Dalam bergaya atau berfesyen sebenarnya tidaklah salah untuk kita tiru orang lain seperti selebriti atau mengikuti perkembangan trend terkini. Namun ada satu perkara perlu kita berikan perhatian dan tanya diri sendiri.
Adakah stail fesyen itu sesuai untuk kita? Salah satu item fesyen yang cukup penting dalam koleksi setiap lelaki ialah seluar jean.
Tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa seluar jean merupakan antara pakaian yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Gaya dan trend datang dan pergi namun seluar jean sentiasa utuh dan kekal menjadi pilihan gaya lelaki.
Memilih seluar jean untuk lelaki sebenarnya tidaklah sukar. Ini kerana anda hanya perlu tekankan tiga perkara utama iaitu fit, rise dan wash.
Fit bermaksud jenis potongan, rise pula untuk kedudukan cawat dan wash pula merujuk kepada kondisi seluar jean seperti sedikit lusuh.
Ads
Jadi sebelum anda nak beli seluar jean, ikuti dahulu beberapa tip MASKULIN kongsikan di bawah;
RISE
Potongan cawat seluar juga sangat penting bagi mengelakkan anda rasa tidak selesa serta nampak janggal dalam berpakaian. Pemilihan seluar dengan cawat yang tidak terlalu tinggi dan rendah merupakan paling ideal.
Jika seluar anda menghampiri terlalu dekat dengan pusat, itu adalah big NO. Dan jika cawat itu terlalu rendah sehingga menampakkan tulang pelvis, itu juga sangat big NO!
Ads
WASH
Terdapat banyak jenis ‘wash’ atau kesan luntur seluar jean di pasaran. Namun jika anda amalkan dua tip ini, anda tidak akan nampak janggal bila menggayakannya. Pertama sekali, pilihlah jenis luntur yang lebih gelap.
Anda tidak mahu memakai atau gayakan seluar jean yang nampak terlalu lusuh atau luntur terlalu ketara. Ia hanya membuatkan anda nampak seperti memakai seluar jean yang buruk.
Antara perkara paling penting dalam pemilihan yang sesuai ialah potongannya. Ia juga membawa maksud kadar lebar seluar anda. Terdapat beberapa potongan yang popular seperti loose, relax, carpenter, slim dan skinny. Untuk gaya lebih segak, jauhi seluar jean yang potongannya semakin besar bawah paras lutut.
Buat anda yang sedikit besar, elak memakai potongan skinny. Dan bagi yang kurus pula, sesuai memilih slim atau relax fit.
Kesimpulannya, jika anda memilih seluar jean dengan potongan sesuai, warna menarik dan juga paras cawat yang kena dengan saiz badan pasti anda nampak lebih tampan. Sebelum nak beli rujuklah dahulu tip yang MASKULIN kongsi seperti di atas.
Dalam pada kita asyik mencari makanan yang sihat dan seimbang, tahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W juga turut menikmati makanan yang berkhasiat, untuk kesihatan tubuh badan. Sempena bulan mulia ni, kami nak senaraikan makanan pilihan Rasulullah yang sesuai untuk anda selitkan ketika sahur dan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini.
1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur
Nabi suka buah anggur. Mungkin hari ini buah anggur mahal, namun ia bertindak untuk membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan juga membersihkan perut
5. Madu
Anda pun tahu kan, madu memang penghulu segala ubat. Ia boleh mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW; “Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada.”
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara selebriti Hollywood yang dikenali ramai sebagai peminat setia Siri Anime Jepun Popular, Naruto adalah Micheal B Jordan. Baru-baru ini dia telah berpadu tenaga bersama jenama pakaian terkenal Coach untuk melancarkan beberapa jenis pakaian yang bertemakan siri anime tersebut.
Koleksi yang telah dilancarkan adalah Pakaian Siap-Untuk-Dipakai kedua-dua jantina, kasut dan pelbagai pilihan koleksi bag. Antara yang menarik perhatian adalah beberapa pilihan Parka, Jaket denim, pullovers, backpacks, sneaker hybrid dan macam-macam lagi.
Koleksi Coach X Micheal B. Jordan kini sudah boleh didapati secara atas talian dan juga akan mula memasuki pasaran global Pop-Ups di Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Selain itu, bintang filem Black Panther ini juga turut ditampilkan dalam video pendek memaparkan beberapa koleksi edisi khas di laman instagram mereka.
Sejak beberapa tahun sudah jenama outdoor popular global, Timberland telah mula memperkenalkan produk serta menjalankan kempen mesra alam sekitar menerusi produknya.
Komitmen yang diberikan oleh Timberland dengan penggunaan material kitar semula dan mesra alam juga menjadi bukti dedikasi mereka terhadap kelestarian dunia. Begitu juga untuk koleksi terbaru mereka yang diperkenalkan sempena Fall/Winter 2021.
Untuk koleksi kali ini. Timberland menampilkan koleksi yang digelar mereka sebagai ‘eco-ready’. Material yang digunakan bukan sahaja ringan malah menyediakan kepelbagaian fungsi.
Lebih menarik lagi, ia menggunakan bahan dari proses kitar semula dan ia diambil daripada sumber yang dipercayai dan berkredibiliti.
Walaupun jenamanya lebih sinonim dengan aktviti outdoor, namun koleksi ini cukup sesuai buat pengembaran dunia ‘hutan konkrit’ yang mementingkan pakaian selesa.
Seleksi pakaian dan kasut yang ditawarkan menerusi koleksi ini turut tampil dengan rekaan yang lebih moden dan menggunakan warna lebih terang dan berani, sinonim dengan lanskap urban.
Koleksi FW2021 dari Timberland ini juga merupakan sebagai salah satu sokongan kepada objektif jenamanya yang ingin memberikan impak positif dalam kempen ‘Nature by 2030’. Antara teknologi mesra alam yang diketengahkan ialah ReBOTL yang dihasilkan daripada 50 peratus plastik kitar semula.
Manakala penggunaan kulit pada kasut pula datang daripada material yang diberikan rating silver oleh Leather Working Group. Ia di atas penggunaan efisien air, tenaga dan hasil buangan minima dalam penghasilannya.
Ortholite pula digunakan pada insole kasut untuk memberikan keselesaan berpanjangn bagi penggunaan kesual serta harian.
Di antara pakaian yang menarik menerusi koleksi ini ialah Re-Comfort EK+ Overshirt With Refibra Fabric, Eco Ready Softech Coach Jacket dan DWR Workwear Coach Jacket. Koleksi kasut pula menyaksikan sulhoutte Supaway Fabric Oxford, Supaway Leather Chukka dan Supaway Fabric Oxford.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.