Belum terlambat rasanya untuk MASKULIN ucapkan Selamat Tahun Baru buat anda semua. Akhirnya kita sudah memasuki dekad baru dengan tibanya tahun 2020. Tahun yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia terutamanya ketika di era pemerintahan Tun M ketika beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.
Industri sukan merupakan antara yang paling berkembang dengan cukup pesat sekali dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Atlet dan ahli suka profesional kini bukan lagi mendapat pendapatan dengan gaji dibayar oleh kelab atau wang kemenangan semata.
Punca pendapatan mereka yang lebih lumayan kini datang daripada pelbagai sumber seperti tajaan jenama, kontrak televsyen dan juga menjadi duta kepada pelbagai jenis produk.
Sebelum dekad lalu, Tiger Woods telah menjadi atlet paling kaya di dunia dengan pendapatan melebihi USD80 juta. Tapi kini lanskap sukan semakin jauh ke hadapan dan setiap atlet profesional kini menganggap diri mereka sebagai jenama eksklusif.
Lihat sahaja bagaimana sukam bola sepak berkembang. Suatu ketika dahulu gaji seorang pemain profesional di Liga Perdana Inggeris sukar melepasi angka GBP100,000. Tetapi kini ia satu perkara biasa di kelab-kelab profesional terutamanya di liga-liga utama Eropah.
Berikut merupakan 10 atlet dan ahli sukan mendapat pendapatan paling tinggi sepanjang dekad lalu.
10
LEWIS HAMILTON
USD400 juta
Juara dunia enam kali F1 ini merupakan atlet sukan permotoran paling laku keras bukan sahaja di litar tetapi di luar.
9
KEVIN DURANT
USD425 juta
Ads
Pendapatan Kevin Durant pemain bintang pasukan Brooklyn Nets meningkat sebanyak 400% sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu.
8
MANNY PAQUIAO
USD435 juta
Bagi rakyat Filipina, Manny Pacquiao bukan hanya bergelar sebagau bintang sukan tetapi dia adalah ikon kebanggaan mereka sepanjang zaman. Dengan 25 perlawanan pay-per-view sahaja dia berjaya mengutip USD20 juta.
7
PHIL MICKELSON
USD480 juta
Phil Mickelson berjaya mengumpul hadiah kejuaraan tertinggi pada tahun 2018 selepas menewaskan seteru utamanya Tiger Woods dalam perlawanan amal dengan hadiah sebanyak USD9 juta.
6
Ads
TIGER WOODS
USD615
Walaupun sekarang bukanlah seperti era kemuncaknya dahulu namun Tiger Woods masih gah berada dalam senarai ini. Pendapatannya menerusi tajaan sahaja menjadi antara paling tinggi di kalangan mana-mana atlet.
5
ROGER FEDERER USD640 juta
Legenda sukan tenis yang kini berusia 38 tahun ini menjadi pemain tenis berpendapatan paling tinggi di dunia. Nilai tajaannya bersama Uniqlo sahaja dikatakan bernilai USD300 juta.
4
LEBRON JAMES USD680 juta
Sepanjang 16 tahun pertama kariernya, LeBron James berjaya mengumpul jumlah pendapatan hasil tajaan yang sangat tinggi dalam NBA.
Ads
3
LIONEL MESSI
USD750 juta
Bayaran diterima Messi di Barcelona sahaja menjadikan dia sebagai atlet mendapat gaji paling tinggi di dunia.
2
CRISTIANO RONALDO
USD800 juta
Walaupun sudah berhijrah meninggalkan Real Madrid untuk bersama pasukan Juventus, nilai komersial yang dibawa oleh Ronaldo masih lagi tinggi. Malah di laman sosial media sahaja dia mampu mendapat pendapatan sangat tinggi.
1
FLYOD MAYWEATHER
USD915 juta
Walaupun berdepan pelbagai kontroversi, peninju hebat ini berjaya mengumpul pendapatan di luar jangkaan iaitu sebanyak USD500 juta hanya dalam tempoh antara 2015 hingga 2017. Pertarungannya dengan Manny Paquiao dan Conor MGregor tercatat dalam sejarah sebagai bayaran paling tinggi di dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluruh dunia menyaksikan bagaimana kekejaman rejim Zionis telah meragut ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa terutamanya golongan warga emas, wanita dan juga kanak-kanak.
Serangan tanpa henti yang dilakukan rejim Zionis terutamanya di Gaza bukan sahaja mencatatkan jumlah korban yang luar biasa tinggi tetapi meranapkan bangunan-bangunan dan infrasturktur yang cukup penting seperti hospital.
Sebagai masyarakat global kita banyak bergantung kepada laporan-laporan daripada wartawan yang dianggap sebagai hero kerana melaporkan dari medan perang tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Kredit: Motaz Azaiza
Salah seorang wartawan yang sering berkongsi berita menerusi perkongsian video dan laporan ialah Motaz Azaiza. Jika anda seorang pengguna tegar laman media sosial X (dahulunya Twitter) dan Instagram pasti cukup kenal dengan sosok badan ini. Bukan sahaja dia bergadai nyawa mencari kebenaran malah dia dikatakan turut menjadi sasaran bedilan rejim Zionis.
