Mat Never Zero atau nama sebenarnya Adzim Hariz, merupakan seorang content creator sepenuh masa yang berjaya memikat hati ribuan penonton dengan kandungannya yang kreatif dan bermakna.
Berusia 26 tahun, perjalanan Mat untuk mencapai kejayaan dalam dunia digital bermula dari latar belakang yang mungkin tidak dijangka ramai.
Bermula dari Kerja Pejabat
Sebelum bergelar content creator, Mat bekerja dalam bidang pemasaran di pejabat.
Kehidupan rutinnya sebagai pekerja pejabat tidak pernah memadamkan impian besarnya.
Mat sering mendapat inspirasi daripada content creator terkenal seperti Luqman Podolski, Kyo Propaganda dan Mat Luthfi.
Melihat karya mereka membuatkan Mat tergerak hati untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Saya suka tengok konten-konten mereka. Benda itu menyebabkan saya rasa nak jadi macam diorang,” kata Mat.
Keinginan itu semakin membuak apabila dia mula melihat kadar bayaran untuk influencer.
Ads
Bagaimana Terbentuknya Nama Mat Never Zero
Nama “Mat Never Zero” lahir daripada sebuah peristiwa yang menarik.
Video pertama Mat mendapat sambutan hangat kerana kandungannya yang unik dan “tidak kosong.”
Komen-komen daripada penonton yang mengatakan “mamat ni tak kosong” menjadi inspirasi utama untuk nama tersebut.
Mat mengubahnya ke dalam Bahasa Inggeris dan lahirlah identiti “Mat Never Zero.”
Antara impian besar Mat sebagai content creator ialah berkolaborasi dengan Luqmanrv, seorang content creator terkenal dari Indonesia.
Ads
“Saya rasa kerjasama itu boleh menghasilkan sesuatu yang hebat dan membuka peluang kepada penonton dari dua negara,” ujarnya.
Cabaran Sebagai Content Creator
Seperti kebanyakan content creator, Mat tidak lari daripada menghadapi cabaran antaranya adalah idea yang dihasilkan mesti kena sentiasa fresh.
Menjadi penting untuk memastikan idea kandungan sentiasa asli dan tidak meniru orang lain. Ini adalah asas kepada identiti kreatif Mat.
Yang kedua, cabaran turun naik viewers iaitu perubahan jumlah tontonan.
“Ramai content creator akan down bila tengok view mereka drop daripada 300k ke 20/30k,” kata Mat.
Ads
Namun, cara Mat mengatasinya adalah dengan berfikiran positif. “Tak payah fikir sangat, nanti next content akan naik la tu”, ujarnya.
Menawan Dunia Digital
Mat Never Zero telah membuktikan bahawa perjalanan dari kerja pejabat ke dunia content creator adalah sesuatu yang mungkin dicapai dengan usaha dan dedikasi.
Kandungannya bukan sahaja menghibur tetapi juga memberikan inspirasi kepada mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang ini.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang sering mengikuti perkembangan semasa industri fesyen tempatan atau penggemar menswear eksklusif, Bon Zainal bukanlah nama yang asing.
Dereten selebriti, orang kenamaan malah dari pemimpin negara pernah menggayakan sut yang mendapat sentuhan serta rekaannya.
Melihat sosok badannya mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa dia sudah mencecah usia 54 tahun. Datuk kepada dua orang cucu ini juga merupakan Presiden Bumiputera Designer Association Malaysia (BDAM).
Peluang untuk menemubual beliau bagi isu majalah keluaran April, penulis gunakan sebaik mungkin untuk bertanya apakah rahsia dia maintain awet muda dan sentiasa nampak bertenaga.
BUKAN RAHSIA BESAR
Sukar untuk kita temui seorang lelaki berusia 54 tahun mempunyai bentuk badan dan fizikal sepertinya. Pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia awet muda yang diamalkan oleh Bon Zainal.
“Sebenarnya terpulang kepada diri sendiri. Saya seorang yang sangat banyak bergerak. Setiap pagi selepas Subuh saya akan pergi ke gimnasium untuk buat sedikit workout.
“Kalau bekerja pula saya lebih banyak berjalan. Dalam sehari memang saya tidak akan senang duduk kalau tidak berjalan.
“Selain itu saya juga menjadi duta paling tua bagi sebuah gimnasium terkenal di ibu kota. Disebabkan itu juga saya kini mula berjinak-jinak dengan dunia pakaian kercergasan menerusi jenama Bon Active. Dalam tempoh terdekat saya akan perkenalkan lebih banyak pakaian sukan juga.
“Dari segi pemakanan pula sejujurnya saya tidak ada pantang larang. Makan apa yang suka dan sebanyak mana saya mahu. Bezanya saya akan bakar semula dengan melakukan senaman. Selain itu jaga masa makan yang baik.
“Dan akhir sekali saya banyak minum air kosong. Minuman lain saya hanya minum Milo sahaja. Kopi dan teh memang tidak akan saya sentuh,” jelasnya lagi.
Jangan lupa nantikan temubual eksklusif MASKULIN bersama Bon Zainal dalam isu majalah akan datang!
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Berusia 37 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia oleh barisan panel pakar The Guardian.
Terkenal Di Seluruh Dunia & Kaya- Raya, Lionel Messi Ikon Lelaki Setia!
Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.
Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.
Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada.
Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.
Bayangkan mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Selepas menjalin hubungan serius dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo, pasangan ini akhirnya memeterai cinta mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2017.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, keluarga itu selesa memilih gaya hidup low profile bersama anak-anak kesayangan mereka – Thiago, Mateo dan Ciro.
Moga Messi terus berjaya dan bahagia bersama keluarga dan kariernya.
Setiap kejayaan mana-mana jenama atau produk pasti ada sejarahnya yang tersendiri. Dan sejarah ini akan menjadi lebih menarik apabila ia melibatkan kaitan dua jenama dengan personaliti hebat di belakangnya.
Sebut sahaja produk bola sepak antara jenama yang pasti melintas di kepala kita adalah adalah adidas dan Puma. Tapi tahukah anda kedua-dua jenama hebat asal Jerman ini berkongsi sejarah yang unik dan sama?
Kisahnya bermula pada tahun 1920-an dio mana dua orang adik beradik iaitu Adolf dan Rudolf Dassler sama-sama mengasaskan sebuah syarikat penghasilan kasut.
Syarikat tersebut diberi nama oleh sebagai Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brothers Shoe Factory) di dobi milik ibu mereka.
Pengaruh kuat terhadap kasut datang daripada bapa mereka, Christoph von Wilhelm Dassler yang bekerja di sebuah kilang kasut. Kasut yang dikeluarkan syarikat mereka kemudian menjadi sangat laris selepas ia turut dipakai oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
SEJARAH TERUS TERCIPTA
Pada tahun 1936, adik-beradik Dassler berjaya memujuk pelari pecut Amerika Syarikat, Jesse Owen untuk menggunakan kasut mereka di kejohanan tersebut. Jessen meraih sebanyak empat pingat emas dan reputasi Dassler terus melonjak naik.
Di kemuncak kejayaan mereka berjaya menjual sebanyak lebih 200 ribu pasang kasut setiap tahun.
Tapi mereka hanya mampu merancang. Kedua-dua mereka kemudian dikerah menyertai Parti Nazi namun hanya Rudolf yang lebih dekat dengan parti tersebut. Perselisihan faham di antara dua orang adik-beradik ini bertambah parah dan ‘meletus’pada tahun 1943, ketika tentera bersekutu melakukan serangan bom.
Selepas perang tamat kedua-dua mereka dipisahkan di antara dua tebing Sungai Aurach. Rudolf membukan syarikatnya sendiri. Begitu juga dengan Adolf yang mengambil nama gelarannya, ‘Adi’ dan tiga perkataan pertama nama keluarga, ‘Das’, menjadikannya adidas.
MUNCULNYA JENAMA MASING-MASING
Rudolf pula membuka firma baru dan memberi nama gelaran ‘Ruda’ dengan ‘Ru’ dari Rudolf dan ‘Da’ dari Dassler. Beberapa bulan kemudian dia menukarnya menjadi PUMA Schuhfabrik Rudolf Dassler pada tahun 1948.
Sejak dari itu jenama adidas dan Puma bersaing dalam segenap aspek. Di kemuncak perseteruan mereka juga menyaksikan dua pasukan bola sepak bandar mereka menjadi seteru utama dan menggunakan jenama adidas dan Puma.
Menurut cerita, jika ada tetamu yang datang bertemu Rudolf dengan memakai kasut adidas, dia akan menyuruh mereka untuk turun ke bilik bawah tanah dan memilih sepasang kasut baru dari jenamanya, Puma.
And the rest was history!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami jangan jadi dayus biar isteri berjoget di media sosial, tegur suruh berhenti buat. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan.