Sering Muntah & Tersedak Ketika Makan, Pelakon Zaibo Hidap Kanser Esofagus Tahap Empat

Share

Sudah agak  lama tidak mendengar perkhabaran pelakon veteran Zaibo. Pelakon yang berusia 62 tahun ini antara pelakon dan pelawak yang disegani dalam industri malah lakonannya menerusi setiap drama pasti akan diingati.

Disahkan Hidapi Kanser

Terbaru, pelakon ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana menghidap kanser esofagus (esophageal cancer). Sebelum ini, Zaibo dilaporkan mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol sebelum ini. Lebih menyedihkan, menurut Zaibo dia kini hanya boleh mengambil makanan dalam bentuk cecair sahaja kerana sering kali muntah dan tersedak setiap kali makan.

“Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh. Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan”

Info Tentang KANSER ESOFAGUS

Esofagus adalah merupakan satu saluran berbentuk tiub panjang berukuran antara 20 hingga 25 cm (10-12 inci) dari belakang tekak dan bersambung dengan organ perut.Sebahagian besarnya terletak dalam dada, di tengah dan belakang paru-paru serta jantung.

-Terbahagi tiga bahagian- atas, tengah dan bawah.
-Terdapat sel-sel kanser(sel malignan) pada tisu saluran pemakanan. Apabila sel-sel ini membiak tanpa kawalan ia akan menyebabkan berlakunya ketumbuhan. Akhirnya ruang saluran esofagus menjadi sempit.

Punca Penyakit/faktor Risiko

-Merokok
-Minum arak
-Bahan-bahan kimia dalam makanan
-Beberapa jenis jeruk
-Genetik
-Status pemakanan yang lemah (poor nutritional status)

Tanda-tanda/Simptom

-Semakin susah untuk menelan
-Terasa makanan tidak turun dan tersangkut pada bahagian dada
-Muntah darah
-Badan rasa tidak sihat dan lemah
-Berat badan semakin kurang
-Selera makan terjejas
-Wajah kelihatan pucat

Mohon Sumbangan

Tambah Zaibo lagi, dia kini terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di Pusat Kanser Negara, Putrajaya. Bagi mempercepatkan rawatan tersebut, kos sebanyak RM4,000 diperlukan namun dek kerana tidak lagi berlakon dan tiada pendapatan lain, hasratnya itu terpaksa ditangguh. Mengharapkan ehsan dan sumbangan dari mana-mana pihak, jelas Zaibo dia turut memohon kepada semua peminat dan rakan artis agar kesihatannya kembali pulih.

Published by
Ruziana Zainal