“Siapa Kenal Student Ni Tolong DM” – Caprice Tampil Ingin Bantu Pelajar Dikompaun KKM

Share

Sejak semalam telah tular perkongsian foto yang memaparkan bagaimana terdapat beberapa pelajar di sebuah institusi pengajian menerima kompaun daripada penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkongsian yang tular di Twitter tersebut menjadi bualan ramai selepas terdapat peljar matrikulasi di Perak dikatakan telah dikompau sebanyak RM1500 gara-gara tidak memakai pelitup muka di dalam kawasan kampus mereka.

Dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati ramai warganet yang membandingkan sikap pilih kasih terhadap layanan sesetengah individu berpengaruh dan juga selebriti yang didakwa mereka turut tidak mematuhi SOP.

Menerusi foto yang dimuat naik, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika pihak KKM membuat pemantauan di kafe mastrikulasi berkenaan. Pada awalnya ia membabitkan kes keracunan makanan namun kemudian meleret kepada tindakan kompaun terhadap pelajar.

Dilaporkan juga bahawa pelajar-pelajar matrikulasi tersebut tidak pernah keluar dari kampus lebih empat bulan.

Peka dengan kejadian tersebut, Caprice secara terbuka di laman media sosialnya tampil untuk membantu pelajar yang dikenakan kompaun.

“Sape2 kenal student2 ni tolong dm. Caprice dan @hijabista.hub nak cover cost kompaun diaorang + kasi baju raya caprice.”

Itulah yang dinyatakan Caprice menerusi satu hantaran di Instagram kendaliannya.

Semoga semua pihak dapat cari jalan penyelesaian yang terbaik. Apa-apa pun kudos buat Caprice yang tampil ingin membantu pelajar tersebut.

Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim