Pernah tak korang rasa sangat ‘sengkek’ dan sesak tiap kali hujung bulan, lagi-lagi kalau bekerja makan gaji. Silap hari bulan siap kena buat ‘advance’ dengan majikan ataupun meminjam duit rakan-rakan yang lain. Memang pening kepala dibuatnya.
Walaupun telah banyak penulisan tentang pengurusan kewangan yang baik, admin terpanggil untuk berkongsi tip dan amalan yang mudah ini dalam pengurusan kewangan kita.
Ibu dan ayah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk kejayaan kita pada hari ini. Redha Allah terletak pada redha Ibubapanya. Hulurlah sebahagian gaji anda untuk ibubapa. Walaupun tidak banyak, tetaplah berusaha untuk mengasingkan sebahagian duit gaji Tabung Haji
Sekiranya anda seorang ayah, utamakan dahulu urusan keluarga. Sebagai ketua rumah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memenuhi segala keperluan isirumah. Asingkan sebahagian gaji untuk tujuan ini sehingga hujung bulan. Pastikan anda mengutamakan urusan keluarga berbanding urusan peribadi.
Jika anda merupakan seorang isteri yang bekerja,tidak salah kiranya anda membantu meringankan beban suami. Namun, para suami jangan pula mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri.
Jika anda seorang surirumah sepenuh masa, usahlah memberatkan suami dengan permintaan yang tidak mampu dipenuhi. Sebaiknya, sentiasalah menjadi pendamping setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada suami. Mudah-mudahan suami anda lebih bermotivasi untuk bekerja menyara kehidupan keluarga.
Banyakkan bersedekah. Konsep sedekah tidak harus disempitkan dengan mesti menghulurkan wang tapi sekiranya mampu, hulurlah untuk meringankan beban orang lain.
Murahkanlah hati dengan meringankan beban orang lain namun jangan sampai terlalu boros. Membazir bukan sahaja merugikan, bahkan akan merunsingkan hati.