Melihat kepada sumbangan yang dianggap bersifat heroik tersebut, Motaz Azaiza telah dinobatkan sebagai ‘Man of the Year’ daripada majalah terkenal GQ Edisi Timur Tengah.
Seiring berlalunya beberapa minggu terakhir, jurugambar foto Palestin ini telah menjadi figur global, sebuah wadah ketahanan dan sekali gus memberikan harapan buat rakyat Palestin, khususnya Gaza serta bagi kita semua di seluruh dunia.
Setiap karyanya menggambarkan kekuatan aktivisme digital dan kemanusiaannya adalah pengingat penting bahawa keberanian muncul dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang kita memilihnya, kadang-kadang ia memilih kita dan dalam kes Motaz Azaiza, pilihan itu bukanlah satu perkara opsyen.
Namanya mula menjadi perhatian ramai pengguna laman sosial media selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan bermuila pada 7 Oktober lalu dan sumbangannya itu juga disifatkan sebagai simbol keberanian.
Tanpa diketahuinya, Motaz telah mencetuskan inspirasi kepada dunia menerusi perkongsian mengenai kesengsaraan mangsa perang di laman media sosial.
“Azaiza mengingatkan kami bahawa tidak kira adakah anda berkuasa, siapa anda, dari mana asal usul anda — kita semua adalah sama. Manusia biasa, sama ada lelaki atau wanita, kita sama-sama boleh mengubah apa yang ingin kita lihat (dengan lebih baik),” ujar pengarang GQ, Ahmad Ali Swaid.
“Dengan sikap berani membongkar kebenaran di sebalik kuasa besar yang digeruni, kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Azaiza,” tambahnya lagi.
Semoga Motaz Azaiza terus bersemangat menjalankan tugasnya demi menlaporkan kebenaran dan membongkar kekejaman rejim Israel.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak ada sesiapa yang jangka dalam masa 10 tahun, seorang lelaki mampu bergelar seorang jutawan hanya menerusi projek tanaman nanas MD2.
Biar pun pada peringkat awal beliau cuma menanam dalam kuantiti yang kecil untuk memahami kehendak anak pokok serta pokok namun kesabarannya kini berbayar.
Menyedari tiada jalan singkat untuk terus berjaya dalam kemuncak bisnes, ilmu dan sikap positif harus sentiasa ada mengiringi projek pertanian sebegini.
Jom baca tip bagaimana lelaki ini bermula dengan 3,000 anak pokok tetapi kini siap miliki ladang seluas 100 ekar :
Jadi jutawan dengan tanam nanas
Tanam sikit-sikit dulu
Tak usah target nak kaya on the spot
Modal wal RM4.5K jer
Banyakkan memberi
Sumber : Azuan Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Inilah Malaysia yang sebenar. Malaysia yang kita semua banggakan. Malaysia yang cukup dicemburui oleh banyak negara lain.
Bukan sekali. Tetapi ini seakan sudah sebati di dalam jiwa warga kita. Tatkala negara ditimpa musibah dan bencana bantuan daripada pelbagai pihak sama ada kecil atau besar datang mencurah.
Di antara pihak yang paling terkesan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini ialah barisan hadapan kita terutamanya petugas dan pasukan perubatan. Doktor dan jururawat terutamanya terdedah dengan risiko yang sangat tinggi.
Namun mereka sekali pun tidak pernah mengeluh dan berputus asa memberikan yang terbaik untuk negara.
Di antara peralatan yang cukup kritikal diperlukan ialah personal protective equipment (PPE) yang boleh melindungi serta melancarkan tugasan harian mereka. Dan di antara PPE yang penting ialah gaun hospital.
Di sinilah munculnya peranan pereka-pereka fesyen tempatan yang mencurahkan kepakaran, kemahiran serta pengalaman mereka dalam usaha membantu pasukan perubatan di barisan hadapan.
Salah seroang yang telah memberikan sumbangan rekaan gaun hospital ialah pereka fesyen tersohor negara, Jovian Mandagie.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram kendaliannya, beliau menggunakan kepakarannya menhasilkan PPE tudung dan PPE sut serta gaun. Selain itu pihaknya juga menyediakan Jovian Hygiene Kit untuk diedarkan kepada pasukan perubatan dan mana-mana pihak yang memerlukan.
“Kami buat keputusan untuk hasilkan gaun PPE berwarna putih kerana ia merupakan simbol kemuliaan dan kebersihan hati para pejuang di barisan hadapan.
“Semasa kita semua selamat berada di rumah, mereka di luar sana bertarung melawan pandemik ini dengan sekuat hati. Inilah apa yang termampu kami lakukan buat pejuang-pejuang negara sebagai tanda penghargaan kami terhadap pengorbanan mereka.” jelasnya menerusi satu posting di Instagram.
Pihaknya juga turut mempelawa orang ramai untuk memberi sumbangan hygience kit yang disediakan jenamanya untuk diberikan kepada mana-mana frontliners.
MASKULIN juga tertarik dengan hantaran terbaru di Instagram beliau selepas salah sebuah jenama piza terkenal belanja makan untuk 26 orang kakitangannya Ini selepas beliau memberikan ‘abang delivery’ satu set hygience kit.
Rata-rata warganet teritamanya pengikut Jovian Mandagie melahirkan rasa kagum dan berterima kasih kerana sumbangan yang telah beliau curahkan khususnya buat barisan hadapan negara.