Dunia moden menyaksikan ramai individu berjaya yang memiliki kekayaan luar biasa hasil usaha gigih, kepintaran strategi, dan pelaburan bijak.
Berikut adalah senarai 10 lelaki terkaya dunia yang aset mereka mencecah berbilion dolar. Mereka ini bukan sahaja ikon kejayaan, malah menjadi inspirasi untuk ramai usahawan di seluruh dunia.
10 ORANG TERKAYA DI DUNIA
1. Bernard Arnault
Lelaki terkaya
Orang pertama yang menjadi orang terkaya di dunia ialah Bernard Arnault. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat barangan mewah terbesar di dunia iaitu Moët Hennessy Louis Vuitton (LVHM) yang memiliki 70 jenama fesyen dan kosmetik terkenal.
Pada usia 74 tahun, beliau telah berjaya mengumpul nilai bersih sebanyak AS$207.
Kekayaan Arnault melonjak apabila saham LVHM meningkat sebanyak 16% pada 26 Januari 2024. Walau bagaimanapun, sebaliknya, saham Tesla mengalami penurunan yang agak besar iaitu 14% pada masa yang sama.
2. Elon Musk
Lelaki terkaya
Sebelum ini, Elon Musk berada di tempat pertama dalam senarai orang terkaya di dunia. Ketika ini dia mempunyai aset bernilai AS$204.7 bilion.
Diketahui umum bahawa Elon Musk memiliki 6 syarikat terkenal. Beberapa daripadanya ialah kereta elektrik Tesla, startup Boring Company dan pengeluar roket SpaceX. Kebanyakan kekayaan Elon Musk disokong oleh kejayaan Tesla.
Beliau pernah menjadi topik trending pada Oktober 2022 apabila membeli Twitter dengan harga AS$44 bilion.
3. Jeff Bezos
Lelaki terkaya
Jeff Bezos ialah CEO Amazon dan Blue Origin. Pada usia 59 tahun, beliau berada di tempat ketiga sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$181.3 bilion.
Walau bagaimanapun, pada 2021 beliau memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO e-dagang Amazon dan hanya mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat.
Ads
Usahawan dari Medina, Washington ini juga memiliki syarikat angkasa lepas iaitu Blue Origin dan The Washington Post. Beliau pernah mereka roket dan melarikan diri ke angkasa pada tahun 2021.
4. Larry Elison
Lelaki terkaya
Larry Elison adalah orang keempat terkaya di dunia. Beliau memiliki 35% gergasi perisian Oracle dan merupakan pengerusi, ketua pegawai teknologi dan pengasas syarikat tersebut.
Bagaimanapun, pada 2014 beliau melepaskan jawatannya sebagai CEO Oracle. Beliau berpindah ke Lanai, Pulau Hawaii dan membelinya pada harga yang tinggi iaitu $300 juta.
Beliau juga membeli 3 juta saham Tesla dan menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah pada Disember 2018.
5. Mark Zuckerberg
Lelaki terkaya
Mark Zuckerberg adalah orang terkaya dan termuda dalam senarai Forbes orang terkaya di dunia. Pada usia 39 tahun, beliau sudah mempunyai nilai bersih AS$139.1 bilion. Beliau juga dikenali sebagai jutawan perniagaan besar Amerika, usahawan internet, pengaturcara komputer dan dermawan.
Mark menjadi salah seorang pengasas laman media sosial, Facebook dan syarikat induknya, Mata Platforms. Jawatan beliau dalam syarikat adalah sebagai pengerusi eksekutif, pemegang saham kawalan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
6. Warren Buffett
Ads
Lelaki terkaya
Di tempat seterusnya ialah Warren Buffett yang juga dikenali sebagai “Oracle of Omaha” dengan nilai bersih AS$127.2 bilion. Dia adalah salah seorang pelabur yang paling berjaya dalam sejarah.
Pelabur dari Omaha, Nebraska ini adalah ketua Berkshire Hathaway dan sebuah konglomerat pelaburan dengan koleksi portfolio yang agak pelbagai dari banyak syarikat. Contohnya termasuk insurans Geico, rangkaian restoran Dairy Queen dan pengeluar bateri Duracel.
7. Larry Page
Lelaki terkaya
Larry Page ialah seorang tokoh perniagaan Amerika yang mengasas enjin carian paling popular iaitu Google pada tahun 1998. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pencipta algoritma ranking carian dan PageRank di Google.
Beliau berkhidmat sebagai CEO Google dari 2011 hingga 2015. Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Alphabet, syarikat induk Google.
Pada usia 50 tahun, beliau hidup dengan kekayaan bersih AS$127.1 bilion. Salah satu sumber terbesar ialah Google.
8. Bill Gates
Lelaki terkaya
Ketika ini, Bill Gates berada di tempat ke-7 dalam senarai orang terkaya di dunia. Kekayaan semasa beliau datang daripada pelaburan dalam tenaga sifar karbon dan Microsoft dengan jumlah AS$122.9 bilion.
Ads
Microsoft diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen pada tahun 1975. Pada Mac 2020, beliau hanya memiliki 1% saham daripada syarikat perisian itu.
Namun, pada masa ini beliau memiliki banyak saham dalam beberapa syarikat terkenal seperti AutoNation dan Canadian National Railway. Selain itu, Bill Gates juga mempunyai keluasan tanah pertanian terbesar di Amerika Syarikat.
9. Sergey Brin
Lelaki terkaya
Senarai seterusnya orang terkaya di dunia ialah Sergey Brin, merupakan salah seorang pengasas enjin carian Google dengan Larry Page. Beliau ialah presiden syarikat induk Google, Alphabet Inc.
Bagaimanapun, pada 2019 beliau melepaskan jawatan ini dan menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah dan pemegang saham kawalan. Pada usia 50 tahun, Sergey Brin telah berjaya mengumpul nilai bersih AS$121.7 bilion.
10. Steve Ballmer
Lelaki terkaya
Dalam senarai 10 terkaya di dunia ialah Steve Ballmer. Beliau seorang usahawan dan pelabur Amerika yang pernah berkhidmat sebagai CEO Microsoft dari tahun 2000 hingga 2014.
Steve Ballmer ialah pemilik Los Angeles Clippers bagi Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan. Pada usia 67 tahun, Steve Ballmer mempunyai aset bernilai AS$118.8 bilion.
Lelaki dan nostalgia takkan dapat dipisahkan. Hal ini kerana masing-masing hidup dengan cara hidup sendiri dan dalam survival kehidupan itu, banyak pengalaman telah ditemui.
Pengalaman ini boleh jadi apa sahaja seperti suka, duka, pahit atau manis namun kesemuanya mencorakkan siapa kita pada hari ini.
Semalam, gambar dua sosok tubuh yang cukup dikenali ramai, dihormati dan disegani bertebaran dalam media sosial.
Tidak lain tidak bukan yang dimaksudkan adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
1. Banyak masa untuk bercerita
Baginda mengambil inisiatif mahu menghantar sendiri Dr. Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat Johor Bahru.
Walaupun jaraknya sejauh 22 kilometer dari istana, apabila dua lelaki berborak dalam satu kereta, pasti banyak cerita yang dikongsikan.
Di sini, luahan hati secara professional berdepan lebih berkesan kerana ia dapat dilakukan secara santai berbanding berbicara disaksikan ramai orang.
Benar, kedua-duanya adalah pemimpin negara namun sebagai rakyat, kita perlu hormati dan jangan sesekali pertikaikan sekiranya mereka memerlukan ruang privasi.
2. Kereta lama penuh kenangan
Proton Saga dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah pemberian kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong.
Tidak kiralah sama ada motorsikal, kereta mahu pun lori, kesemua kenderaan ini mempunyai cerita yang tersendiri kepada sesetengah individu.
Menaiki kereta lama atau kereta pertama yang dimiliki, ia memberi seribu satu rasa yang tidak dapat digambarkan.
Namun keasyikannya mampu menimbulkan pelbagai persoalan yang hanya dapat dirasai oleh individu tersebut.
Mengambil pendekatan membawa Dr. Mahathir dengan kereta Proton Saga pertama di Malaysia, pastinya ada kenangan yang sentiasa segar di ingatan.
Proton Saga pertama itu diberi nombor pendaftaran Proton 1 dan ia merupakan pemberian Dr. Mahathir kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong suatu ketika dahulu.
3. Barang klasik timbulkan kekaguman
Jika generasi hari ini pun berpeluang menyentuh atau mendekati barang-barang klasik yang berharga dan bersejarah, aspek kekaguman itu secara automatik akan timbul dalam diri.
Begitu juga dengan Proton 1 ini, ia bagaikan sebuah kenderaan yang wujud dalam penuh suasana bersejarah.
