Bertemu dan berpisah itu adat manusia. Sama ada untuk menyambung pelajaran, bertukar kerjaya mahupun berpindah di atas sebab peribadi. Setiap orang akan melaluinya dalam kehidupan masing-masing.
Begitu juga dengan pemain bole sepak profesional. Walaupun kerjaya mereka sebagai pemain bola sepak tidak bertahan sampai ke usia tua namun pengalaman yang ditimba bersama pasukan masing-masing telah sedikit sebanyak membentuk mereka bukan hanya sebagai pemain tetapi juga manusia.
Perpindahan pemain ke kelab lain juga satu perkara biasa. Namun bagi pemain yang telah lama menyumbangkan bakti apatah lagi membantu kelabnya mencapai status menjadi lebih elit, ia adalah sesuatu yang lebih istimewa.
Pemain legenda Manchester City dari Argentina, Kun Aguero dikenang sebagai pemain yang telah menjulang pasukannya memenangi pelbagai kejuaran. Dan yang paling diingati semestinya jaringan minit akhirnya yang membantu Manchester City bergelar juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012.
Ads
TANDA TERIMA KASIH
Jadi tidak hairanlah perpindahannya ke kelab Bercelona di Sepanyol meninggalkan kesan cukup mendalam. Ikatan yang terjalain antara dirinya bersama kelab terutamanya kakitangan kelab merupakan satu kenangan yang pastinya tidak akan dilupakan.
Ads
FOTO: PA
Sebagai tanda terima kasihnya, Aguero telah menghadiahkan setiap seorang kakitangan staf Manchester City dengan seutas jam mewah. Menurut laporan setiap jam tersebut berharga kira-kira dari RM5800 hingga RM9600.
Dia yang kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak kelab tersebut memilih jam dari jenama Hublot dan Tag Heuer. Paling istimewa di setiap jam itu terukir dengan mesej ‘Gracias – Kun Aguesro!’ yang bermaksud ‘Terima kasih – Kun Aguero!’.
Ads
Dan lebih istimewa lagi, Aguero turut menghadiahkan sebuah Range Rover Evoque yang dibelinya baru-baru ini. Setiap staf diberikan cabutan bertuah untuk memenangi kereta tersebut.
Foto hiasan
Semoga apa yang dilakukan oleh Aguero ini menjadi ikutan lebih ramai lagi pemain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti. Malah hajat anda untuk membeli rumah pertama juga akan dipermudahkan jika kena dengan caranya.
Bagi yang berhajat nak membeli rumah pertama di usia muda, anda boleh baca perkongsian Harith Faisal ini. Semoga perkongsiannya tentang 10 tip membeli rumah pertama di usia 25 tahun ini bermanfaat untuk anda miliki rumah pertama sendiri.
Bukan lagi fantasi, tapi realiti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Negara kita telah kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang cukup disegani. Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang cukup dikenali dengan panggilan mesra ‘Pak Lah’, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Berita pemergian tokoh yang terkenal dengan sifat sederhana dan tenang ini disahkan sendiri oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran penuh penghormatan di laman media sosial Instagram beliau.
Dalam kenyataannya, Khairy menulis: “Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.”
Khairy menitipkan doa, “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.”
Legasi ‘Pak Lah’
Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, perjalanan Tun Abdullah dalam arena politik negara bukanlah singkat. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1964.
Sebelum memegang jawatan tertinggi negara, Allahyarham pernah menyandang pelbagai portfolio penting kabinet, termasuk sebagai Menteri Luar Negeri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, membuktikan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran.
Pak Lah mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003.
Sepanjang enam tahun pentadbirannya sehingga 3 April 2009, beliau memperkenalkan gagasan Islam Hadhari, yang menekankan pendekatan Islam yang progresif dan menyeluruh. Selain itu, beliau turut memberikan fokus kepada pembangunan modal insan dan integriti dalam jentera kerajaan.
