Senarai ‘Checklist’ Penting Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Share

Kemeriahan bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri semakin kita semua rasai. Bermula minggu hadapan jutaan kenderaan akan mula keluar dari bandar-bandar terutamanya dari Lembah Klang menuju ke pelbagai destinasi seluruh negara.

Berdepan kesesakan lalu lintas? Itulah lumarah dan pemandangan yang saban tahun kita hadapai dengan penuh kesabaran. Demi ibu ayah dan keluarga tercinta di kampung halaman kita semua sanggup harunginya.

Memandu dalam keadaan kesesakan jalan raya kita sudah biasa melihat kereta tersadai atau rosak di tepi jalan dengan pemandu dan penumpangnya kelihatan sugul. Besar kemungkinan kereta tidak diservis dengan baik sebelum bertolak pulang.

Jika anda tak mahu berdepan masalah seperti itu, lakukanlah servis dengan mengikuti checklist seperti MASKULIN kongsi di bawah.

PENUNJUK ARAS MINYAK

Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.

MINYAK ENJIN

Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu.

Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksimum. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.

MINYAK BREK

Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minimum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.

MINYAK POWER STEERING

Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.

AIR RADIATOR

Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.

WIPER

Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu.

Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.

GETAH WIPER

Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.

AIRCOND

Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower.

Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada buih udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.

Car photo created by whatwolf – www.freepik.com

BELT & KIPAS

Drive belt merupakan tali penggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.

BATERI

Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakna ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.

Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.

TAYAR

Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.

Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu membantu anda mengharungi perjalanan balik kampung selamat pergi dan pulang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim