Isu petak letak kereta bukanlah satu perkara yang asing terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan flat. Ini kerana rata-rata rumah flat tidak memperuntukkan ruang parkir khas untuk setiap unit rumah.

Konsepnya muda. Siapa cepat, dia dapat. Tapi sejak bertahun-tahun lama senario ‘booking’ parkir secara haram telah berlaku secara berleluasa di kawasan rumah flat. Malah ada yang berani meletakkan objek-objek tertentu seperti kon, tong, pasu bunga dan pelbagai jenis objek lagi bagi menghalang orang lain meletakkan kenderaan di ruang parkir yang dianggap milik mereka.

“Siapa Cepat, Dia Dapat!” Isu ‘Booking’ Parking Rumah Flat, Netizen Beri Reaksi Positif
DBKL menjalankan Ops Halangan Petak Parking di sekitar Wangsa Maju.

Dua hari lepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan Ops Halangan Petak Parking di sekitar flat Blok Seksyen 1, Parlimen Wangsa Maju.

Dalam operasi tersebut Penguatkuasa DBKL telah mengambil tindakan secara bersepadu bagi mengatasi masalah ini. Mereka telah merampas pelbagai jenis objek yang diletakkan oleh segelintir penduduk setempat yang ‘booking’ ruang parkir secara tidak sah.

Menurut laporan dari Harian Metro, Pengarah Penguatkuasa DBKL berkata setiap parkir disediakan adalah kemudahan umum atau awam untuk semuan penduduk dan bukan parkir tetap mereka.

“Siapa Cepat, Dia Dapat!” Isu ‘Booking’ Parking Rumah Flat, Netizen Beri Reaksi Positif
Pelbagai jenis objek yang digunakan untuk ‘booking’ parkir telah dirampas.

BACA: Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Anda!

IKLAN

RAMAI YANG MENYOKONG

Tambah beliau lagi konsepnya muda iaitu siapa cepat dia dapat dan semua penduduk boleh menggunakan ruang parkir yang kosong.

Antara objek yang dirampas ialah tong mintak, bekas minyak hitam, tong sampah, tayar dan tong mengandungi kayu dan besi. Jelas DBKL lagi, tindakan meletakkan objek sebagai petunjuk parkir berkenaan miliknya adalah satu perbuatan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Menerusi sebuah posting Facebook yang di muat naik DBKL, ramai netizen terutamanya penduduk flat dari pelbagai kawasan turut meluahkan pendapat mereka. Rata-rata memang cukup bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh DBKL.

IKLAN

“Dengan segala hormatnya saya menjemput DBKL untuk datang ke Pantai Dalam. Lihatlah sendiri kawasan2 parkir di flat Sri Angkasa, PPR Kerinchi dan kawasan2 sekitarnya. Bukan setakat perangai suka cop tempat parkir je ada, macam2 lagi ragam lain yang “menakjubkan” ada di sini. Dah nak masuk 2020 pon mentaliti buruk masyarakat kat sini langsung tak berubah. 🙂 Sekian daripada saya warga Pantai Dalam yang dah 20 tahun tinggal dan membesar di sini.”

“Good job dbkl! Macam ni baru terbaik Bossku! Parking awam tapi buat mcm diaorg punya. Sape balik awal dpt la parking dlm. Kalau dh balik lewat Tu parking la kotak luar. Sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Dah masuk tahun baru tolong ubah Gaya hidup. Jgn pentingkan diri. Angkut je baldi ke, kerusi ke, motor buruk ke..itulah yg terbaik!”

” Ini biasa..ade yg jenis siap sambung dapur lagi..lps tu buat garaj bumbung..dh 3 petak dpt kt dye..siap dlm garaj buat ruang santai letak kurusi meja..keta plk pakai 2 stu yg dlm garaj stu lgi kt sebelah garaj..jd 4 parking dye ambik..hbs org lain nk parking mane woiii..nsb la duk rmh sewa..”

IKLAN

Itu antara komen-komen yang menarik perhatian MASKULIN. Nampaknya ramai yang sudah lama menyimpan rasa tak puas ati di atas tindakan sesetengah pihak yang mengambil ruang parkir secara haram.

“Siapa Cepat, Dia Dapat!” Isu ‘Booking’ Parking Rumah Flat, Netizen Beri Reaksi Positif
Selain kawasan rumah flat, DBKL percaya kegiatan ini turut berlaku di rumah kedai, pusat perniagaan dan kedai makan.

Mungkin ada solusi yang terbaik boleh diketengahkan oleh pihak berwajib bagi mengatasi masalah ini. Secara pemerhatian kasar, MASKULIN merasakan ruang parkir yang disediakan oleh puhak berwajib tidak mencukupi. Pergilah ke mana kawasan rumah flat di Lembah Klang pasti kita dapat saksikan berlakunya limpahan kenderaan, sehingga ada yang terpaksa double park dan meletak kereta di bahu jalan.

Semoga isu ini dapat diangkat sebagai antara perkara yang harus diberi perhatian penting dalam era Malaysa Baharu.

FOTO: Facebook DBKL

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI