Foto: ledoutfitters.com

Baru-baru ini warganet rancak membicarakan tentang penggunaan dan ubah suai ‘strobe light’ yang digunakan oleh sesetengah individu walhal mereka bukanlah pihak berkuasa atau mempunyai kebenaran untuk menggunakannya.

Lebih teruk lagi sesetengah individu ini berlagak seolah-olah mereka mempunyai kuasa untuk menjadikan jalan raya itu seolah-olah mereka yang punya. Lagak mereka yang mahu diberikan laluan seperti pihak berkuasa telah menjadi rungutan orang ramai.

Jadi adakah penggunaan seperti itu dibenarkan oleh undang-undang?

Pada hari ini satu pencerahan cukup penting telah dikongsikan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menerusi satu hantara di Facebook mereka.

Menurut JSPT, pihaknya sentiasa memantau sebarang penggunaan lampu mata ‘strobe light’ pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya. Sikap tidak bertanggunagjawab mereka ini yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.

Ads

“Terdapat beberapa buah video telah tular di laman media sosial mengenai penggunaan ‘strobe light’ ini dan pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya kerana no.pendaftaran kenderaan terlibat telah dikenalpasti,” jelas JSPT.

Sesiapa Ubah Suai & Guna ‘Strobe Light’ Boleh Didenda RM2,000 Atau Dihukum Penjara 

SATU KESALAHAN & BOLEH KENAKAN TINDAKAN

Mereka juga turut menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah ‘strobe light’ pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Ads

Mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sesiapa Ubah Suai & Guna ‘Strobe Light’ Boleh Didenda RM2,000 Atau Dihukum Penjara 

Ads

Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

Jika terdapat kenderaan persendirian yang melakukan kesalahan ini dan ingin berlagak meminta jalan usahlah pedulikan mereka. Laporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

Buat anda yang berkira-kira nak pasang ‘strobe light’, padamkanlah sahaja niat anda ya. Nanti tak tentu pasal pula kena saman dan boleh berdepan hukuman penjara. Jadilah pemandu yang berhemah dan mematuhi setiap undang-undang jalan raya seperti orang lain.

Kredit: JSPT PDRM

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI