Adakah anda merasakan senarai kereta anda cukup selamat dan terlepas dari senarai kereta yang menjadi sasaran pencuri?
Biar pun telah dikunci elok atau tersimpan rapi dalam pagar, jika pencuri tetap nekad nak buat ‘kerja celakanya’ itu, risiko untuk kehilangan kereta itu tetap akan ada.
Jika diikutkan statistik keluaran Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTEC), terdapat sepuluh jenis kenderaan yang biasanya menjadi sasaran mereka.
Tak sangka kereta model nombor 6 yang sering dikaitkan dengan ‘hero’ dan ‘hebat’ di lebuh raya pun turut menjadi mangsa kerakusan pencuri.
Sepuluh model ‘panas’ yang biasanya menjadi sasaran pencuri adalah Proton Wira, Proton Iswara, Toyota Hilux, Perodua Kancil, Proton Saga, Perodua Myvi, Proton Waja, Honda City, Nissan Vannete dan Proton Satria.
Namun demikian, statistik menunjukkan berlaku penurunan tahun lalu sehingga 2,600 kes berbanding tahun 2017 yang mencecah sehingga 4,331 kes kecurian pelbagai kenderaan termasuk kereta.
Apa-apa pun sebagai pengguna, kita harus memastikan kenderaan kita selamat dalam pemantauan. Jika kawasan rumah belum ada CCTV, pasanglah satu di kawasan utama sebagai rekod dan bukti jika berlaku kecurian.