Background photo created by jcomp - www.freepik.com

Sebenarnya sakit jantung ini berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku akibat jantung dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.

Antara punca-puncanya ialah merokok, tekanan perasaan hingga menjejaskan kesihatan. Kurang bersenam dan kandungan lemak dalam badan tinggi. Statistik menunjukan peningkatan kes kematian melibatkan serangan jantung yang berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah 40 tahun. Dan ini terutamanya berlaku di kalangan lelaki!

Ia tidak terkena pada golongan obese sahaja, orang kurus juga mungkin terdedah dengan serangan jantung ini kerana ada sebahagaian penghidap mewarisi penyakit daripada ahli keluarga terdekatnya.

Kencing manis serta faktor meningkat (35 tahun ke atas) juga terdedah dengan serangan jantung.

Ads

Antara gejalanya anda rasa sakit dada di bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan.

Malah, jika anda secara tiba-tiba berdebar, pitam atau pening dan kadangkala sakit di ulu hati itu adalah tanda utama ada terkena serangan jantung.

Ads
Sering Berpeluh Dingin Serta Loya Antara Petanda Awal Masalah Jantung, Ramai Orang Muda Tidak Endah Perkara Ini
Medical photo created by jcomp – www.freepik.com

Antara tanda lain anda menghidapi penyakit jantung ialah;

  • Kerap kecing malam
  • Merasa kebas-kebas di tangan dan kaki
  • Berdebar-debar
  • Rasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • penglihatan kabur
  • sering terasa haus / dahaga
  • Sesak nafas
  • Berpeluh dingin

Simpton Atau Tanda-Tanda Sakit/Serangan Jantung.

  • Sakit dada yang mengencang atau menekan.
  • Sakit dada yang bertambah teruk ketika bekerja atau melakukan aktiviti.
  • Sakit dada yang berkurangan dan hilang ketika rehat. Sakit yang merebak ke bahagian rahang, leher atau lengan (selalunya lengan kiri).
  • Sakit ini boleh timbul di dalam beberapa minit sahaja.
  • Sakit ini boleh disertai dengan kesesakan nafas, rasa loya, berpeluh dingin atau pengsan.
  • Pesakit yang lebih berumur, yang mengidap penyakit kencing manis (diabetis) atau wanita kadang kadang tidak mengalami simptom kesakitan tetapi mengalami sesak nafas, mual, pengsan dan keletihan yang melebih.

Faktor-Faktor Risiko Penyakit Jantung Koronari

Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari boleh dibahagikan kepada dua:

(i) Faktor-faktor yang boleh diubah seperti:

Ads
  • Merokok
  • Obesiti
  • Kurang bersenam
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Kadar kolesterol dan lemak yang tinggi (hiperlipidaemia) Kencing manis

(ii) Faktor-faktor yang tidak boleh diubah seperti:

  • Umur (risiko sakit jantung meningkat dengan umur)
  • Sejarah sakit jantung dalam keluarga terdekat
  • Jantina (risiko serangan jantung lebih pada jantina lelaki)

Jika anda sesak nafas serta keletihan juga boleh menyebabkan jantung anda terhenti secara tiba-tiba. Sekiranya anda ada rasa seperti di atas, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI