
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rahsia Turunkan Berat 40 Kilogram Dalam Tempoh 5 Bulan

Berat asal saya ialah 125kg dan sekarang berat saya kini sekitar 87kg. Dalam masa 5 bulan saya berjaya turunkan sebanyak 38kg. Target berat badan saya ialah sekitar 70kg.
Full name : MOHAMAD IZZAT BIN AB.LLAH
Umur : 28 TAHUN
Pekerjaan : BISNESS ONLINE
1.Mula timbul kesedaran?
Terdetik untuk berubah pada bulan September 2017 selepas berat badan saya telah mencapai 125 Kg dan merasa kesukaran untuk melakukan aktiviti. Pada masa tersebut, saya sudah tidak mampu untuk berlari kerana berat badan yang terlalu berat. Naik tangga pun terlalu penat!
2. Pernah dikritik sebelum ini?
Saya pernah dikritik masa berat badan 125kg. kata-kata yang membuatkan saya menjadi seperti sekarang ialah “ Penyakit banyak menunggu di hadapan jika saya tidak buat perubahan” dan “ bila kita sihat, kita akan dapat beribadah dengan sempurna”
3. Apa menu anda amalkan setiap hari
RUTIN HARIAN
DIET
Setiap kali bangun pagi saya akan minum segelas air kosong
+ Sarapan (7am- 8am) – Telur separuh masak 2biji dan air lemon suam
+ Minum pagi (10am) – Epal hijau atau kurma atau kismis
+ Makan tengah hari (12pm – 1pm) – Nasi putih satu senduk dgn lauk ikan atau ayam (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur.
+Minum petang (5pm) – Epal hijau
+Makan malam (7pm – 8pm) – Nasi satu senduk dengan lauk ayam atau ikan (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur.
+Supper (9pm – 10pm) – Epal atau kurma
Saya minum air kosong 4 liter sehari. Air manis saya tak minum langsung.
4.Apa menu yang akan anda hindari sehingga ke hari ini?
Saya elakkan makanan segera seperti KFC, McD, pizza dan sebaris dengannya. Saya sentiasa elakkan makanan manis atau bergula, masin dan berminyak. Saya akan pastikan pola diet saya sentiasa terkawal untuk dapatkan kesan yang terbaik. Sentiasa semak kalori yang perlu diambil dalam sehari
5.Berapa kali seminggu anda bersenam?
Saya bersenam boleh dikatakan setiap hari. Buat senaman ringan sahaja setiap hari
6. Kongsikan rutin anda di gym?
Rutin saya di gym lebih fokus kepada stamina contohnya angkat beban yang ringan tapi buat banyak ulangan. Antara contoh senaman yang saya buat ialah Jonging selama 30minit setiap hari. Awal2 diet dulu saya hanya mampu berjalan. Bulan pertama saya hanya berjalan kaki. Bulan kedua saya berjalan kaki dan lari perlahan lahan. Bulan ke-3 hingga ke-5 saya dah mampu jogging kerana berat sudah menurun. Saya amalkan selama 5 bulan, berat dari 125 kG berkurangan menjadi 87kg. Saya amat gembira!
7.Kepentingam nutrisi sewaktu berdiet?
Nutrisi masa berdiet sangat penting bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Bagi saya, badan kita memerlukan karbohidrat, vitamin dan fibre yg cukup untuk memastikan berat turun dengan sihat. Jika nutrisi tidak cukup badan kita kan lesu dan tidak bermaya untuk bersenam. Kurang nutrisi juga boleh menyebabkan berat tidak turun. Oleh itu pastikan nutrisi mencukupi setiap hari
8.Qoutes anda untuk Berjaya
“NO pain, No gain” dan “Kamu Buat, Kamu sihat” dan “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
9. Bina badan adalah rutin yang memerlukan disiplin dan pengorbanan yang besar dari segi wang dan masa, berapa anda berhabis untuk smua ni setiap bulan dan adakah ia berbaloi?
Setakat ni saya berhabis tidak banyak lebih kurang rm200 sahaja setiap bulan untuk pegi gym dan makanan. Saya juga join kelas kelas HITFAT selama 7minggu dengan bayaran rm250.
