Shah Rukh Khan Sumbangkan Bangunan Empat Tingkat Sebagai Lokasi Kuarantin COVID-19

Share

Dunia kini seakan lumpuh apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana ingin mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Di beberpa negara yang memiliki jumlah rakyat yang ramai serta padat berdepan dengan cabaran yang sangat besar bagi memastikan pergerakan orang awam terkawal.

Disebabkan itulah usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka mengharapkan seberapa banyak bantuan yang ada. Sebagai contoh di India yang mempunyai seramai kira-kira 1.39 billion penduduk dengan beberapa bandar utamanya seperti New Delhi dan Mumbai berkepadatan tinggi.

Melihatkan keadaan semakin meruncing bintang Bollywood legenda, Shah Rukh Khan tampil memberikan bantuan. Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan telah menawarkan ruang pejabat berupa bangunan empat tingkat milik syarikat mereka untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.

Shah Rukh Khan & isteri, Gauri Khan memainkan peranan mereka membantu negara dalam keadaan meruncing.

Perkara ini disahkan oleh Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) yang mengucapkan terima kasih kepada dua figura besar industri lakonan di India kerana menyumbangkan bangunan empat tingkat sebagai langkah memperluakan lokasi kuarantin dan stor simpanan keperluan perubatan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Shah Rukh Khan & Gauri Khan yang menawarkan ruang pejabat empat tingkat dan membantu meluaskan kapasiti kuarantin terutamanya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.

“Tindakan yang mulia di saat yang sangat memerlukan!”

Terdahulu, Shah Rukh Khan turut mengumumkan sumbangan kepada PM-CARES Fund, Chief Minister’s Relif Fund if Maharashtra, Delhi and West Bengal. Malah menteri kabinet Maharashtra turut mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Shah Rukh Khan menerusi Twitter di atas sumbangan besar beliau.

Inilah dia betul-netul hero bukan hanya di layar perak sahaja. Semoga menjadi teladan buat kita semua!

Published by
Farizul Izwany