Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu pelbagai trend masakan dan minuman yang boleh dihasilkan dirumah muncul. Salah satu yang paling populsr ialah kopi dalgona.
Jadi tidak hairanlah penjualan susu segar di pasaraya meningkat secara tiba-tiba. Selain digunakan untuk kopi dalgona, susu juga digunakan sebagai bahan menghasilkan pelbagai jenis masalah dan snek.
Bagi anda yang terperangkap di kampung dan baru pulang ke rumah selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan pad minggu ini pasti tertanya-tanya apakah nasib susu yang tersimpan di dalam peti sejuk.
Mungkin anda keliru sama ada adakah ia masih baik dan digunakan atau perlu dibuang. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Public Health Malaysia tentang ‘Susu & Tarikh Luput’.
SUSU BOTAL/KOTAK (PASTUR)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka – tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar – habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.
SUSU UHT ATAU DIKENALI SUSU KOTAK SEKOLAH
- Kotak yang belum dibuka – Tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.
SUSU TEPUNG
- Belum dibuka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.
SUSU FROZEN ATAU SEJUK BEKU
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.
YOGURT
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.
*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.
BERIKUT ANTARA PERKARA PENTING TENTANG SUSU PERLU ANDA TAHU
- Jangan simpan di dalam peti sejuk terlalu lama
- Tarikh luput haya untuk kotak yang belum dibuka
- Susu hanya boleh diminum maksimum 3 hari selepas dibuka
- Bila susu dibuka ia terdedah dengan bakteria
- Kualiti susu akan menurun
- Boleh sebabkan keracunan
Sumber:
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI