Shaheizy Sam amal formula diet ikut Rasulullah SAW. Bukan perkara asing bagi peminat melihat perubahan fizikal pelakon terkenal, Shaheizy Sam, 43, atau lebih dikenali sebagai Sam, yang kadang-kala tampil dengan tubuh berisi dan kemudian kembali kurus dalam masa singkat.

Shaheizy Sam Amal Formula Diet Ikut Rasulullah SAW

Sam dilihat seolah-olah mempunyai ‘suis’ khas yang membolehkan dirinya menukar bentuk badan dengan cepat mengikut keperluan. Nama penuhnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, mendedahkan bahawa beliau sudah lama menemui kaedah yang sesuai untuk mencapai bentuk badan yang diinginkan.

Shaheizy Sam Amal Formula Diet Ikut Rasulullah SAW

Menurut Sam, tiada rahsia atau keajaiban yang digunakan, sebaliknya hanya pendekatan berasaskan logik semata-mata. Beliau menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh utama dalam menjaga kesihatan melalui cara pemakanan yang sederhana.

“Rasulullah adalah inspirasi saya. Baginda tidak menikmati kemudahan seperti kita sekarang yang boleh makan tiga hingga empat kali sehari. Kita tahu kadangkala rumah Baginda tiada makanan yang dimasak, hanya makan kurma sahaja.

“Tetapi Baginda tetap sihat dan mampu memimpin dalam peperangan. Jadi, jika Rasulullah mampu melalui keadaan begitu dan kekal sihat, kenapa pula kita tak boleh makan sekali sehari dan masih sihat? Saya gunakan pendekatan logik seperti itu,” katanya.

BACA: Sihat Dan Rendah Kalori, 8 Pilihan JUS BUAH & Sayur Sesuai Diamal Ketika Diet!

Ads

Pelakon filem Polis Evo ini tidak menafikan bahawa ramai yang prihatin dan turut tertanya-tanya tentang rejim kesihatan yang diamalkannya. Malah, ada juga yang risau akan tahap kesihatannya, terutama apabila beliau mengamalkan pengambilan makanan hanya sekali sehari, dikenali sebagai ‘one meal a day’.

Shaheizy Sam Amal Formula Diet Ikut Rasulullah SAW

“Saya pun masih tertanya-tanya, berapa banyak nutrien yang sebenarnya diperlukan tubuh saya dalam sehari? Bila saya tanya orang lain, tiada jawapan pasti.

Ads

“Jadi, bila tiada jawapan, saya anggap apa yang saya amalkan sudah mencukupi. Saya sudah jalani amalan ini lebih 10 tahun dan Alhamdulillah, saya sihat. Tiada masalah, tak rasa lesu pun.

“Badan saya dah pun menyesuaikan diri dengan makan sekali sehari. Kalau nak bincang panjang tentang hal ini, memang makan masa berjam. Sebab tu saya selalu kongsi panjang lebar semasa sesi siaran langsung,” jelasnya lagi.

Sumber: Berita Harian Facebook Shaheizy Sam

Ads

BACA: Rahsia Diet Lelaki Sibuk Yang Kekal Sihat Dengan Mudah!

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI