Gaya Hidup

Setiap Warna Pada Sayur & Buah Ada Khasiat Tersendiri Untuk Kesihatan, Rugi Kalau Makan 1 Warna Je!

Share

Buah dan sayur merupakan antara makanan yang kaya dengan khasiat. Ia juga mempunyai pelbagai warna yang menggamit selera anda untuk menikmatinya.

Namun, pernahkah anda terfikir rahsia di sebalik warna pada setiap buah dan sayur ini? Selain nampak cantik, ia juga mempunyai zat atau khasiat yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan.

Kebaikan pengambilan buah dan sayur pelbagai warna ini dikongsikan menerusi laman Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

.

Jadi, pastikan anda mengambil buah dan sayur daripada pelbagai warna agar anda dapat menikmati kebaikan yang berlainan dalam diet pemakanan anda.

WARNA-WARNI BUAH DAN SAYUR

🍏🍎🍐🍊🍋🍌🍉🍇🍅🍆🥑🥦🥬🌶🌽🥒

Ramai dah tahu kebaikan pengambilan buah & sayur ➡️➡️ kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksida.

Tapi perasan tak setiap buah dan sayur mempunyai warna yang berbeza⁉️

Hijau, kuning, ungu, merah, oren…

Setiap warna ini mempunyai zat/ khasiat yang tersendiri.

Ada kebaikan berlainan untuk kesihatan

Setiap warna ini juga memberi kebaikan berlainan kepada kesihatan kita.

Jadi, uols perlu pelbagaikan pengambilan warna buah dan sayur bagi mendapat kesemua nutrien yang diperlukan badan.

Jadi, jangan takut untuk mencuba warna yang pelbagai dalam pengambilan diet harian kita. Semakin “berwarna-warni” masakan/ hidangan kita dengan pelbagai sayur dan buah ini, semakin banyak khasiat yang akan kita perolehi.

Jika uols tahu khasiat di sebalik setiap warna ini, sudah pasti lebih memberi semangat untuk makan pelbagai warna buah-buahan dan sayur-sayuran ..

Ingat! Jangan hanya pilih satu warna sahaja, rugi tau.

Khasiat warna dalam buah dan sayur

1. Warna merah mengandungi Lycopene

2. Warna ungu mengandungi Anthocyanin

3. Warna hijau mengandungi klorofil, serat & zat besi

4. Warna oren mengandungi Beta-carotene

 

Published by
Roselinda