Menemukan pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam industri hiburan yang sibuk dan penuh cabaran.
Ini diakui sendiri oleh selebriti terkenal, Sherry Alhadad, yang terbuka berkongsi tentang cabaran peribadinya mencari jodoh.
Dalam satu perbualan santai, Sherry mendedahkan faktor-faktor yang membuatkan perjalanan mencari pasangan hidup menjadi lebih mencabar.
Fokus Kerjaya Hingga Tiada Masa Bersosial
Sherry mengakui bahawa salah satu sebab dia sukar menemui pasangan adalah kerana tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.
Jadual kerja yang padat membuatkan dia kekurangan masa untuk keluar bersosial atau mengenali orang baharu.
“Saya jarang ada masa untuk keluar lepak atau jalan-jalan. Circle saya pun kecil, jadi nak kenal orang baru tu memang susah. Kalau nak cuba aplikasi dating yang swipe kanan, kiri tu, saya tak nak pula. Saya lebih prefer jumpa orang depan-depan,” jelasnya.
Ads
Cabaran Bertemu Pasangan yang Sesuai
Bekerja dalam industri hiburan turut mempersempitkan pilihan pasangan hidup.
Sherry berkongsi bahawa kebanyakan lelaki yang dia jumpa sama ada sudah berkahwin atau tidak sesuai dengan apa yang dia cari.
“Mungkin la saya kena buat kajian kenapa saya tak jumpa jodoh. Sebab ramai yang saya jumpa dalam industri ni suami orang. Tapi kalau duda, saya okay je. Lagipun saya suka budak-budak, jadi kalau dia ada anak pun, saya anggap itu bonus,” katanya sambil bergurau.
Minat Menjaga Kanak-Kanak Jadi Tarikan
Meskipun belum bertemu pasangan, Sherry tidak terburu-buru.
Dia menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kanak-kanak, yang sering menjadi perhatian ketika berkumpul bersama rakan-rakan.
Ads
“Kalau ada gathering kawan-kawan, saya la yang akan jaga anak-anak mereka. Saya tak rasa tertekan, saya suka jaga budak. Sebab tu kalau ada pasangan yang ada anak, saya rasa okay je. Itu bonus untuk saya,” tambahnya dengan senyuman.
@maskulinmyKerja memang penting, tapi adakah ia menjadi alasan utama untuk jodoh lambat tiba? Sherry kongsi pandangan tentang cabaran mencari pasangan dalam kesibukan kerjaya. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
Memiliki perut sixpack merupakan idaman untuk kebanyakan lelaki di luar sana. Tidak hanya pada lelaki sahaja, wanita pun ada juga yang memiliki keinginan yang sama untuk membentuk otot-otot tubuh, terutama pada bahagian perut.
Beberapa cara yang umum dilakukan untuk memiliki perut sixpack adalah dengan mengikuti latihan di tempat-tempat kecergasan, angkat beban, latihan kardio, serta diet. Namun, apakah kesemua cara tersebut merupakan kaedah yang tepat untuk dilakukan?
Pelbagai cara yang salah telah anda amalkan secara tidak sengaja dalam usaha anda untuk membentuk perut sixpack.
Hanya fokus pada crunch dan sit-up
Hal ini tidak benar, kerana pada kenyataannya crunch dan sit-up hanya mampu untuk membakar kalori dalam kadar yang sedikit. Sit-up dan crunch akan bekerja hanya untuk menguatkan otot perut, tetapi tidak banyak membantu jika kita masih memiliki banyak lapisan lemak yang menutupi otot perut.
Terlalu banyak senaman kardio
Kesalahan lain ketika membentuk perut six-pack adalah menganggap bahawa anda perlu melakukan latihan kardio selama berjam-jam untuk mendapatkan otot perut. Sebenarnya, latihan kardio bukanlah satu-satunya cara, latihan interval dapat mempercepatkan kadar metabolisme, sehingga anda akan mengalami kadar pembakaran lemak yang cepat sepanjang latihan.
Berhenti bersenam setelah punya perut sixpack
Ketika anda telah berjaya memiliki perut sixpack tentu anda akan berasa puas dengan hasil kerja keras anda. Namun jangan pula anda ingat bahawa sixpack akan tetap kekal untuk selamanya. Kenyatannya, sixpack akan menghilang sekiranya anda tidak menjaganya dengan senaman rutin dan juga diet seimbang.
Hanya fokus melatih otot perut
Latihan untuk otot perut memang perlu, tapi anda juga harus memerhatikan juga bahagian tubuh yang lain. Ini akan sangat bermanfaat kerana anda mungkin tak sedar bahawa melatih otot perut sebagai otot sekunder akan lebih mudah dilakukan daripada hanya fokus terhadap latihan membentuk otot perut.
Terobsesi pada bentuk perut kotak-kotak
Faktor genetiklah yang menentukan bentuk perut sixpack milik anda. Pada beberapa orang, otot perut akan berbaris kotak-kotak secara rata, tapi pada yang lain tidak selalunya begitu. Untuk sebahagian orang, kotak-kotak perut akan tersusun elok, namun sebahagian lagi tidak. Sehingga, kita tidak boleh menentukan sendiri bentuk otot perut pada tubuh kita.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Ramai lelaki zaman sekarang ingat perempuan akan pilih lelaki yang ada handsome je berbanding dengan lelaki yang biasa-biasa. Betul ke? Dikurniakan wajah yang kacak dan tampan merupakan bonus bagi lelaki. Tapi ada wajah yang kacak tak menjamin bahawa wanita akan memilih kamu sebagai teman hidupnya. Seriously, Jangan terlalu confident sangat uolls! Itu apa yang uolls fikir wokeyy!
Tapi pelik juga, kenapa lelaki kacak menakutkan wanita? kenapa lelaki yang handsome ni selalu kena reject dengan wanita. Jeng jeng jeng!
Lelaki Kacak Kuat Perasan
Lelaki kacak ni selalunya suka ingat diri mereka tu dah cukup sempurna sampai lupa diri dan berlagak. Senang cerita mereka akan anggap semua wanita suka dengan mereka dan ada sesetengahnya yang tak berapa nak serius dalam hubungan. Yeke?
Lelaki Kacak Memilih Bulu
Tentang memilih bulu ini mesti kaum perempuan sangat setujukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tapi malangnya sedar ataupun tak, lelaki kacak pastinya bukan antara pilihan utama kaum perempuan! Sebab tu lah ada sesetengahnya melabelkan mereka ni sebagai “nak perempuan hot je”.
Lelaki Kacak Ikon Kasanova
Kasanova dan banyak spare part memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki handsome zaman sekarang ni! Hehehe. Pattern yang pilih rupa je mesti akan dilabelkan Kasanova. Ya, bukan semua lelaki macam tu tapi biasa lah sebab kan nila setitik kan?
Lelaki Kacak Banyak Alasan
Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki handsome pula tak kurang hebatnya suka kasi 1001 alasan. Alasan yang selalu diguna pakai untuk nak melepaskan diri bila dah terkantoi atau nak jumpa perempuan lain. Tapi jangan ingat perempuan zaman sekarang tak bijak. Mereka lagi bijak dari apa yang lelaki fikir! Jangan berani-berani nak menipu perempuan. Hehehe
Sumber : tokeinfo
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.