Isi Kandungan
ToggleWalaupun penyakit ulser mulut merupakan perkara biasa namun bila ia menyerang, boleh buat kita hilang mood. Bukan sahaja sukar untuk bercakap, ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan ini juga menyukarkan kita untuk makan dan minum.
Admin pernah dengar penyakit ulser mulut ini boleh terjadi jika kita kurang minum air, namun tidak pasti kebenarannya. Selain Bonjela, ada pelbagai ubat yang anda boleh gunakan untuk merawat ulser mulut ini.
Doktor Kamarul Ariffin berkongsikan senarai ubat-ubatan yang boleh merawat ulser mulut agar cepat baik dan boleh dibeli di farmasi. Jadi kalau anda kena ulser mulut, bolehlah dapatkan ubat-ubatan ini di farmasi sahaja.
Semoga perkongsian ini bermafaat untuk anda.
BACA: Dalam Mulut Anda Terkena Ulser? Guna 8 Cara Ini Untuk Rawatan Segera!
Cara nak cepatkan ulser mulut baik
1. Ubat gel/losyen
2. Ubat pes
3. Ubat kumur
BACA: Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja
Boleh juga amalkan tip-tip ini
Punca berlakunya ulser mulut
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pipi Bulat? Lelaki Pun Nak Ada Jawline Juga
4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM
- Lakukan Senaman Rahang
Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.
- Urut Halus Di pipi
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.
- Guna Teknik Solekan Yang Betul
Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.
- Ais Batu
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.
4 SENAMAN KECILKAN PIPI TEMBAN
- Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.
- Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
- Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
- Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
12 Cara Body Maintain Kurus Walaupun Banyak Majlis Berbuka Puasa Nanti
Nak maintain kurus di bulan puasa mungkin ada yang kata ia suatu yang mudah, ada juga yang selepas berpuasa berat naik mendadak. Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, anda harus patuh dengan 12 cara ini untuk pastikan berat badan tidak bertambah sepanjang Ramadan.
1.Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2.Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati-hati dalam soal pemilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
3.Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperoleh tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4.Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
5.Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6.SEBAIKNYA ELAK ATAU KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BEREMPAH DAN PEDAS KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN PEDIH PERUT DAN GASTRIK. SELAIN ITU, ELAKKAN JUGA DARIPADA MINUM MINUMAN BERKARBONAT ATAU KANDUNGAN KAFEIN YANG TINGGI KERANA IA AKAN MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN PERUT YANG KOSONG SETELAH SEHARIAN BERPUASA.
7.Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8.Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9.Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10.Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11.Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
12.Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buat 5 Senaman Kuatkan Kaki Ini, Untuk Elak Risiko Kecederaan Masa Bersenam
Isi Kandungan
ToggleSenaman kuatkan kaki ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam. Masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat, kerana ia penting untuk memanaskan otot.
1. CLOCK MOBILIZER
- Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
- Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
- Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
- Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
- Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
- Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari.
- Tangan diletakkan rapat ke dada.
- Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
- Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
- Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke balakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
- Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
- Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
- Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
- Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI