Seramai 20 Ribu Peserta Meriahkan The Music Run By CIMB

246

Tidak dapat dinafikan acara larian sama ada kompetitif atau fun run kini menjadi aktiviti yang sangat popular di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Di antara acara yang sentiasa dinantikan ramai terutama bagi warga kota ialah Music Run. Betempat di KL Sport City di Bukit Jalil Tne Music Run By CIMB telah berlangsung dengan cukup meriah sekali. Berlangsung pada 23 November yang lalu seramai lebih 20 ribu peserta mengambil bahagian dalam kategori 5 dan 10 kilometer.

Lebih menarik sepanjang laluan larian sebanyak lebih 100 buah pembesar suara mengiringi peserta. Dikenali sebagai Sound Track, laluan larian ini merupakan keunikan yang tersendiri diperkenalkan di Music Run setiap kali ia dianjurkan.


Penganjuran pada tahun ini juga menyaksikan ia menjadi acara pertama bersifat ‘karbon neutral’. Antara kejayaan kempen sampingan ni menyaksikan ia menjadi acara larian yang cukup mesra kitar semula. Ia turut didukung oleh penaja utama mereka iaitu CIMB.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan CIMB, Adam Wee Abdullah, “Pihak kami sentiasa menyokong kempen memperkasakan kesedaran terhadap alam sekitar. Music Run menjadi platform yang sangat tepat bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap isu ini. Tahniah kepada Music Run yang telah menganjurkan satu cara yang sangat hebat”.

Bagi kategori pecut 5 kilometer, Ahmad Luth Hamizan dinobatkan sebagai juara dan Mohd Nor Afifi Haron pula bagi kategori 10 kilmeter telah dinobatkan sebagai juara.

Manakala Savinder Kaur A/P Jogindr Sing dan Mercy Njeri Mwangi pula untuk kategori wanita. Bagi memeriahkan acara persembahan pelbagai artis tempataan dan antarabangsa turut dihidangkan di pentas utama. Artis seperti Nik Qistina, Ryot Jones dan The Venopian Solitude di antara persembahan paling mencuri perhatian.