Menjadi selebriti terkemuka dalam dunia Hollywood adalah impian semua orang. Bukan sahaja menjadi popular dalam sekelip mata, malah pendapatannya sungguh lumayan. Disebabkan itulah selebriti Hollywood tidak mengendahkan tentang paparazzi yang selalu mengekori mereka kerana bagi mereka, itu juga boleh menyumbang kepada pendapatan mereka. Tersenarai antara selebriti terkaya 2017 menerusi Forbes, jadi pendapatan siapakah yang paling tinggi dalam tahun 2017 ini?
1. Sean “Diddy” Combs – $130 juta
Gelaran Puff Daddy ini bukanlah asing dalam dunia hiburan Hollywood. Berasal dari Amerika, dia adalah seorang rapper, penyanyi, pemuzik pencipta lagu, usahawan juga pelakon. Jumlah pendapatan sebanyak $130 juta menjadikan dia menguasai carta selebriti paling kaya tahun 2017. Hasil kajian dari Forbes ini menunjukkan bahawa penjanaan dapatannya barangkali dari label bajunya Sean Jean dan juga dalam penjualan jenama vodka premium nya, Circoc.
2. Beyoncé Knowles – $105 juta
Tahun bertuah untuk Queen B! Dijadualkan bakal melahirkan kembarnya pada bila-bila masa sahaja, serta pulangan berjuta-juta dari konsert jelajah Formation Tour nya menjadikan tahun 2017 ini adalah tahun yang paling diingati. Namun, bagi peminat setia penyanyi ini, anda mungkin tidak akan melihatnya buat sementara waktu selepas ini kerana menurut Queen B, dia mahu meluangkan masanya bersama keluarga dan sudah tentu untuk memfokuskan kepada anak-anaknya. Terutamanya pada si kembar!
3. JK Rowling – $95 juta
Umum sudah tahu tentang proses dirinya untuk menjadi seorang jutawan hari ini. Daripada seorang yang hampir mencapai kegagalan, berkat kecekalan hatinya, dia kini menjadi antara selebriti yang wajib diberi penghormatan. JK Rowling lebih dikenali dengan gaya outspoken nya di Twitter. Lebih popular dari novel Harry Potter yang dikaryakan olehnya. Walau bagaimanapun, apabila novel Harry Potter dipindahkan ke layar panggung, namanya acapkali disebut-sebut dan sudah tentu meletakkan JK Rowling antara yang terkaya tahun 2017.
Ads
4. Drake – $94 juta
Tidak perlu disangkalkan lagi, penyanyi Drake ini adalah artis yang terhebat dalam dunia hari ini. Dia pernah memaklumkan bahawa dia mahu berhenti dari dunia hiburan bila usianya mencecah 35 tahun. Tidak mengapalah begitu. Jumlah wang yang dia miliki pun sudah tentu boleh menampung hidupnya.
5. Cristiano Ronaldo – $93 juta
Bermula sebagai seorang budak lelaki yang punya minat tinggi dalam suka bola sepak, Christiano Ronaldo cekap menghadapi dugaan dalam hidupnya. Berjauhan dari ibunya buat pertama kali, juga rakan-rakannya menjadikan dia bahan lawak kerana bahasa Inggerisnya pada masa itu tidak fasih. Hari ini, satu dunia menjadikan dia sebagai sumber inspriasi. Bahkan, orang ramai menghormatinya sebagai ikon bola sepak. Siapa yang berani menyangkalnya? Dia dianugerahkan pemain terbaik dunia dan memenangi trofi dalam European Championship, Champions League dan La Liga bersama Real Madrid.
Ads
6. The Weeknd – $92 juta
Namanya harini ini bukan sahaja menjadi bahan bualan orang ramai tentang hubungannya bersama Selena Gomez, malah tahun ini juga menyaksikan konsert jelajahnya Star Boy mendapat pulangan profit $1.1 juta satu malam. Apa lagi yang harus diraikan dengan kejayaan seperti itu? Kini namanya mula dilabelkan antara penyanyi terhebat dunia.
7. Howard Stern – $90 juta
Personaliti tv dan radio yang sering diselubungi dengan kontroversi ini mampu menjana pendapatannya menrusi siaran radio Amerika, Sirius XM. Dengan penghasilan aplikasi yang canggih serta kemudahan digital, jangan tanya kenapa dia masih lagi menduduki carta 10 ke atas tahun hadapan.