Gaya kepimpinan beliau yang tenang, berhemah, dan mudah didekati membuatkan beliau disenangi ramai dan dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
Kehidupan Peribadi
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan seorang balu, Tun Jeanne Abdullah.
Beliau juga mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan terdahulunya dengan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, antaranya Nori Abdullah yang merupakan isteri kepada Khairy Jamaluddin.
Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah satu kehilangan besar buat negara. Sumbangan dan legasi kepimpinan beliau, terutamanya dalam mempromosikan kesederhanaan dan integriti, akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia.
Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senarai 10 pelakon lelaki K-drama paling popular yang mempunyai pengikut Instagram berjuta!
Antara faktor yang menyumbang kepada populariti K-drama adalah barisan pelakon lelaki yang bukan sahaja berbakat besar, malah mempunyai rupa paras yang menawan.
10 Pelakon Lelaki K-Drama Paling Popular, Pengikut Instagram Berjuta!
1. Cha Eun-woo (41.5 juta pengikut)
Gambar: Instagram @eunwo.o_c
Cha Eun-woo, berhak mendahului senarai pelakon yang paling banyak diikuti di platform Instagram. Bukan sahaja popular di rantau Asia dan kini di peringkat global sebagai duta untuk pelbagai jenama terkenal dunia.
Penampilan sulungnya pada tahun 2014 dengan peranan kecil dalam filem Korea My Brilliant Life telah membuka kerjayanya sebagai pelakon. Drama lain daripada portfolionya seperti Sweet Revenge (2017), My ID is Gangnam Beauty (2018), Rookie Historian Goo Hae-Ryung (2019), True Beauty (2020), Island (2022 & 2023), A Good Day to Be a Dog (2023) dan Wonderful World (2024).
2. Lee Min Ho (34.6 juta pengikut)
Gambar: Instagram @actorleeminho
Pelakon yang menjadi ‘The Nation’s Heartthrob’ pada tahun 2009, dengan wataknya Gu Jun-pyo dalam Boys Over Flowers, kini memenangi hati ramai orang dengan karakter lakonannya yang pelbagai dan serba boleh.
Antara karya lakonannya yang hebat adalah City Hunter (2011), Faith (2012), The Heirs (2013), Gangnam Blues (2015), The Legend of the Blue Sea (2016), The King: Eternal Monarch (2020), Pachinko (2022 & 2024) dan Ask the Stars (2024).
3. Lee Jong-suk (26.4 juta pengikut)
Gambar: Instagram @jongsuk0206
Model-Pelakon Korea Selatan ini terkenal dengan persembahannya dalam K-drama seperti Doctor Stranger (2014), Pinocchio (2014), While You Were Sleeping (2017), Romance Is a Bonus Book (2019) dan Big Mouth (2022).
Bermula seawal usia 15 dalam industri, Lee Jong-suk berjaya mencipta legasinya sendiri sebagai salah seorang bintang televisyen Korea Selatan yang paling popular.
4. Ji Chang-wook (26-4 juta pengikut)
Gambar: Instagram @jichangwook
Bintang Welcome to Samdal-ri, Ji Chang-wook adalah seorang lagi pelakon Korea Selatan yang menguasai Instagram.
Terkenal dengan dramanya seperti Healer (2014), The K2 (2016), Suspicious Partner (2017), Melting Me Softly (2019), Lovestruck in the City (2020) dan The Worst of Evil (2023), dia telah membina kerjaya yang luar biasa dalam industri hiburan Korea.
5. Park Seo-joon (25.9 juta pengikut)
Seorang lagi pelakon Korea yang paling banyak diikuti, Park Seo-joon telah mencuri tumpuan global sejak sekian lama.
Daripada pemenang Oscar 2019 drama Parasite hingga filem popular The Marvels 2023, portfolionya menawarkan pelbagai karya lakonannya yang patut diberi perhatian. Beberapa K-drama Park Seo-joon yang lain ialah Chronicles of Evil (2015), Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016), Fight for My Way (2017), Itaewon Class (2020) dan Gyeongseong Creature (2023).