10. Berapa lama anda alami transformasi?
Selama 5 bulan dari berat 125 kg ke 87 kg. Hampir 40kg berat saya turun
11. Selepas mengubah gaya hidup seperti skg apa perkara palinh berbeza anda rasai?
Stamina semakin meningkat. Pergerakan semakin laju dan badan saya lebih ringan dari dulu. Saiz baju semakin kecil iaitu dari saiz xxxl ke M
12.Bagaimana anda bahagikan masa untuk bersenam dan bekerja?
masa bersenam dalam sehari lebih kurang 30 minit ke satu jam. Masuk kerja pkul 8.30pagi jadi saya jogging lepas solat subuh atau pown jogging lepas waktu kerja. Kita juga boleh bersenam di gym pada waktu malam.
13.Best exercise yang anda gemari?
Bulan pertama saya jalan kaki 15minit ke 30minit sehari
– Bulan ke-2 saya jalan kaki dan berlari slow
– Bulan ke-3 sampai ke-5 saya joging slow, buat setakat yang mampu.
Senaman lain yang saya lakukan
+tabata
+plank
+sit up
+squat
+push up
14 .Mengapa anda sarankan orang rmai untuk trut sama amalkan gaya hidup sihat.
Supaya kita terhindar daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Bila kita sihat, kita mampu melakukan segala pekerjaan dan ibadah tanpa masalah.
15. Sampai bila anda akan meneruskan minat anda ini
saya akan mengekalkan gaya hidup sihat ini smpai bila-bila dan saya akan sentiasa mengajak dan memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan tubuh badan. Saya juga telah menubuhkan satu group whatsapp untuk diet yang ditadbir oleh saya sendiri bagi berkongsi cara saya diet dan senaman yang diamalkan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Storyline Korea Utara Menjadi Pilihan Korea Selatan. Ini Senarai Kdrama Yang Wajib Anda Tonton

Semua pasti akur dengan drama Korea yang meninggalkan kesan terhadap penonton kan? Selain daripada mempunyai jalan cerita yang menarik, filem-filem ini juga meninggalkan mesej-mesej menarik untuk penonton.
Korea Selatan juga tidak pernah terlepas dengan drama dan filem yang berunsurkan negara serumpun mereka iaitu Korea Utara. Walaupun negara luar memandang Korea Utara sebagai negara yang benci akan pembangunan dan menyekat kebebasan bersuara, namun drama-drama bercirikan negara jiran mereka itu seringkali diadaptasikan ke dalam drama atau filem di Korea Selatan.
- King 2 Heart
Pelbagai cara untuk menyatukan dua negara yang terpisah ini. Drama ini mengisahkan seorang raja yang dipaksa untuk berkahwin dengan anak menteri di Korea Utara bagi menyatukan dua negara. Pelbagai konflik terpaksa dilalui oleh pasangan ini yang telah jatuh cinta sepanjang pengenalan mereka. Jika anda seorang yang gemarkan aksi, kami cadangkan anda menonton drama ini. Drama 20 episod ini diterajui oleh Lee Seunggi dan Ha Ji Won.
- Spy Myung Wol
Drama ini sesuai untuk anda yang gemar dengan love story. Ia berkisahkan tentang askar wanita dari Utara Korea yang disuruh untuk menyamar sebagai personal assistance kepada seorang pelakon lelaki Korea Selatan. Tujuan wanita itu ke Korea Selatan adalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan negara. Drama ini dilakonkan oleh Eric dan Han Ye Seul.
- As One
Ini merupakan filem yang diadaptasikan dari kisah benar. Pada tahun 1991, Korea Selatan dan Korea Utara telah bersetuju untuk satukan kedua-dua pemain negara ini di bawah satu negara bagi merebut tahta sukan tenis meja di Jepun. Menariknya filem ini adalah, anda dapat mengenal ciri-ciri dua negara ini dan dalam masa yang sama, sebak apabila dua negara ini kemabali terpisah setelah tamat perlawanan.
