Tak kisahlah kalau anda ini badan sekeping atau berisi. Kalau hajat di hati memang nak dapatkan tubuh yang sado, usaha yang berterusan mesti dilakukan.
Lebih-lebih lagi ia merupakan satu trend yang boleh menampakkan anda lebih gagah, berani dan kuat selain mampu mencairkan hati gadis.
Tidak dinafikan memang terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan tubuh badan yang begitu sado ini.
Namun jangan sesekali mencuba jalan pintas dengan cara mengambil bahan larangan kerana ia memberi kesan negatif bagi jangka masa panjang.
Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin ini berkongsi cara yang cukup simple untuk anda lakukan bagi mendapatkan tubuh idaman :
Kebanyakkan lelaki pastinya mengetahui tentang alat-alat senaman yang boleh membantu mereka untuk membina otot seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Latihan angkat berat ini sememangnya sangat mudah kerana ia sekaligus dapat menambahkan hormon lelaki dan merangsang pertumbuhan otot dengan cepat.
Pengambilan kalori pula adalah antara salah satu faktor yang sangat penting dalam memastikan anda mampu untuk memiliki badan sasa. Ia seharusnya selaras dengan tenaga yang anda gunakan. Jika ia diambil secara berlebihan, ia akan membawa kemudaratan kepada tubuh badan anda seperti pembentukan lemak terutamanya di bahagian perut.
Bagi yang meninginkan bentuk badan yang kelihatan sasa, anda harus menumpukan perhatian terhadap pengambilan protein di dalam setiap hidangan anda seperti telur serta ikan. Anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya mengambil 2 biji telur separuh masak setiap hari sebelum memulakan senaman.
Pengambilan air yang cukup juga adalah sangat penting dan sangat disarankan kepada mereka yang ingin membina otot bagi memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Air juga berperanan sebagai bahan yang boleh membantu untuk menyingkirkan segala jenis toksin yang berkemungkinan ada di dalam badan anda ketika ini.
Terdapat pelbagai jenis vitamin tambahan yang ada di pasaran namun begitu anda harus berwaspada dalam mengambilnya dan dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu. Badan yang sasa juga tidak tertumpu kepada pengambilan protein dan makanan tambahan semata-mata, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pengurusan masa juga adalah suatu hal yang sangat penting kepada mereka yang ingin mendapatkan badan yang sasa. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus bersenam sehingga melupakan waktu untuk berehat bagi tubuh badan anda. Memiliki badan sasa sememangnya mengambil tempoh waktu yang lama, jadi anda masih juga perlu bersabar melalui prosesnya.