6. Song Kang (19.6 juta pengikut)
Gambar: Instagram @songkang_b
Pelakon sensasi K-drama Song Kang bukan sahaja menarik perhatian ramai kerana memainkan watak Cha Hyun-soo yang berani dalam filem thriller Netflix Sweet Home, tetapi juga untuk pengikut Instagramnya yang semakin meningkat.
Song Kang yang dikenali ramai oleh K-media dan peminat sebagai ‘anak kepada Netflix’, telah mendapat watak utama dalam pelbagai K-drama keluaran Netflix. Ini termasuk Love Alarm (2019), Nevertheless (2021), Forecasting Love and Weather (2022), Sweet Home (2020 & 2023) dan My Demon (2023).
7. Nam Joo-hyuk (19 juta pengikut)
Gambar: Instagram @skawngur
Pelakon terkenal Korea, Nam Joo-hyuk juga mempunyai pengikut setia yang ramai di Instagram. Pelakon itu sering berkongsi coretan daripada jadual sibuknya dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
K-drama lakonannya dengan penilaian tertinggi daripada filemografinya ialah Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016), Start-Up (2020), Twenty-Five Twenty-One (2022) dan Vigilante (2023).
8. Lee Dong-wook (17.4 juta pengikut)
Lee Dong-wook
Siapa sangka pelakon veteran Lee Dong-wook, menjadi salah seorang pelakon Korea yang paling banyak diikuti di Instagram. Sejak debutnya dengan drama episod tunggal MBC pada tahun 1999, Lee telah memainkan banyak peranan yang tidak dapat dilupakan.
My Girl (2005), The Perfect Couple (2007), La Dolce Vita (2008), Scent of a Woman (2011), Goblin (2016), Touch Your Heart (2019), The Tale of the Nine-tailed (2020), Bad and Crazy (2021), Single in Seoul (2023) dan A Shop For Killers (2024) adalah antara K- drama dan filem terbaiknya. Dia bakal muncul dalam filem aksi-pengintip yang dinanti-nantikan Harbin (2024), bersama bintang Korea Hyun Bin.
9. Kim Soo-Hyun (14.4 juta pengikut)
Gambar: Instagram @soohyun_k216
Selepas hampir dua dekad dalam dunia hiburan, Kim Soo-hyun telah mengetuai filem dan rancangan Korea yang popular serta bekerjasama dengan pelbagai jenama mewah. Malah, dia telah disenaraikan sebagai salah seorang pelakon Korea dengan bayaran tertinggi di dunia.
Kim Soo-Hyun, pernah tersenarai dalam ‘Forbes Korea’s Power Celebrity 40’ selama enam tahun, dari 2012 hingga 2016 dan 2021. K-drama kegemaran peminat daripada portfolionya termasuk Dream High (2011), My Love from the Star (2013), The Producers (2015), It’s Okay to Not Be Okay (2020) dan Queen of Tears (2024).
10. Ahn Hyo-seop (13.5 juta pengikut)
Gambar: Instagram @imhyoseop
Pengikut Instagram pelakon Kanada-Korea yang serba boleh ini sangat mengagumkan seperti filemografinya. Namanya menjadi terkenal di peringkat global selepas memegang watak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kang Tae-moo dalam Business Proposal (2022) keluaran Netflix.
10 Pelakon Lelaki K-Drama Paling Popular, Pengikut Instagram Berjuta!
Rancangan TV popular lain yang menampilkan Ahn Hyo-seop ialah Splash Splash Love (2015), Abyss (2019), Lovers of The Red Sky (2021), Dr Romantic (2019 & 2023) dan A Time Called You (2023).
Buat pengetahuan semua, jumlah pengikut mereka yang dikeluarkan ini adalah semasa ia diterbitkan oleh Lifestyle Asia pada Januari 2024.