Muka baru arena bina badan yang menjadi igauan jagoan sedia ada. Dalam diam, dia muncul dengan satu pakej lengkap yang tidak mustahil bisa menggegarkan arena. Dengan wajah segar di samping tubuh badan cukup sempurna, he is one of the must-watch athlete of today’s century! He is the one and only, Ross Dickerson.

 Siapa Nak Jadi Model Kecergasan? Sila Ikut Cara Ros Dickerson Ini Bersenam

KEINGINAN JADI LEBIH BAIK

Baru beranjak usia ke angka 27 tahun, Ross Dickerson adalah antara atlet serta model kecergasan muda  yang semakin mendapat di hati para peminat sukan bina badan. Lahir di kota London dan baru bermaustatin di Amerika Syarikat, penghijrahannya adalah seakan refleksi akan dirinya sendiri. Ingin jadi lebih baik. Ya, itulah jawabnya apabila dirinya disoal tentang transfomasinya.

            “Selepas beberapa ketika di Amerika, saya dikenalkan dengan satu gim di sebelah rumah. Ketika itu umur saya baru saja 17 tahun. Melihat mereka keluar masuk dengan kondisi tubuh yang menawan, membuat saya terfikir untuk berubah kepada lebih baik. Selepas tahun aktif dan berjaya melihat hasilnya sendiri, keazaman saya kini tiada penghujungnya. Sehingga ke hari ini, saya masih aktif di gim yang sama sehingga mendapat nama panggilan tersendiri iaitu 9stoneguy sejak tahun 2009”, jelas Ross.

            Melihat akan percaturan revolusi dalam dirinya, karier Ross juga tidak ketinggalan dari menerima tempiasnya. Selepas kehadirannya diintai oleh ramai jurugambar terkenal yang ingin merakam wajahnyanya, karier Ross juga turut berubah 360 darjah dalam sekelip mata

            “Saya merupakan seorang jurulatih tenis yang melatih pemain dari pelbagai peringkat umur. Melihat kemajuan yang mereka lalui dengan arahan saya sedikit sebanyak membuka hati saya untuk terus memberikan yang terbaik. Selepas 4 tahun berlalu, saya masih menikmati nikmat menjadi seorang jurulatih”, akui Ross.

 

MOTIVASI ATAS TALIAN

               Kini langit adalah hadnya buat Ross. Selepas hampir 7 tahun bergelumangan dalam bidang bina badan, Ross kini pastinya boleh berbangga dengan pencapaiannya. Selain dianugerahkan pensijilan model kecergasan dengan pengiktirafan WBFF Pro, Ross juga disunting untuk menjadi duta untuk jenama I- Supp dan turut mendapat tajaan oleh Machine Fitness atas konsistenasinya dalam memiliki tubuh idaman.

Siapa Nak Jadi Model Kecergasan? Sila Ikut Cara Ros Dickerson Ini Bersenam

            What keeps you motivated? Saya sentiasa pastikan saya mempunyai matlamat untuk dicapai setiap kali saya berada di gim. Saya amat suka untuk menolak tubuh saya ke had yang tertentu kerana kepuasan selepas berjaya mencapainya memang sukar untuk diungkap. Besides, it’s a two-way street.

            Melihat perkembangan dunia digital yang membolehkan saya dekat dengan peminat memberikan motivasi kepadanya. Saya sedar saya boleh berkongsi pengalaman serta  menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan tubuh idaman.  Dengan komitmen dan kesungguhan , sesiapa sahaja boleh mengubah pandangan mereka terhadap kehidupan dengan melibatkan diri dalam bidang kecergasan. The feedback and support I get from everyone on social media has been amazing! It’s a two way street, I motivate them and they motivate me.

IKLAN

 Siapa Nak Jadi Model Kecergasan? Sila Ikut Cara Ros Dickerson Ini Bersenam

DIET MAKANAN HARIAN

Hidangan 1: Oats, Telur Putih, Mentega Kacang dan Anggur

Hidangan 2: Nasi, Ayam dan Brokoli

Hidangan 3: Pasta, Ikan Tuna dan Salad

Hidangan 4: Nasi dan Ayam

Hidangan 5: Salmon, Salad Hijau dan Dada Ayam Belanda

Hidangan 6: Keju dan Brokoli

IKLAN

Hidangan 8: Yogurt Greek dan Keju

 Siapa Nak Jadi Model Kecergasan? Sila Ikut Cara Ros Dickerson Ini Bersenam

RUTIN SENAMAN

Hari 1: Dada dan bicep

Hari 2: Quads dan Hams

Hari 3: Abs

Hari 4: Belakang badan dan trisep

IKLAN

Hari 5: Rehat

Hari 6: Bahu dan Traps

Hari 7: Kardio dan Abs

 

 

Nama penuh: Ross Dickerson

Asal: United Kingsdom

Berat: 189 lbs

Ketinggian: 185cm

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI