Bakal bergelar suami? Tahniah! Selain sibuk merancang majlis dan memilih tema pelamin, satu perkara penting yang sering jadi tanda tanya besar ialah “Nak tinggal di mana lepas kahwin?”
Soalan inilah yang membuat ramai lelaki mula mempertimbangkan sama ada lebih baik menyewa rumah dahulu atau terus membeli rumah sendiri.
Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangannya, dan keputusan yang bijak perlu dibuat berdasarkan situasi kewangan serta gaya hidup masing-masing.
Sewa Rumah Dahulu, Pilihan Fleksibel dan Praktikal
Menyewa rumah selepas berkahwin sering menjadi pilihan utama bagi pasangan muda.
Salah satu sebabnya ialah kos permulaan yang jauh lebih rendah berbanding membeli.
Biasanya hanya perlu sediakan deposit dua atau tiga bulan sewa, dan sudah boleh berpindah masuk.
Ini sangat membantu, terutamanya bagi mereka yang baru memulakan kerjaya dan masih menyesuaikan diri dengan perbelanjaan rumahtangga.
Selain itu, rumah sewa memberikan fleksibiliti.
Ads
Jika berlaku perubahan tempat kerja atau ingin cuba tinggal di kawasan lain, proses berpindah lebih mudah tanpa terikat dengan komitmen jangka panjang.
Ia juga menjadi peluang untuk ‘menguji’ kawasan perumahan tertentu sebelum membuat keputusan membeli rumah tetap.
Beli Rumah Terus, Aset Jangka Panjang yang Kukuh
Bagi mereka yang mempunyai simpanan kukuh dan yakin dengan kedudukan kewangan, membeli rumah sebelum atau sejurus selepas berkahwin adalah satu langkah yang bijak.
Memiliki rumah sendiri bermakna setiap bayaran bulanan adalah pelaburan jangka panjang, dan rumah tersebut bakal menjadi aset yang boleh diwarisi.
Antara kelebihan utama membeli rumah ialah kebebasan untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri.
Ads
Sama ada mahu hias ruang tamu dengan konsep moden minimalis atau buat dapur idaman isteri, segalanya boleh dilakukan tanpa sekatan.
Namun begitu, membeli rumah memerlukan komitmen kewangan yang besar.
Pembeli perlu menyediakan deposit 10%, kos guaman, duti setem dan pelbagai kos sampingan lain.
Pilihan antara menyewa atau membeli rumah banyak bergantung kepada keadaan individu.
Jika anda baru bekerja, gaji masih belum stabil, dan simpanan belum mencukupi, menyewa rumah dahulu adalah keputusan paling logik.
Dalam tempoh ini, fokuskan kepada membina tabungan, memahami aliran perbelanjaan selepas kahwin, dan merancang masa depan dengan lebih matang.
Sebaliknya, jika anda sudah mempunyai pendapatan tetap, simpanan mencukupi untuk bayaran pendahuluan, dan telah meneliti pasaran hartanah membeli rumah boleh menjadi langkah awal ke arah kestabilan kewangan jangka panjang.
Menyewa atau membeli rumah selepas kahwin bukan soal siapa lebih hebat, tapi siapa lebih bijak merancang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masih ingatkah lagi jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa kita semenjak dari kecil sehinggalah ke hari ini. Bagi ibu bapa, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan anak yang cerah.Sebaliknya berlaku apabila anak-anak sudah besar dan punya kerjaya dan kehidupan sendiri.
Namun apa yang belaku di negara China ini amat menyayat hari dan mpga memberi pengajaran kepada kita. Demi rasa kasih dan tanggungjawab, seorang penghantar barang di China sanggup membawa bersama ibunya yang menghidap Alzheimer pergi bekerja.
Cai Yujun, 52, mengubahsuai motosikalnya bagi membolehkan ibunya Yang Suxiu membonceng dengan selesa ketika dia membuat penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu.
Sejak disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu, Suxiu yang berusia 92 tahun tidak lagi mampu menjaga diri sendiri, namun sebagai anak, Yujun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk kami sekeluarga, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.
Pasangan ibu dan anak tersebut mengelilingi serata bandar bersama dan Yujun akan sentiasa memegang tangan ibunya setiap kali membuat penghantaran. – SCMP
Seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan hospital selepas mengadu sakit kepala dan sakit leher. Lelaki yang tidak dikenali itu telah mengalami tahap sakit yang cukup menyeksakan selepas makan cili jenis “Carolina Reaper” semasa pertandingan makan cili di Amerika Syarikat.
Dilaporkan, cili itu begitu kuat sehingga membuat beberapa arteri di dalam otaknya mengecil dan meninggalkan sakit kepala ‘thunderclap’. Seperti namanya, sakit kepala ini rasanya seperti disambar petir dan datangnya secara tiba-tiba.
Keadaan ini, penyempitan arteri sementara yang diserta dengan sakit kelapa ‘thunderclap’ selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan ubatan preskripsi atau ubatan yang menyalahi undang-undang. Jarang kes di mana terjadi disebabkan makan cili.
Info Carolina Reaper
Inilah cili terpedas dengan bentuknya yang sangat unik, Carolina Reaper. Jika anda memakannya, maka anda akan merasakan kepedasan 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. Dari namanya saja, sudah pasti anda tahu cili ini berasal dari mana, Rockhill, South Carolina. Bukan itu sahaja, cili ini menyandang gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013.
Makan Mee Samyang pun tak tahan, apatah lagi cili Carolina Reaper.
Sejak semalam sebuah video telah mula tular dan menjadi perbualan ramai terutamanya di kalangan pengguna jalan raya di negara kita. Menerusi sebuah video yang di muat naik di laman media sosial Facebook seorang penunggang motosikal dilihat melakukan aksi mengacah untuk membaling topi keledar atau helmet terhadap sebuah kereta.
Rakaman video tersebut diambil dari dashcam kereta tersebut yang dilihat memberikan amaran dengan membunyikan hon selepas penunggang motosikal itu dilihat berdiri di atas laluan utama.
Dengan memberikan reaksi agreasif dia dilihat cuba mengacah untuk membalingkan topi keledar. Perkara tersebut dikatakan berlaku di Jalan Temiang – Pantas yang cukup popular menjadi lokasi berfoto sejak kebelakangan ini.
Kejadian tersebut diambil serius oleh pihak berkuasa dan ia kini mula disiasar olej Polis Diraja Malaysia (PDRM). Memetik laporan Utusan Malaysia, Polis Daerah Seremban telah mengesahkan bahawa pihak mereka kini sedang melakukan siasatan.
Dalam rakaman berdurasi 11 saat tersebut si pelaki dilihat sedang berkumpul bersama rakan-rakan motosikalnya di lorong kecemasan di jalan tersebut.
BERLAKU HARI SAMA
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari.
Ia di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.
“Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam.
“Bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanda turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.
“Pihak polis sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku,” tambah beliau lagi.
Kejadian seperti ini sebenarnya tidak harus berlaku. Tidak kiralah sama ada pemandu kereta atau penunggang motosikal, masing-masing perlulah ada sikap toleransio dan menghormati pengguna jalan raya yang lain. Pentingkan bukan sahaja keselamatan diri malah orang lain juga. Malang itu tidak berbau namun jika kita sengaja mencarinyapasti busuknya itu merebak kepada orang lain juga.
Sumber: Utusan Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Persediaan lelaki bujang sebelum mengahwini seorang janda. Dalam masyarakat moden hari ini, perkahwinan antara lelaki bujang dan wanita yang berstatus janda bukanlah sesuatu yang luar biasa.