Kalau ikut definisi biasa seseorang yang dianggap kacak pastinya lelaki yang mempunyai rupa paras yang elok serta bentuk badan yang tinggi lampai. Tapi untuk era moden seperti zaman sekarang definisi itu mempunyai ruang litup yang lebih besar.
Ada lelaki memiliki segalanya. Bukan sahaja tampan tetapi memiliki keyakinan diri yang tinggi, berjaya dalam karier dan mempunyai aura tersendiri.
Dan yang paling penting sekali mereka kini dianggap mempunyai pengaruh besar dalam industri diceburi mereka. Ke mana sahaja mereka melangkah pastinya setiap geri diperhatikan. Setiap apa yang tersarung di badan mereka pasti menjadi ikutan fesyen semasa.
Gazzete Review sebuah badan media berpengaruh di Amerika Syarikat telah menyenaraikan 10 orang lelaki paling kacak sepanjang tahun 2018. Ini merupakan senarai yang dihasilkan daripada keputusan tinjauan secara intensif dilakukan oleh pihak mereka.
Jadi siapakah yang diangkat sebagai jejaka paling kacak 2018?
Aktor serba boleh yang pernah melakonkan pelbagai jenis watak. Dari penari tiang kepada jurulatih dan juga askar elit semuanya dilakonkan dengan cukup baik oleh Channing Tatum. Dengan bakat lakonan serta fizikal yang tegap Channing Tatum kini menjadi kegilaan ramai gadis.
Satu-satunya bintang K-pop dalam senarai ini, Jungkook yang juga merupakan ahli BTS telah membuktikan bahawa lelaki Asia juga mampu bergelar lelaki paling kacak. Populariti BTS di Amerika Syarikat yang kian menggila sekali gus menjadikan namanya semakin mekar di hati peminat.
Selepas meninggalkan One Direction nama Zayn Malik tidak tenggelam. Sebaliknya karier solo yang diteruskan oleh buah hati Gigi Hadid ini cukup berjaya sekali. Tampil dengan imej bad boy, Zayn Malik ternyata mempunyai aura tersendiri.
BACA: 10 Perkara Menarik Tentang Miss Universe 2018 Catriona Gray!
Dengan barisan siri jelajahnya yang sold out di setiap lokasi ternyata Enrique Iglesias masih mempunyai peminat yang cukup hardcore. Walaupun kariernya sebagai penyanyi telah mencecah 20 tahun, di setiap persembahan Enrique tidak pernah gagal memberikan yang terbaik.
Sesuai dengan watak dewa yang dimainkan olehnya menerusi ‘Thor’ dan ‘Avengers’, Chris Hemsworth merupakan antara aktor memiliki bentuk badan paling sempurna. Di sebalik fizikalnya yang cukup intimidating, Chris Hemsworth sebenarnya seorang yang cukup kelakar.
Peminat filem Bollywood telah jatuh cinta kepadanya sejak filem pertamnya sebagai hero menerusi ‘Kaho Naa… Pyaar Hai’ menjadi sensasi box-office. Sejak itu dia tidak lagi menolah ke belakang dan menjadi aktor Bollywood paling popular di dunia.
Bak kata peribahasa, tua-tua kelapa, makin tua makin banyak santannya. Dengan usia hampir mencecah 54 tahun, Johnny Depp masih lagi dianggap sebagai lelaki paling kacak kerana karisma yang di bawanya bukan sahaja di layar perak tetapi dalam pergaulannya.
Tidak semua orang beruntung seperti George Clooney. Semakin meningkat usia semakan tampan. Pernah diundi menjadi lelaki paling seksi, George Clooney mempunyai gaya sofistikated yang menjadi impian setiap jejaka.
Seorang lagi bintang Bollywood menjadi penghias utama senarai Top 10 ini. Memulakan kariernya pada tahun 2009, Barun Sobti memiliki karakteristik lelaki misteri dengan banyak perkara tentangnya masih lagi menjadi rahsia.
Pastinya watak Captain America tidak akan dapat lari daripada dirinya. Pelakon yang berasal dari Boston ini sering tampil dengan imej berbeza sama ada dalam kehidupan sebenar dan juga filem. Setiap gaya rambut dan jambang yang digayakannya bertukar menjadi epik.