Gaya Hidup

Serius Gempak! Saksikan Video Pra-Perkahwinan Pasangan Ini Inspirasi ‘Avengers:Endgame’

Share

Sana-sini tak kiralah sama ada di pejabat, cafe atau di laman media sosial sekalipun masih hangat memperkatakan tentang filem hebat ‘Avengers: Endgame’. Malah kami di team MASKULIN pun sudah menonton filem blockbuster ini pada minggu pertama tayangannya.

Seperti dijangka filem dari Marvel Studio ini telah mencatatkan kutipan pecah panggung luar biasa. Dilaporkan pada minggu pertama tayangannya sahaja sudah berjaya mengutip sebanyak lebih USD1 bilion
(RM4.14 bilion)!

Dengan jumlah pengikut dan peminat yang setia menonton filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) sejak karya pertamanya menerusi ‘Iron Man’ (2008), fenomena kebanjiran peminat mereka bertambah berkali ganda.

 

BACA: Jangan Buat 8 Perkara Ini Sewaktu Menonton Avengers : Endgame Bermula Esok

Pengaruh filem ini terhadap industri perfileman global juga memang tak dapat disangkal. Belum pernah lagi francais filem yang saling berhubung kait seperti MCU dihasilkan dengan begitu berjaya sebelum ini.

Kesetiaan peminat-peminat MCU pula ditonjolkan dalam pelbagai cara dan bentuk. Ramai yang memilih untuk menggayakan aksi cosplay karakter kegemaran. Namun berbeza dengan pasangan ini. Sebuah video pra-perkahwinan yang dimuat naik oleh Double F Studio

telah menarik perhatian warganet.

Iron Man!

Video pra-perkahwinan pasangan Auf dan Anis ini dihasilkan dengan ismpirasi trailer filem ‘Avengers: Endgame’. Menerusi video yang berdurasi 2 minit 25 saat tersebut, memaparkan perbandingan antara scene trailer dan video pra-perkahwinan mereka.

Menariknya hampir semua scene yang melibatkan karakter utama seperti Iron Man, Captain America, Black Widow dan Ant-Man dilakonkan dengan begitu baik sekali. Ternyata editing yang dilakukan oleh Double F Studio kepada klien mereka ini benar-benar mengangumkan.

Bakal pengantin baru, Auf & Anis
Thor-baik!

Disebalik trailer ini, Auf dan Anis bertukar-tukar dialog tentang perkahwinan yang bakal mereka langsungkan. Sedikit sebanyak ia sebenarnya sangat romantik. Tak percaya anda boleh tengok sendiri video penuh di bawah.

Kepada Auf dan Anis, kami di MASKULIN mengucapkan semoga majlis pekahwinan akan berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru!

Published by
Farizul Izwany