Dua pasukan terbaik daripada utara dan selatan Malaysia akan berentap merebut Piala Malaysia, lebih menarik kedua-dua pasukan ini bagai perlawanan buku bertemu ruas yang dianggap dinanti oelh semua peminat bola sepak Malaysia.
Selaku bekas pengendali JDT, Mario Gomez yakin pasukan itu mampu merangkul kejuaraan walaupun Kedah tidak dinafikan sebagai pasukan yang kuat. Untuk rekod, Gomez pernah membawa pulang Piala AF 2015, Liga Super 2015 serta 2016 dan Piala FA 2016.
Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim pula memilih Kedah sebagai bakal juara. Kenyataan itu dibuat melihatkan kekuatan jentera diketuai Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva.
Kelayakan kedua-dua pasukan mara ke peringkat akhir sudah cukup membuktikan keampuhan masing-masing. Di peringkat separuh akhir JDT berjaya membenam pasukan Perak kendalian Mehmet Durakovic yang memberikan saingan sengit. Kedah pula tampil sebagai juara bertahan apabila mudah mengatasi Felda United. Kedua-dua Kedah dan JDT punya strategi taktikal sendiri. Ada yang mengatakan corak permainan JDT dengan Kedah ini lebih kurang sama je, masing-masing mengamalkan permainan secara short pass bagi menguasai permainan.
Lang Merah telah menyambar Piala Sumbangsih Januari lalu ketika menentang JDT di Larkin Kemenangan itu menamatkan penantian sejak 1994 Kedah menerusi sepakan penalti berpihak kepada pasukan pelawat dengan 5-4.
Adakah Kedah bakal merangkul piala kedua mereka pada tahun ini? Atau JDT akan berusaha keras untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Johor pula? Kapten JDT, Syafiq Rahim pun dah berazam nak bawa pulang Piala Malaysia tahun ini.
Jaringan gol penyerang Perak, Zaquan Adha Abdul Razak ketika menentang JDT di semifinal dibatalkan pengadil kerana dikatakan ofsaid. JDT bagaimanapun tetap memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan besar 3 – 0.
Namun, bekas pengadil Persekutuan Antarabangsa Bola Sepak (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat pengadil dalam perlawanan itu tersalah tafsir. Untuk sorotan perlawanan semifinal, muat turun aplikasi Kita Juara bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
5 laporan polis dibuat susulan ketidakpuasan hati penyokong Kedah berkenaan penjualan 10000 keping tiket yang habis dalam masa sejam dijual. Menurut pihak Kedah FA, hanya 10000 diperuntukkan manakala selebihnya 30000 dijual untuk tempahan berkumpulan.
Ada antara korang dekat sini yang tak dapat tiket final? Tak apa, tengok siaran langsung dekat TV3 jela nanti.
Sumber : Oh Bulan