Lebih mengujakan, walaupun kereta manual itu sudah berusia 32 tahun dan berjalan sehingga 22,000 kilometer, Proton 1 masih berada dalam keadaan baik untuk bergerak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW apabila seorang lelaki dari Penampang, Sabah telah diberi hidayah untuk memeluk Islam dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Berita gembira bagi seluruh umat Islam ini telah dikongsikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebooknya.
Paling menggembirakan lelaki berusia 27 tahun bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman ini apabila dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.
Turut hadir dalam majlis yang sama ialah wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI.
Difahamkan, bapa saudara Afiq Iman telah berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang bertemu dengan Dr. Zulkifli serta mengucapkan kalimah syahadah.
Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar Afiq Iman istiqamah dalam mendalami agama Islam seterusnya menjadi seorang Muslim yang sejati.
“Kalau belajar sungguh-sungguh, mesti tak kerja di kaki lima sekarang,” demikian antara kata-kata yang pernah dilemparkan pada jejaka ini.
Namun tidak ramai yang mengetahui, jejaka yang sekadar tampil memakai kemeja T dan apron di kaki lima Bandar Teknologi Kajang, Semenyih ini pernah menyarung jaket putih sebagai seorang doktor.
Arjanggi Farizal pernah mengecapi kejayaan di menara gading sehingga bergelar seorang doktor perubatan sebelum memulakan perniagaan Pondok Minang, yang menjual sekitar 50 jenis lauk-pauk masakan Minang.
Terbitnya minat terhadap berniaga ketika alam persekolahan, di mana Arjanggi sering mengikuti ibunya berniaga selepas tamat waktu persekolahan.
“Minat berniaga itu dah memang sebati dengan diri saya,” katanya ketika ditemui Maskulin.
Lebih Tenang Berniaga
Arjanggi dahulunya bertugas sebagai seorang doktor paru-paru namun demi mengejar minatnya terhadap dunia perniagaan, dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya itu.
Ujarnya, agak sukar keputusannya itu untuk diterima oleh keluarganya pada mulanya.
“Pengorbanan orang tua kan, dengan kos yang tinggi nak sekolahkan anak dia. Tapi tiba-tiba anak dia memilih untuk berniaga di tepi jalan.
“Awal-awal itu memang ada penolakan juga, tapi sekarang ini Alhamdulillah semua dah terima dah,” kongsinya.
Foto: Arjanggi ketika masih bertugas sebagai seorang doktor (Ihsan Arjanggi).
Arjanggi tidak menafikan ada perbezaan dari segi pendapatan melalui berniaga berbanding ketika bertugas sebagai doktor dahulu.
Bagaimanapun, Arjanggi lebih gemar dengan keadaan ini kerana ketenangan yang dikecapinya.
“Pada hakikatnya saya lebih tenang macam ini. Mungkin dari segi kewangan memang banyak ujian dia.
“Mana-mana perniagaan memang banyak pahit manis dia. Tapi yang penting kita seronok, hati kita senang,” jelasnya lagi.
Foto: Perniagaan Pondok Minang milik Arjanggi di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih yang menjual pelbagai lauk-pauk masakan Minang.
“Kalau Awak Tak Nak Jadi Lelaki, Biar Saya Jadi Lelaki” – Isteri
Bercerita mengenai titik permulaan perniagaan masakan Minang ini, Arjanggi memberitahu idea ini tercetus daripada isterinya yang menggemari masakan itu.
Isterinya dahulu bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Emirates selama kira-kira lima tahun, namun berhenti bertugas sementara setelah terselamat dari kejadian kemalangan pesawat EK521 pada 2016.
Foto: Isteri Arjanggi merupakan salah seorang pramugari bertugas di dalam pesawat Emirates EK521 yang terhempas ketika pendaratan cemas di Dubai pada 2016. (Sumber: The Sydney Morning Herald).Foto: Arjanggi bersama isterinya.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat daripada kejadian itu. Jadi dia berehat dahulu daripada bertugas dan dia yang beri idea untuk buka perniagaan masakan Padang”.
Walaupun berketurunan Minang, Arjanggi mengakui pada mulanya dia sendiri tidak menguasai cara memasak masakan tersebut.
Oleh itu, dia berusaha untuk mempelajari masakan itu melalui ibunya dan gigih berusaha memastikan perniagaan ini mampu menjadi sumber rezeki terbaik bagi menampung kehidupan isteri dan keluarganya.
“Kalau awak tak nak jadi lelaki, biar saya jadi lelaki,” itulah kata-kata isterinya yang menguatkan semangatnya untuk terus berniaga sehingga kini dan terus berjuang menjadi seorang lelaki sejati.