Seperti mana yang kita semua sudah sedia maklum tahun ini bulan puasa memang sangat berbeza. Tiada lagi bazar Ramadan yang dianjurkan dek kerana penularan wabak COVID-19.
Dan tiada lagi tawaran berbuka di hotel dengan pakej buffet yang menarik dengan pelbagai hidangan. Industri perhotelan merupakan antara yang paling teruk terjejas dengan COVID-19.
Hari demi hari ada sahaja berita tentang hotel yang bakal ditutup kerana tidak lagi mampu meneruskan perniagaan kerana ketiadaan pelanggan. Bagi yang masih bertaham mereka melakukan apa sahaja termasuklah menawarkan makanan secara di atas talian.
Dengan perlanjutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020, cawangan-cawangan F&B termasuk pihak hotel telahpun menyediakan promosi Ramadan bagi anda berbuka puasa di mana sahaja anda berada.
Walaupun PKP terdahulu kini telah dilonggarkan, restoran-restoran tempatan masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menerima pelanggan atau hanya menerima pelanggan pada kuantiti yang rendah.
Sebagai langkah menyokong industri ini Tourism Selangor mendukung usaha hotel yang berada di Selangor dengan membantu mempromosikan juadah yang ditawarkan.
Sepanjang bulan Ramadan ini Tourism Selangor telah berkongsi senarai hotel dan restoran di Selangor yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dan pandu-lalu sepanjang tempoh PKPB ini.
Terdapat pelbagai jenis juadah makanan dan minuman untuk dipilih pada harga yang berbaloi.
Jelas Tourism Selangor, inilah masanya untuk pelanggan mengambil pengalaman gastro-pelancongan sambil berada dalam keselesaan rumah anda. Jadi, duduk di rumah dan nantikan sajian berbuka dari hotel kegemaran anda.
BERIKUT MERUPAKAN SENARAI HOTEL & PUSAT KONVENSYEN YANG MENAWARKAN SERVIS PENGHANTARAN SERTA PANDU LALU
1) Concorde Hotel Shah Alam
2) Best Western i-City Shah Alam
3) Grand Bluewave Hotel Shah Alam
4) De Palma Hotel Shah Alam
5) Shah Alam Convention Centre (SACC)
6) Premiere Klang Hotel
7) Amverton Golf Cove, Resort
8) Sheraton Petaling Jaya Hotel
9) Armada Hotel Petaling Jaya
10) Hilton Petaling Jaya
11) Royale Chulan, The Curve Petaling Jaya
12) Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
13) One World Hotel Petaling Jaya
14) Eastin Hotel Petaling Jaya
15) Ibis Styles Kuala Lumpur Sri Damansara
16) De Palma Hotel, Ampang
17) Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
18) Sama Sama Hotel KLIA
19) Cyberview Resort & Spa
20) Palm Garden Hotel IOI Resort
21) Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
22) Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang
23) The Saujana Hotel
24) Dorsett Grand Subang
25) Empire Hotel Subang
26) Sunway Resort Hotel
Selain itu, kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar Incorporated turut memperkenakan inisiatif e-Kitchen Bazzar menerusi beberapa platform telefon pintar seperti Grab.
Antara lokasi yang tersenarai dalam perkhidmatan ini adalah di sekitar Ampang, Bangi, Batu Caves, Damansara /TTDI, Klang, Petaling Jaya, Puchong, Semenyih, Sepang, Seri Kembangan dan juga Subang Jaya.
Terdapat juga Platform Selangor https://www.plats.com.my/ yang berkonsep serupa dengan perkhidmatan Grab dengan menyediakan e-Kitchen bazaar yang mempunyai 15 buah central kitchen atau dapur utama