Larian Hari Sukan Negara Kuala Lumpur (HSNKL) kembali lagi tahun ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat untuk seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

Dijenamakan semula sebagai SHARP Hari Sukan Negara Kuala Lumpur (SHARP HSNKL) bagi tahun ini, acara larian ini bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Tahun ini, SHARP HSNKL menganjurkan empat jenis larian yang boleh disertai, iaitu 21km Half Marathon, 10km Run, 5km Fun Run dan 3km Fun Run.

Ads

Fun Run 5km dan 3km dikhususkan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan larian, kanak-kanak dan golongan kurang upaya.

Peluang Menang Hadiah Bernilai RM50,000

Larian akan bermula seawal jam 5 pagi, di mana peserta akan melalui beberapa lokasi menarik seperti Bukit Tunku, Taman Botani, Masjid Negara dan banyak lagi.

Lebih menarik, peserta larian berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000 bagi pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Ads

Selain itu, acara itu juga bakal dimeriahkan dengan bazar kesihatan, kecergasan, makanan dan lain-lain.

Tarikh Tutup Penyertaan

Bagi yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendaftar segera kerana penyertaan telah pun menghampiri 8000 setakat hari ini.

Ads

Pendaftaran akan dibuka sehingga 25 September 2023 ataupun apabila pendaftaran telah mencapai jumlah maksimum penyertaan, mana-mana yang lebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/helloharisukannegara.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI