Siapa Kata Nak Buat Badan Jadi Sado Itu Susah? Ini Cara Paling Mudah Untuk Bina Otot Badan!

Share

Pastinya ramai jejaka di luar sana yang sering mengimpikan untuk memiliki bentuk badan yang tegap dan sasa. Pada dasarnya, ia bukanlah dengan tujuan untuk memasuki acara bina badan, tetapi hanya sekadar untuk mereka menambahkan keyakinan diri.

MEMPUNYAI BADAN ‘SADO’ SUDAH MENJADI TREND TERKINI, TIDAK KIRA SAMADA PADA LELAKI DEWASA, MAHUPUN PELAJAR SEKOLAH. MASING-MASING SUDAH MULA BERMINAT UNTUK MEMILIKI BENTUK BADAN YANG KELIHATAN TEGAP DAN SASA.

Pelbagai cara kini boleh dilakukan untuk mendapatkan badan idaman ini, namun jangan sesekali mencuba jalan pintas dengan pengambilan bahan larangan kerana ia boleh membawa kepada kesan negatif bagi jangka masa panjang.

Berikut adalah antara teknik betul yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman ramai ini.

  1. Latihan Angkat Berat

Kebanyakkan lelaki pastinya mengetahui mengenai alat-alat senaman yang boleh membantu mereka untuk membina otot seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Latihan mengangkat berat ini pula sememangnya sangat mudah kerana ia sekaligus dapat menambahkan hormon lelaki dan merangsang pertumbuhan otot dengan cepat.

  1. Pengambilan Kalori

Pengambilan kalori pula adalah antara salah satu faktor yang sangat penting dalam memastikan anda mampu untuk memiliki badan sasa. Ia seharusnya selaras dengan tenaga yang anda gunakan. Jika ia diambil secara berlebihan, ia akan membawa kemudaratan kepada tubuh badan anda seperti pembentukan lemak terutamanya di bahagian perut.

  1. Melebihkan Protein Dalam Hidangan

Bagi yang meninginkan bentuk badan yang kelihatan sasa, anda harus menumpukan perhatian terhadap pengambilan protein di dalam setiap hidangan anda seperti telur serta ikan. Anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya mengambil 2 biji telur separuh masak setiap hari sebelum memulakan senaman.

  1. Minum Air Secukupnya

Pengambilan air yang cukup juga adalah sangat penting dan sangat disarankan kepada mereka yang ingin membina otot bagi memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Air juga berperanan sebagai bahan yang boleh membantu untuk menyingkirkan segala jenis toksin yang berkemungkinan ada di dalam badan anda ketika ini.

  1. Pengambilan Vitamin Tambahan

Terdapat pelbagai jenis vitamin tambahan yang ada di pasaran namun begitu anda harus berwaspada dalam mengambilnya dan dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu. Badan yang sasa juga tidak tertumpu kepada pengambilan protein dan makanan tambahan semata-mata, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

  1. Mengatur Masa

Pengurusan masa juga adalah suatu hal yang sangat penting kepada mereka yang ingin mendapatkan badan yang sasa. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus bersenam sehingga melupakan waktu untuk berehat bagi tubuh badan anda. Memiliki badan sasa sememangnya mengambil tempoh waktu yang lama, jadi anda masih juga perlu bersabar melalui prosesnya.

 

sumber: lelakisihat.com

Published by
webadmin