Ya, bersenam di gimnasium merupakan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan, gimnasium memberi anda pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti senaman.
Malah dengan melakukan aktviti senaman di gimnasium anda boleh mendapat ruang privasi, menggunakan teknologi terkini serta boleh mendapatkan nasihat atau tip daripada petugas di gimnasium yang anda kunjungi.
Tapi tahukah anda bahawa ramai orang walaupun bergelar sebagai ahli tetap dengan keahlian VIP sebagainya tapi selepas sekian lama masih tiada perubahan pada dirinya. Adakah dia hanya pergi ke gimnasium semata nak menunjuk atau bagaimana?
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 6 ‘dosa’ utama yang ramai orang lakukan ketika mengunjungi gimnasium. Diharapkan anda bukanlah tergolong seperti yang kami nyatakan di atas ya!
BUANG MASA BERSOSIAL
Tak dinafikan antara tarikan utama mengapa orang pergi ke gimnasium ialah hubungan interaksi sosial yang boleh anda lakukan. Kenalan baru atau lama membuatkan anda lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman.
Namun janganlah sampai anda membuang masa berborak atau bersosial semata. Kurangkan berborak dan fokuskan lebih kepada senaman.
MAHU KEPUTUSAN SEGERA
Sesetengah orang meletakkan sasaran yang tak realisitik. Sebagai contoh meletakkan sasaran untuk turun 10 kilogram dalam tempoh seminggu. Bila sasaran tinggi begitu diletakkan ia hanya beri tekanan kepada anda sendiri.
Lalu membuatkan anda bersenam tanpa henti dan boleh menyebabkan kecederaan. Ambil masa dan pacing diri sendiri. Usah terlalu gopoh untuk buat perubahan.
TAK MELAKUKAN WARM UP
Ini merupakan antara punca utama mengapa kecederaan otot boleh berlaku. Keengganan anda melakukan warm up atau regangan sebelum memulakan senaman boleh menyebabkan badan anda tak bersedia. Malah jika melakukan warm up anda akan manmpu melakukan senaman lebih lama dan berkesan.
TUMPU HANYA SATU LATIHAN
Tak salah jika anda ingin fokuskan sesetengah senaman pada bahagian otot tertentu. Namun lebih elok jika anda melakukan senaman secara menyeluruh. Memberi fokus pada satu kawasan sahaja boleh menyebabkan berat badan naik dan pembentukan otot tak sekata. Imbangi senaman untuk stamina, otot dan juga kardio.
BACA: “Tak Minum Ais & Nasi Segenggam”, Antara Rahsia Gadis Ini Turun 21kg!
MUDAH PUAS HATI
Ya, memang anda patut berasa bangga bila merasakan kondisi tubuh semakin baik. Tapi bila perkara ini berlaku ada sesetengah orang mudah berpuas hati lalu mengurangkan aktiviti senaman mereka. Walhal ia perlu diteruskan bagi memastikan kondisi baik itu kekal lama.
MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
Satu perkara anda perlu ingat setiap orang memiliki bentuk fizikal, metabolisme dan pertumubhan otot yang berbeza. Jadi usahlah anda membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain.
Itu hanya melemahkan semangat anda jika orang yang dibandingkan jauh lebih baik pencapaian mereka. Anda hanya perlu fokus untuk diri sendiri dan jadikan pencapaian orang lain sebagai motivasi diri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI