reka bentuk lampu depan yang diukir disepadukan dengan tangki bahan api yang panjang. Imej kruiser boleh dilihat menerusi pelana lebih rendah (740mm), ekzos berkembar kemasan krom, dan madgad bersaiz besar.
Jentera itu tampil moden menerusi ciri LED pada lampu projektor dan lampu belakang. Bahagian casis dilihat seakan menggunakan rangka jenis berlian pada model Suzuki Gixxer. Tetapi posisi tunggangan agak berbeza dengan bar hendal yang lebar dan posisi perehat kaki sedikit ke depan.
Dikatakan model itu bakal dilengkapi dengan enjin 154.9cc, penyejukan udara, silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 14bhp dan tork 14Nm. Ia kemudian digabungkan dengan transmisi 5-kelajuan.
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Tugas membrek dilakukan oleh brek cakera pada roda depan dan belakang bersama ciri ABS.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.