Menemukan pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam industri hiburan yang sibuk dan penuh cabaran.
Ini diakui sendiri oleh selebriti terkenal, Sherry Alhadad, yang terbuka berkongsi tentang cabaran peribadinya mencari jodoh.
Dalam satu perbualan santai, Sherry mendedahkan faktor-faktor yang membuatkan perjalanan mencari pasangan hidup menjadi lebih mencabar.
Sherry mengakui bahawa salah satu sebab dia sukar menemui pasangan adalah kerana tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.
Jadual kerja yang padat membuatkan dia kekurangan masa untuk keluar bersosial atau mengenali orang baharu.
“Saya jarang ada masa untuk keluar lepak atau jalan-jalan. Circle saya pun kecil, jadi nak kenal orang baru tu memang susah. Kalau nak cuba aplikasi dating yang swipe kanan, kiri tu, saya tak nak pula. Saya lebih prefer jumpa orang depan-depan,” jelasnya.
Bekerja dalam industri hiburan turut mempersempitkan pilihan pasangan hidup.
Sherry berkongsi bahawa kebanyakan lelaki yang dia jumpa sama ada sudah berkahwin atau tidak sesuai dengan apa yang dia cari.
“Mungkin la saya kena buat kajian kenapa saya tak jumpa jodoh. Sebab ramai yang saya jumpa dalam industri ni suami orang. Tapi kalau duda, saya okay je. Lagipun saya suka budak-budak, jadi kalau dia ada anak pun, saya anggap itu bonus,” katanya sambil bergurau.
Meskipun belum bertemu pasangan, Sherry tidak terburu-buru.
Dia menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kanak-kanak, yang sering menjadi perhatian ketika berkumpul bersama rakan-rakan.
“Kalau ada gathering kawan-kawan, saya la yang akan jaga anak-anak mereka. Saya tak rasa tertekan, saya suka jaga budak. Sebab tu kalau ada pasangan yang ada anak, saya rasa okay je. Itu bonus untuk saya,” tambahnya dengan senyuman.
@maskulinmyKerja memang penting, tapi adakah ia menjadi alasan utama untuk jodoh lambat tiba? Sherry kongsi pandangan tentang cabaran mencari pasangan dalam kesibukan kerjaya. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
BACA LAGI : Saif Ali Khan Kini Kritikal, Diserang Perompak Di Rumah
Sherry percaya bahawa jodoh akan datang pada waktu yang tepat dan tidak mahu terlalu memaksa diri untuk mencari pasangan.
Baginya, yang penting adalah fokus kepada kebahagiaan dan kesejahteraan diri terlebih dahulu.
“Saya tak pressure diri sendiri. Saya percaya kalau dah sampai masanya, Tuhan akan beri,” ujarnya.
Cabaran mencari jodoh dalam industri hiburan adalah sesuatu yang Sherry Alhadad hadapi dengan hati yang terbuka.
Semoga Sherry bertemu pasangan yang sesuai suatu hari nanti!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.