- Doctor Stranger
Lee Jong Suk memainkan watak sebagai seorang pakar bedah genius yang memegang identiti sebagai seorang warganegara Korea Utara di Korea Selatan bagi mencari cinta yang telah lama hilang dari Korea Utara. Park Hae Jin memainkan doktor yang mempunyai misi balas dendam kepada beberapa individu, merupakan wanita yang dicari oleh Lee Jong Suk itu sebenarnya bekerja di hospital yang sama.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerap Mandi Buat Kulit Jadi Rosak!

Ada yang berkata seseorang itu harus mandi dua kali sehari. Ada pula yang berkata tiga kali dan sesetengah berkata bergantung kepada keadaan cuaca.
Persoalannya bukan kekerapan mandi dalam sehari. Tetapi cara mandi yang betul untuk menjaga kulit tubuh sepanjang masa. Tahukah anda, cara mandi yang tidak betul boleh menyebabkan kerosakan pada kulit? Mandi dengan kerap tak semestinya membuatkan kulit kita bersih. Malah, ada orang yang kerap mandi tetapi masih mengalami masalah kulit yang serius seperti mudah melecet, gatal-gatal dan kulit menjadi kering. Sudah pakai sabun sebaldi pun masih terasa gatal lagi. Bagaimana tu?
Jawapannya adalah cara mandi kita yang tidak betul. Ikuti laporan daripada kajian ABCNews ini tentang tiga kesilapan yang dilakukan ketika mandi yang mendatangkan kemudaratan kepada kulit anda.
1. Air Terlalu Panas (Walaupun anda mungkin rasa ia tidak panas sangat)
Buat anda yang suka mandi dengan air panas, berhati-hatilah. Lebih elok sebenarnya mandi dengan air yang ‘suam’ sahaja. Menurut Doktor Melissa Piliang dari Cleveland, mandian
air yang terlalu panas boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkannya menjadi kering dan gatal (ekzema). Bagaimana nak tahu air itu terlalu panas walaupun badan anda dapat
menahannya? Caranya ialah melihat kepada wap. Jika air pancuran mengeluarkan wap, itu maknanya air mandi anda terlalu panas. Di samping itu, jangan mandi terlalu lama di dalam air panas yakni tidak melebihi 10 minit kerana ia juga menyebabkan kulit menjadi kering.
2. Mandi guna sabun anti bakteria
Siapa yang tidak suka sabun mandi sampai berbuih-buih? Bila bilas dengan air badan akan terasa licin seperti tidak kotor langsung. Pakai pula sabun anti-bakteria. Mesti akan terasa badan sudah bersih. Namun, menurut Doktor Melissa bahan kima dari sabun sebegitu tidak elok untuk badan. Ini kerana selain membersihkan badan, sabun anti bakteria juga
berpotensi turut membuang bakteria baik yang diperlukan kulit. Sabun anti bakteria mengandungi bahan triclosan yang sudah diharamkan di Amerika Syarikat dan Food & Drug Administration (FDA). Lebih sesuai menggunakan sabun biasa dan kalau boleh pakai krim pelembab sesudah mandi untuk memastikan kulit sentiasa lembut.
3. Memberus badan & guna tuala keras
Kecuali jika anda bekerja sebagai buruh kontraktor di luar yang menyebabkan badan anda hari-hari menjadi terlalu kotor, anda tidak digalakkan untuk memberus badan setiap masa.
Kulit manusia sudah mengandungi minyak semula jadi. Terdapat bakteria baik di situ yang memastikan kesimbangan kulit agar ia sentiasa sihat. Jadi, apabila anda memberus badan dari kepala hingga ke kaki, anda akan membuang bakteria baik yang diperlukan oleh kulit. Apabila bakteria baik semakin berkurangan, lama kelamaan kulit akan menjadi gatal dan tumbuhnya jerawat. Cukup dengan mencuci dan menghilangkan kotoran pada tubuh seperti pada bahagian kemaluan, celah kangkang dan dubur. Jangan memberus satu badan hingga menanggalkan semua bakteria baik dari kulit!
Apakah TRICLOSAN?
Sejenis bahan kimia yang dijumpai dalam ubat gigi dan sabun mandi anti bakteria. Bahan kimia ini digunakan untuk membuat lapisan pada alat palam telinga (earplug) dan peralatan sukan yang dicampur dengan cat. Sesetengah pakar berpendapat triclosan berbahaya kepada manusia dan haiwan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI