Ramai tertanya-tanya tentang COVID-19 dan tidak kurang hebatnya persoalan-persoalan yang timbul. Melalui Facebook Dr. Izyan Hanisah dia ada menjawab beberapa soalan yang laizm orang ramai sering tanya padanya.
“Doktor, sebenarnya boleh ke tak pergi ke klinik atau hospital musim wabak ni?
“Ramai orang tanya saya soalan ni. Saya harap Q&A ni dapat bantu merungkai serba sedikit kerunsingan anda.” Tulisnya ringkas.
1. “Saya haritu ada demam sehari dan batuk. Sekarang dah tak demam, cuma batuk, sakit tekak sikit. Perlu ke saya ke klinik?”
Jawapan: Sila ke klinik jika
A-demam 3 hari atau lebih
B- batuk berpanjangan selama 2 minggu
C- batuk itu menggangu anda seperti tak boleh tidur atau batuk berdarah
D-tak mampu nak makan/minum langsung (poor oral intake)
2. “Housemate saya baru balik dari luar negara. Dia sedang kuarantinkan diri selama 14 hari. Dia takde simptom tapi saya pulak yang demam. Kena ke klinik jugak ke untuk test covid?”
Jawapan: Saya tak mahu jawab di sini, bukan sebab saya sombong. Tapi persoalan sebegini selalu saya terima. Saya ingin anda semua call CPRC untuk dapatkan jawapan sebelum ke klinik. Itulah fungsi hotline CPRC.
3. “Saya baru Kahwin 2 bulan lepas. Semalam buat ujian kencing, saya memang mengandung. Perlu ke klinik untuk buka buku pink?”
Jawapan : Sekiranya tiada pendarahan, sakit perut, keluar ‘ketulan daging’ dari faraj atau pengsan, sila tangguhkan dulu sehingga wabak sedikit reda.
4. “Saya tak demam, cuma sesak nafas dan sakit dada. Kena ke hospital ke?”
Jawapan: Tak semestinya kena demam baru ke hospital. Sakit dada adalah antara simptom serangan jantung. Segeralah ke klinik /hospital untuk periksa jantung. Jangan simpan lama2 di rumah. Sekarang orang muda pun ramai mati sakit jantung sebab merokok sahaja.
5. “Ayah saya ada temujanji untuk kencing manis di klinik kesihatan. Perlu ke pergi atau tukar tarikh?”
“Anak saya pulak ada temujanji untuk ‘speech delay’.. Kena tukar tarikh jugak ke?”
Jawapan: Sila call klinik /hospital berkenaan untuk tukar tarikh. Adalah tidak digalakkan ke hospital /klinik pada musim wabak sekiranya tidak ada kecemasan.
Untuk maklumat lebih lanjut orang ramai boleh layari website www.doctoroncall. com.my
Malah doktor ini juga menasihati orang ramai untuk segera ke klink atau hospital jika ada apa-apa masalah kesihatan. Izyan turun memberitahu peluang dari terkena jankitan adalah lebih tinggi sekiranya anda pergi ke klinik atau hospital.
Sumber: Dr. Izyan Hanisah