Ads
8. Coldplay – $88 juta
Tipulah kalau kamu tidak layan mendengar lagu-lagu mereka ini. Band ini sentiasa menghasilkan lagu yang lebih segar dan unik. Unik dalam permainan muziknya menjadikan kumpulan ini antara yang terkaya dalam senarai Forbes ini. Mengaut keuntungan sebanyak 5 juta satu malam menerusi konsert jelajah mereka, Head Full of Dreams. ia adalah antara kejayaan besar bagi kumpulan ini.
9. James Patterson – $87 juta
Penulis ini mampu tersenyum bangga apabila tahun 2017 ini menyaksikan dirinya mencapai kejayaan apabila dia mampu menjual 9.5 juta unit karyanya di seluruh dunia dan antara penulis yang banyak menerima tawaran dari syarikat produksi filem.
10. LeBron James – $86 juta
Tahun yang baik untuk LeBron. Selepas kekecewaan perit dengan kekalahannya dalam peringkat akhir NBA kepada Golden Gtate Warrios, dia tidak perlu memikirkan lagi semua itu apabila pendapatannya kini sudah mencecah $86 juta tahun ni dan dia ditaja sepenuhnya oleh jenama sukan Nike yang dilaporkan bernilai dalam $ 1 bilion.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zaiton (dua,kanan) bersama Robinson (dua,kiri) serta Siti Norfarhana dan Nurfariha pada sidang media #KitaJuara di MSN, Bukit Jalil tengah hari tadi.
Ramadan ternyata bukan halangan buat skuad bola jaring wanita kebangsaan untuk terus menjalani latihan yang kini hampir memasuki fasa ketiga sebagai persiapan temasya Sukan Sea 2017, Ogos nanti.
Lebih menakjubkan, perlawanan menentang pasukan lelaki yang diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali membuktikan kesungguhan anak didik Tracey Robinson merangkul pingat emas di laman sendiri.
Menyedari tempoh masa yang kian singkat, kesemua 15 pemain berlatih pada sebelah malam dengan penekanan kepada kecergasan selain taktikal.
Pengurus Pasukan Bola Jaring Kebangsaan, Zaiton Abd Ghani berkata walaupun berada di bulan Ramadan namun latihan tetap dijalankan pada sebelah malam.
“Kesemua 15 pemain kini giat menjalani latihan dibawah kendalian Robinson, kami juga mengaturkan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan lelaki.
“Langkah ini diambil dalam usaha menambah kecergasan, keyakinan dan kekuatan serta menimba pengalaman.
“Paling kurang seminggu dua perlawanan persahabatan bakal dilalui dan kami dapat lihat peningkatan serta keyakinan ketara di kalangan pemain,” jelasnya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Mengenai senarai 12 pemain yang bakal mewakili skuad kebangsaan pada temasya Sukan Sea nanti, Zaiton menjelaskan ia kini dalam fasa terakhir.
“Untuk fasa terakhir, tiga pemain akan digugurkan dari senarai 15 pemain sebelum senarai akhir 12 pemain diumumkan selewat-lewatnya 1 Julai.
“Memang kami sudah ada bayangan awal senarai akhir 12 pemain, tetapi persaingan tetap sengit dengan setiap pemain menunjukkan prestasi serta komitmen yang bagus,” ujarnya.
Robinson (dua,kiri) yakin barisan pemainnya mampu membuktikan sesuatu pada temasya Sukan Sea Ogos nanti.
Sementara itu, Robinson berkata, barisan pemainnya akan menyertai beberapa siri perlawanan di Australia pada Jun dengan penekanan kepada keserasian serta keyakinan.
“Pemain akan menyertai beberapa siri perlawanan di Gold Coast pada 13 hingga 24 Jun dan Melbourne, 5 hingga 15 Julai.
“Harapan kami perlawanan ini akan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki sebelum temasya Sukan Sea nanti selain beberapa taktikal yang dirancang,” katanya.
Untuk rekod, skuad bola jaring negara berputih mata pada Sukan Sea 2015 apabila meraih pingat perak, selepas tewas tipis 43-46 berdepan tuan rumah Singapura dalam perlawanan akhir.
Namun beraksi di laman sendiri pastinya memberi kelebihan buat skuad kebangsaan untuk membalas dendam ke atas Singapura, selain suntikan semangat setelah bergelar juara Asia menewaskan Sri Lanka di Bangkok, Thailand, tahun lepas, manakala Singapura sekadar di tempat ketiga.
Perjuangan kita untuk membendung penularan wabak COVID-19 kini bergantung kepada pemberian vaksinasi kepada majoriti rakyat Malaysia. Ini bagi mendapatkan imuniti kelompok untuk melindungi bukan sahaja kita tetapi kepada golongan berisiko yang lain seperti kanak-kanak.
Jumlah pemberian vaksin di negara kita kini mencatatkan angkayang cukup memberangsangkan dan kini turut diiktiraf sebagai antara terpantas di dunia. Ketika artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 11.8 juta penduduk di Malaysia telah menerima dos pertama.
Dan kini kesan awal vaksinasi mungkin telah dapat kita saksikan berdasarkan statistik jumlah kes positif COVID-19 semalam. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa daripada 14,516 kes, sebanyak 92% tiada sejarah vaksinasi.
Angka-angka tersebut berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Antara yang paling signifikan ialah 97.9 peratus daripada 95 pesakit dalam kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) tiada sejarah vaksinasi.
Sejumlah 85.7% daripada 77 kes kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) juga tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Manakala bagi kes tiada sejarah vaksinasi yang lain pula menyaksikan kategori 3 (67% – radang paru-paru), kategori 2 (87.6% – bergejala ringan) dan kategori 1 (95.6% – tidak bergejala).
Ilustrasi: KKM
Seperti mana kita tahu, kebanyakan kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah serta mempunyai kediaman yang sesuai dibenarkan melakukan isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital terutama di Lembah Klang.
Dengan angka-angka ini, kita dapat lihat bahawa keberkesanan vaksinasi di dalam usaha membendung pesakit yang le bih kritikal jika dijangkiti wabak ini. Jadi marilah kita dapatkan vaksinasi dan sama-sama lindung diri dan lindung semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.
2 Pustules
Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).
3 Blackheads
Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah balckheads ini. Ia biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
4 Whiteheads
Whiteheads ini seperti adik-beradik kepada blackheads juga cuma berlainan warna. Ia biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.
5 Nodules
Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.
Oleh itu, jika ia tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan pula, apabila ruang radang lebih besar maka ia lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.
Tips untuk mengatasi jerawat adalah :
Pakai krim atau gel anti-jerawatjika jerawat tersebut baru muncul. Ini dapat membantu jerawat itu menjadi kecut dan terus hilang jejaknya di kemudian hari. Namun, bukan semua orang sesuai untuk memakai krim ini. Bagi yang sudah biasa memakai, tiada masalah. Hal ini kerana ada juga antara anda yang mengalami alahan kulit jika memakai sesuatu krim di muka.
Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Hal ini kerana jerawat juga muncul disebabkan oleh cara pemakanan anda. Lebih baik anda jaga cara pemakanan anda. Kurangkan makanan yang berminyak.
Mencuci muka dengan bersih. Bagi wanita, jika anda memakai mekap yang tebal mohon cuci dengan bersih sebelum tidur. Pastikan anda mencuci muka dua atau tiga kali sehari untuk membuang segala kotoran di muka. Anda juga perlu menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Contoh : jika kulit anda berminyak, maka carilah pencuci yang khusus untuk membersihkan minyak di muka dan dapat mengurangkan jerawat juga.
Jangan selalu sentuh muka atau memicit jerawat! Ramai yang gatal tangan dan ramai juga yang tidak mencuci tangan selepas melakukan sesuatu. Ini yang menjadi punca jerawat membiak dan meninggalkan parut jika memicitnya. Tetapi ini adalah fakta kerana tangan kita ada banyak kuman yang tersembunyi yang mengganggu kulit wajah kita. Sebaiknya, pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas okay.
Pilih produk kecantikan yang berkualiti dan mengandungi bahan semula jadi.Jangan pilih yang murah atau yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan seadanya. Nak cantik cepat tetapi tidak fikir kesan pada masa hadapan, memang hidup anda akan merana kelak. Ramai antara anda yang merana akibat tersalah memilih produk. Nak pulihkan semula kulit muka itu akan mengambil masa yang lama tau. Jadi, berfikirlah dengan bijak.
Jangan tegur muka rakan anda yang ada jerawat!Hal ini kerana percayalah esok atau lusa jerawat itu akan membalas dendam dan muncul di muka anda pula. Bahkan di tempat yang sama juga!
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.