Mat Never Zero atau nama sebenarnya Adzim Hariz, merupakan seorang content creator sepenuh masa yang berjaya memikat hati ribuan penonton dengan kandungannya yang kreatif dan bermakna.
Berusia 26 tahun, perjalanan Mat untuk mencapai kejayaan dalam dunia digital bermula dari latar belakang yang mungkin tidak dijangka ramai.
Sebelum bergelar content creator, Mat bekerja dalam bidang pemasaran di pejabat.
Kehidupan rutinnya sebagai pekerja pejabat tidak pernah memadamkan impian besarnya.
Mat sering mendapat inspirasi daripada content creator terkenal seperti Luqman Podolski, Kyo Propaganda dan Mat Luthfi.
Melihat karya mereka membuatkan Mat tergerak hati untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Saya suka tengok konten-konten mereka. Benda itu menyebabkan saya rasa nak jadi macam diorang,” kata Mat.
Keinginan itu semakin membuak apabila dia mula melihat kadar bayaran untuk influencer.
Nama “Mat Never Zero” lahir daripada sebuah peristiwa yang menarik.
Video pertama Mat mendapat sambutan hangat kerana kandungannya yang unik dan “tidak kosong.”
Komen-komen daripada penonton yang mengatakan “mamat ni tak kosong” menjadi inspirasi utama untuk nama tersebut.
Mat mengubahnya ke dalam Bahasa Inggeris dan lahirlah identiti “Mat Never Zero.”
@adzimhariz Bukan kosong weh #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Rapuh (Acoustic) – zheff official
Antara impian besar Mat sebagai content creator ialah berkolaborasi dengan Luqmanrv, seorang content creator terkenal dari Indonesia.
“Saya rasa kerjasama itu boleh menghasilkan sesuatu yang hebat dan membuka peluang kepada penonton dari dua negara,” ujarnya.
Seperti kebanyakan content creator, Mat tidak lari daripada menghadapi cabaran antaranya adalah idea yang dihasilkan mesti kena sentiasa fresh.
Menjadi penting untuk memastikan idea kandungan sentiasa asli dan tidak meniru orang lain. Ini adalah asas kepada identiti kreatif Mat.
Yang kedua, cabaran turun naik viewers iaitu perubahan jumlah tontonan.
“Ramai content creator akan down bila tengok view mereka drop daripada 300k ke 20/30k,” kata Mat.
Namun, cara Mat mengatasinya adalah dengan berfikiran positif. “Tak payah fikir sangat, nanti next content akan naik la tu”, ujarnya.
Mat Never Zero telah membuktikan bahawa perjalanan dari kerja pejabat ke dunia content creator adalah sesuatu yang mungkin dicapai dengan usaha dan dedikasi.
Kandungannya bukan sahaja menghibur tetapi juga memberikan inspirasi kepada mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang ini.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!