Sedarkah anda, mungkin ada beberapa perkara yang telah anda lakukan sebelum workout menyebabkan badan tidak jadi seperti yang anda inginkan.

Kesalahan ini pastinya akan memberi kesan yang buruk pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan yang anda lakukan.

Jadi adakah anda benar-benar yakin dengan apa yang telah anda buat dan makan sebelum workout? Cuba renung-renungkan.

Jika tak mahu usaha anda untuk bina otot jadi sia-sia, elak melakukan lima perkara ini.

BACA: Kalau Impikan Bentuk Badan Sasa, Jangan Sesekali Buat 5 Kesalahan Ini Masa Workout!

1. GULA + MINYAK

Sia-Sia Bersenam Tapi Badan Macam Tu, Puncanya Sebab Ambil 5 Makanan Ini Sebelum Workout!

IKLAN

Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak memgambil makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum workout. Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal workout, ketahuilah badan akan mula lemah secara drastik semasa pertengahan workout, sekali gus mengundang rasa pening kepala.

2. MAKANAN SEGERA

Sia-Sia Bersenam Tapi Badan Macam Tu, Puncanya Sebab Ambil 5 Makanan Ini Sebelum Workout!

‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan sesi workout.

IKLAN

BACA: Untungnya Jadi Lelaki, Anda Mudah Kurus Sebab Metabolisme Lebih Tinggi & Kalori Cepat Terbakar!

3. BIARKAN PERUT KOSONG

Sia-Sia Bersenam Tapi Badan Macam Tu, Puncanya Sebab Ambil 5 Makanan Ini Sebelum Workout!

Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ merupakan mitos yang salah semata-mata. Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir glycogen iaitu sel dari glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot anda mudah penat dan lemah.

IKLAN

4. MINUMAN TENAGA

Sia-Sia Bersenam Tapi Badan Macam Tu, Puncanya Sebab Ambil 5 Makanan Ini Sebelum Workout!

Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga lebih daripada satu tin bakal membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata. Apabila tidur anda tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin workout dan pemakanan anda juga bakal terganggu seterusnya merosakkan impian anda untuk miliki bentuk badan yang diidamkan.

BACA: Orang Kurus Pun Boleh Bina Otot. Caranya, Buat 3 Senaman Efektif & Selamat Ini!

5. TELUR MENTAH

Sia-Sia Bersenam Tapi Badan Macam Tu, Puncanya Sebab Ambil 5 Makanan Ini Sebelum Workout!

Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk anda makan telur mentah sebagai makanan sebelum workout. Namun ada risiko lebih-lebih lagi jika anda miliki perut yang tidak tahan atau lasak iaitu mengalami keracunan bakteria Salmonella. Keracunan makanan ini bakal mengundang diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake 45 minit sebelum workut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI