Seramai 700 atlet Malaysia berentap pada Sukan SEA 2019 dan sokongan daripada rakyat Malaysia pastinya memberi makna yang cukup besar buat mereka. Satu cara yang senang untuk menyokong mereka, gunakan tanda pagar (hashtag) #GoMalaysiaGold.

Pada Sukan SEA 2017, Malaysia telah mencapai kejayaan dengan memperoleh 145 pingat emas. Kejayaan itu pastinya boleh diulang semula jika rekod sedia ada dapat diatasi menerusi 52 kategori sukan yang dipertandingkan.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun dalam satu kenyataan memberitahu, Yoodo akan menganjurkan kempen #GoMalaysiaGold khas untuk menyokong atlet-atlet Malaysia di Filipina.

Sertai Kempen #GoMalaysiaGold dari Yoodo Tanda Sokongan Atlet Sukan SEA 2019“Sokongan ini sangat penting untuk mendorong atlet-atlet negara mecapai kejayaan yang lebih tinggi di Filipina. Rakyat boleh berkongsi kata-kata semangat berserta tanda pagar (hashtag) #GoMalaysiaGold di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

“Di Yoodo, kami pastinya 100 peratus menyokong usaha atlet-atlet Malaysia. Tujuan utama kempen #GoMalaysiaGold ini adalah untuk membakar semangat kenegaraan itu,” katanya mengenai yang matlamat kempen baharu ini.

IKLAN

Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dilihat benar-benar bersesuaian untuk rakyat Malaysia dan kini sedang mengumpul seberapa banyak sokongan kepada wira negara dengan tanda pagar yang baharu iaitu #GoMalaysiaGold.

Sukan merupakan salah satu daripada segmen utama dan Yoodo amat berbangga kerana berpeluang menjadi saluran untuk menaikkan semangat wira negara.

IKLAN

Kongsi Tuck Mun lagi, pada saat atlet tanah air meraih pingat emas, pengguna Yoodo juga berpeluang untuk ‘menang besar’.

“Kata-kata sokongan yang terbaik yang dikongsi dalam media sosial dengan tanda pagar #GoMalaysiaGold akan dipilih untuk memenangi hadiah istimewa.

IKLAN

“Antaranya, mereka berpeluang memenangi barangan Yoodo, power bank dan Google home mini,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Sertai Kempen #GoMalaysiaGold dari Yoodo Tanda Sokongan Atlet Sukan SEA 2019Lebih menarik lagi, jika Malaysia berjaya memecahkan rekod lama, pelanggan Yoodo akan menerima 5GB data Internet secara percuma dan sekiranya Malaysia berjaya memenangi 150 pingat emas pula, 10 individu yang bertuah juga akan menangi sebuah telefon pintar.

Yoodo adalah pelan mobile pertama di Malaysia yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengubah suai pelan mobile mereka sepenuhnya dari segi data, panggilan dan SMS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.facebook.com/yoodoMY atau www.yoodo.com.my

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI