Motor adalah salah satu jentera yang menjadi kegilaan setiap lelaki tidak kira muda ataupun berusia…

Namun, siapa sangka pelakon Sharnaaz Ahmad menyimpan niat selama 40 tahun untuk memiliki motosikal jenis CVO Road Glide ST.

Sharnaaz Ahmad Penuhi Impian, 40 Tahun Simpan Niat Miliki Harley Davidson

Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, berkata sudah bersedia memiliki jentera dari keluarga American Touring Harley Davidson selepas diselubungi perasaan takut peringkat awal dulu.

“Bismillah, Alhamdulillah. Bertahun-tahun aku cuba beranikan diri untuk memetik bunga CVO ni.

“Tapi setiap tahun aku kecut. Tahun ini aku gagahkan diri dengan bantuan @harleydavidsonofpj.

Ads

“Syukur Allah izinkan. Terima kasih. 40 tahun idaman aku. Terima kasih anda semua,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pelakon filem The Original Gangters itu turut berkongsi video ‘unboxing’ motosikal idaman bersama kru syarikat yang menghantarkan jentera itu kepadanya.

 

Ads

Menerusi semakan, motor Harley Davidson di Malaysia, CVO Road Glide ST dijual pada harga permulaan RM306,900.

Manakala untuk edisi ulang tahun ke-25 yang berwarna cerah, kadar jualannya adalah RM346,900 dengan hanya empat unit di Malaysia dan kesemuanya habis ditempah.

Ads

Kedua-dua model terbabit menampilkan ciri aerodinamik yang optimum dibangunkan teknologi CFD (computational fluid dynamics) da turut diguna pakai pasukan MotoGP bagi membangunkan jentera lumba.

Jentera terbabit dikuasakan enjin Milwaukee Eight 117 bersesaran 1,923cc V-Twin baharu yang lebih berkuasa dan ringan.

BACA LAGI : Gigi Berlubang Ragut Nyawa, Pentingnya Jaga Kesihatan Oral

Sumber: Instagram Sharnaz Ahmad

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI