Bermula esok, penduduk di beberapa kawasan di negeri Selangor akan mengalami masalah gangguan bekalan air.
Menurut laman Instagram rasmi Air Selangor, gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan di negeri Selangor itu disebabkan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Antara beberapa kawasan yang terjejas melibatkan Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9 pagi pada 5 Jun 2024 (Rabu).
Air Selangor menjangkakan kerja-kerja tersebut selesaipada jam 7 malam hari yang sama. Oleh itu, para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat bermula jam 3 pagi pada 6 Jun 2024 (Khamis).
Bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari 7 Jun 2024 (Jumaat).
Ads
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di lampiran berikut:
Ads
KUMPULAN 1 (Jangkaan Pemulihan Penuh: 3 petang, 6 Jun 2024)
KUMPULAN 2 (Jangkaan Pemulihan Penuh: 3 pagi, 7 Jun 2024)
KUMPULAN 3 (Jangkaan Pemulihan Penuh: 12 tengah hari, 7 Jun 2024)
Dalam pada itu, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan bekalan air sendiri untuk menampung penggunaan air harian anda dan berjimat cermat dalam menggunakan air sepanjang gangguan berlangsung.
Sesetengah orang menggunakan kaedah berdiet Atkins yang dipopularkan oleh Dr Robert Atkins pada 1958. Atkins mencadangkan pengambilan karbohidrat dengan jumlah sangat rendah iaitu kurang 20 gram sehari dan mengambil lebih banyak makanan protein dan lemak.
Menurutnya, kaedah ini menyebabkan badan membakar lebih banyak lemak kerana tubuh berubah kepada keadaan ‘ketosis’ dan paras insulin yang rendah menyebabkan hati membakar simpanan glikogen.
Kaedah ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi membiarkan tubuh dalam keadaan berasid dengan ‘ketosis’ adalah tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
Ada juga kajian menunjukkan kaedah Atkins boleh menyebabkan masalah batu karang, buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).
Kaedah ini tidak lagi popular sekarang selain menimbulkan kontroversi kerana pemakanan tidak seimbang dengan mengurangkan karbohidrat secara melampau didapati menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari.
Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.
Pemakanan seimbang yang disaran adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.
Seseorang juga perlu meninggalkan ‘makanan proses’ yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.
Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.
Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk ‘pinggan makan’ yang dipanggil ‘Healthy Eating Plate’.
Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil ‘Choose MyPlate.gov’ dan di Malaysia dipanggil sebagai ‘Model Pinggan Sihat’.
MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.
Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak kira samada anda berbelanja di pasaraya untuk keperluan anda sendiri ataupun anda memberi makan untuk keluarga yang besar, bil tentunya akan meningkat.
Terutamanya jika anda sedang mencuba untuk memberikan menu yang sihat.
Namun masih ada beberapa pilihan lain yang turut menawarkan nutrisi yang lebih banyak tanpa memerlukan bajet yang banyak.
Berikut adalah contoh beberapa makanan yang anda boleh dapati dengan belanja yang sangat murah.
1. Peha Ayam Tanpa Kulit
Ia adalah sumber protein yang baik dan bahan utama untuk hidangan dari jenis bergoreng, sebagai salad mahupun dijadikan stew.
Peha ayam bukan sahaja lebih murah dari dada ayam malah mereka lebih berperisa dan cukup mudah untuk dimasak kerana mereka tidak mudah menjadi kering.
2. Ikan Kod
Ikan sudah pun diketahui ramai kerana memiliki begitu banyak kebaikan untuk kesihatan namun kebanyakannya boleh menyebabkan meningkatnya bil makananbulanan anda.
Ikan kod lebih murah untuk anda ambil kerana ia juga cukup kaya dengan vitamin B12, iodin dan selenium.
3. Sayuran Sejuk Beku
Kebanyakan daripada kita lebih banyak mengutamakan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kita dan cara alternatif yang menjimatkan adalah dengan pilihan sejuk beku.
Ia juga tidak akan ada pembaziran kerana ia boleh dibiarkan beku untuk masa yang lama tidak seperti kebanyakan sayuran segar yang lain.
4. Sumber Kekacang
Ia adalah sumber protein yang murah dan boleh menjadi alternatif yang sesuai untuk anda.
Malah kekacang yang ditinkan ataupun dikeringkan adalah baik untuk jantung anda dengan kajian baru-baru ini mendapati ia juga bagus untuk membantu menurunkan berat badan anda.
5. Telur Ayam
Ada pelbagai sebab untuk anda menggemari telur tidak kira samada ia dibuat telur dadar, direbus ataupun separuh masak.
Ia adalah sumber protein yang berkualiti tinggi dan cukup versatil dan yang paling penting ia adalah murah dan mudah untuk didapati.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti gadis, mood lelaki juga boleh berubah dalam sekelip mata. Tengah-tengah happy-happy, tiba-tiba tak semena-mena si dia jadi bad mood. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Sebenarnya tidak. Senang je jika kmu faham dia dan dengan mudah dapat mengagak apa yang bermain dalam minda mereka. Teruskan membaca 5 Fakta di bawah adalah jawapannya!
1.Jangan Paksa
Tidak kira nerd, penakut, garang atau jenis yang tak serius-semua lelaki tidak suka dipaksa. Sesetengah lelaki akan bercakap apabila ditanya. Perempuan pula ramai yang jenis suka mendesak dan menyelidik. Cara sebegitu sebenarnya tak menguntungkan kedua-dua pihak. Lelaki ini jenis kalau lagi didesak, lagilah dia akan membisu dan mencari helah. Cara paling baik untuk perempuan memahami lelaki ialah dengan membaca bahasa badan seperti gerak matanya dan perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak daripada segi sikapnya, cuba lihat semula pasti ada sesuatu yang tak kena.
2. Suka Berahsia
Perempuan memang suka berkongsi masalah dengan perempuan lain. Tetapi bagi lelaki, kadang-kadang dengan kawan baik pun dia tak cerita. Penting bagi wanita untuk tidak memaksa lelaki bercerita tentang masalahnya. Cara paling baik ialah berbual tentang perkara lain, sehinggalah dia sendiri yang bercerita tentang permasalahan tanpa perlu ditanya.
3. Mudah & Tidak Kompleks
Jika anda sudah berkahwin dan ingin suami menolong sebarang jenis kerja yang dirasakan perlu, minta saja dia tolong. Majoriti lelaki tidak kompleks dan perempuan hanya perlu berterus-terang dengan mereka. Tak perlu berkias-kias kerana orang lelaki ini jenis straight forward. Katakan saja pada mereka apa yang anda mahu.
4. Lelaki & Ego
Kebiasaannya, lelaki ini ego dalam dua keadaan. Di rumah dan di pejabat. Orang perempuan kena banyak bersabar dan ‘layan ‘ sahaja ego mereka apabila lelaki berasa senang hati dengan tingkah laku dirinya itu, semua orang di sekeliling akan mendapat faedah, termasuklah orang yang dia sayang.
5. Lelaki Suka Membisu
Perempuan memang tiada masalah bercakap tentang sesuatu hal yang sensitif walaupun perkara itu sudah berlalu. Namun, tidak bagi lelaki. Apabila semakin berat masalah yang ditanggung, dia semakin membisu. Ini disebabkan dua faktor. Pertama, samada dia tidak mahu menyusahkan pasangannya atau dia memang tidak pandai meluahkannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...