Aset tubuh jadi ukuran dan perincian berharga buat dirinya. Baginya, badan sihat dan tegap mencerminkan refleksi seorang lelaki sejati. Lalu, diusahakan sebaiknya agar dapat menjadi inspirasi buat mereka yang melihat, dan kini ia jelas kelihatan sebaik saja helaian bajunya diselak. Maskulin berkesempatan untuk menemubual bintang bina badan yang semakin menyinar, Ridhwan Shaarani.
Lelaki Maskulin. Wajib mempunyai bentuk tubuh badan yang sihat dan sentiasa menjaga perwatakan yang positif.
Pengerak ceburi bidang bina badan. Saya membina badan selepas saya merasakan bentuk tubuh badan teramat kurus dan mengelakkan pandangan negatif dari orang. Pada masa sama, saya ingin buktikan kepada orang sekeliling bahawa apa sekali pun pandangan orang harus maju ke depan. Saya ingin ubah diri saya untuk menjadi lelaki yang lebih positif dan sihat.
‘Main besi’. Saya mengamalkan rutin senaman seminggu 5 atau 6 kali. Saya juga membuat jadual harian workout berlainan setiap hari. Contoh pada hari isnin (chest part, abs, triceps), selasa (back, bicep, abs), rabu (shoulder, abs), khamis (arm, tricep, bicep), jumaat (leg) Sabtu (chest, abs). Malah, saya memilih untuk membuat set berlainan setiap minggu dan fokus pada bahagian perut. Dan setiap minggu saya akan pastikan ada perubahan dari segi kuantiti berat besi yang diangkat.
Rutin sebelum bertanding. Apabila saya menyertai pertandingan, sebulan sebelum, cara rutin senaman saya berlainan sedikit iaitu mengamalkan set seperti high rep. Pada masa yang sama fokuskan pada diet yang dijalankan.
Bahagian tubuh ingin ditambahbaik. Bahagian badan yang ingin ditambah baik adalah di bahagian dada dan kaki. Bagi saya kedua itu adalah bahagian yang paling sukar.
Inspirasi. Idola saya adalah Ryan Terry. Malah inspirasi saya adalag rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan gim di Muscle Republic.
Sasaran. Ingin terus menjadi idola pada orang sekeliling dan menyandang gelaran juara dalam setiap pertandingan. Saya juga ingin memiliki gim dengan jenama kesihatan sendiri.
Tubuh tegap lambang lelaki sejati? Tidak semestinya. Namun tubuh tegap dapat membantu dalam meningkatkan imej lelaki itu sendiri ke tahap itu.
Duta gim. Kebaikan atau sebaliknya. Banyak kebaikkan yang diperolehi. Kini saya menjadi duta kepada gim Muscle Republic dan pasa sama membawa imej baik gim. Malah, segala perancangan akan saya sertai. Yang menariknya, segala keperluan (suplemen) untuk saya menyertai pertandingan ditaja sepenuhya. Oleh itu, kepada mana-mana yang mendapat tawaran untuk ditaja, fahami kontrak terlebih dahulu, kerana ini untuk kepentingan diri untuk dunia bina badan.
Nasihat. Nasihat saya pada sesiapa yang ingin menyertai bidang ni, seharusnya mempunyai partner yang bagus dan tahu asas pada setiap exercise bodypart
. Sentiasa mempunyai semangat dan sasaran untuk berjaya dalam bina badan. Banyakkan bertanya tentang suplimen yang diambil sama ada itu adalah yang terbaik ataupun tidak. Dan yang terakhir, jangan mudah putus asa, jadikan seseorang (pro bodybuilding) untuk dijadikan sebagai idola dalam bina badan.
PROFIL
Nama penuh: Mohd Ridzwan Shaarani
Nama komersial: Ridzwan (Mat Buye)
Tarikh lahir: 3 nov 1989
Tempat lahir: Hospital Kuala Lumpur
Pencapaian bina badan:
1- Mr Act 2013 – Top 20
2- Mr Just Fitness Medah – Top 10
3- Mr Alim Budin Classic – Top 15